Kerajaan
setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT
diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam menerima antara RM80
hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Mulai 1
Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan
awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22. Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29. Kapten ATM dan Penolong
Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44. Mejar ATM dan Timbalan Penguasa
Polis dari Gred 41 kepada 46A. Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya
Polis dari Gred 48 kepada 52.
50,000
pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung
lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian. Skim
perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji
kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.
Kerajaan
setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan
memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13
tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.
Kerajaan
setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan
Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan
Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
Seramai 182,434 penjawat
awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji
tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum
ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan
(KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.
Sekiranya tiada pelarasan
gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas
sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji
maksimum.
Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1
hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan
pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan
prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan
pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".
Kerajaan
setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT
diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80
hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan