Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Disember 22, 2011

SBPA DITANGGUH WALAUPUN SEBAHAGIAN KAKITANGAN KERAJAAN TELAH SIGN

Ramai kakitangan awam mulai menerima opsyen Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditawarkan oleh JPA. Dapatan ini adalah berdasarkan penjelasan mereka yang mendapat taklimat dan menandatangani opsyen tawaran dalam minggu ini yang dilaksanakan oleh badan-badan berkanun (separa) kerajaan.

Sebagaimana yang dinyatakan semalam, banyak kebaikan dari segi anjakan gaji yang bakal diterima oleh setiap anggota perkhidmatan kerajaan. Tambahan pula, mereka juga ditawarkan untuk bersara pilihan 60 tahun.

Selain itu, kami difahamkan bahawa mereka yang bekerja selepas bulan April 1991 mendapat kelebihan memilih untuk bersara. Iaitu, jikapun mereka menandatangani opsyen untuk bersara pada usia 60 tahun, namun jika mereka memilih untuk bersara pada umur 55, 56 atau 58 tahun, mereka layak mendapat pencen dan gratuiti sepenuhnya pada masa bersara waktu itu juga. (Bagi mereka yang bekerja sebelum 12 April 1991, boleh pencen seawal 50 tahun [@45 tahun bagi wanita] dengan mendapat pencen dan gratuiti).

Lagipun, bagi kakitangan yang cekap dan produktif, mereka berpeluang untuk mendapat anjakan 15% apabila laporan prestasi tahunannya adalah terbaik. Bagi mereka ini semua merupakan insentif yang amat menggembirakan.

Kegembiraan ini tentulah berbeza-beza di antara kakitangan. Ini adalah kerana mereka memasuki skim baru, dan bukannya pelarasan gaji sebagaimana yang diharapkan oleh sesetengah pihak, termasuk kepimpinan CUEPACS.

Bagaimanapun, antara rungutan yang kedengaran ialah dari kalangan mereka yang sudah berada di tangga gaji maksimum beberapa tahun yang lalu. Mereka akan menerima jumlah kenaikan yang sama sebagaimana kakitangan yang baru menjejak tangga maksimum.

Selain itu, yang agak mendukacitakan ramai kakitangan awam dan anggota CUEPACS ialah ketiadaan pelarasan gaji bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan di antara kakitangan atasan dengan kumpulan sokongan (atau pelaksana dalam skim SBPA).

Meskipun semuanya akan mendapat anjakan gaji dan gaji maksimum yang lebih tinggi, namun jurang perbezaan ini akan berterusan seperti sebelumnya. Umpamanya jika kita ambil skim ini dan bandingkan, ketaralah masalah jurang perbezaan itu:
  • Kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA,
  • Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645),
  • Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345),
  • Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115)
  • Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).


Di kalangan kumpulan berijazah pula, seperti pentadbir dan pendidikan akan menerima:
  • DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
  • DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
  • DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
  • DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
  • DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505


Contoh kumpulan pelaksana pula akan menerima:
  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115)
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Dengan keadaan skim gaji yang diutarakan di atas, kita percaya banyak lagi isu yang boleh dibincangkan oleh CUEPACS supaya SBPA yang bakal dilaksanakan adalah lebih adil, khususnya kepada anggota kerja sedia ada. Dalam perbincangan itu juga memungkinkan elaun-elaun lain seperti elaun kritikal dapat dibincangkan semula.

Hasil daripada pertemuan dengan pemimpin CUEPACS, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.

Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu, demikian kenyataan dalam blog CUEPACS.

Kita berharap perbincangan dan penambahbaikan dapat dibuat dalam kadar segera supaya penantian terhadap skim baru tidak terlalu lama dan supaya kakitangan awam mendapat manfaat dalam masa terdekat. Lagipun, tidak sampai dua minggu saja lagi tahun baru Masehi bakal tiba.

Kita percaya suatu keputusan yang lebih baik dan menggembirakan semua peringkat jawatan dalam perkhidmatan awam dapat dicapai secepat mungkin.

Sumber: drhatta.com

Tiada ulasan: