Pagi tadi aku pergi ke UTM Skudai. Tujuannya untuk menghadiri Simposium Pendidikan Guru Cemerlang Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Simposium ini anjuran bersama Majlis Guru Cemerlang KHB Johor, JPN Johor dan UTM Johor.
Memang dah lama aku tak masuk ke kawasan UTM ini. Rindu pun ada. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku belajar dan menimba ilmu di peringkat ijazah. Itulah UTMku. Ketika aku sampai di Dewan Senat, dah ramai rakan-rakan aku Guru Cemerlang yang telah duduk elok di bangku masing-masing.
Objektif simposium ini ialah:
- Memberi pendedahan tentang transformasi pendidikan dan cabaran guru cemerlang PTV dalam dunia pendidikan yang mencabar.
- Memberi pendedahan tentang informasi terkini dalam dunia pendidikan terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran PTV.
- Bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa hadapan.
Simposium ini sempurna dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, En. Mohd Noor Bin Abd Ghani pada pukul 9.10 pagi. Di antara pengisiannya ialah ceramah bertajuk Guru Cemerlang Yang Cemerlang oleh Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin, Profesor Jabatan Taknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Selepas itu diadakan satu forum bertajuk Cabaran Pendidikan PTV: Masa Depan dan Hala Tujunya. Moderatornya ialah Pn Noraini Binti Dawood manakala ahli panelnya ialah Prof Madya Dr Yahya Bin Buntat (UTM), En. Saliman Bin Selamat (JPNJ), Pn. Faridah Binti Abang Wahab (MGCKHB) dan En. Husaini Bin Sulaiman (Wakil Siswa).
Aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan aku AJK Majlis Guru Cemerlang KHB Johor yang berusaha keras untuk menjayakan simposium ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan