Cantik rumah ni... Ia terletak di Merlimau, Melaka. Rumah bekas
penghulu-penghulu Merlimau iaitu Penghulu Abddul Majid (1831-1834),
Demang Abdul Ghani Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar Abdul
Ghani (1934-1978). Sekarang jadi premis warisan.
Ada yang panggilnya sebagai Rumah Demang Merlimau, Rumah Demang Raja Kecil, Istana Merlimau dan Rumah Penghulu Natar.
Rumah yang kaya dengan sejarah ini dibina oleh Datuk Demang Haji Abdul Ghani Demang Haji Abdul Majid lebih kurang pada
tahun 1895. Ia dianggap sebagai Istana Merlimau kerana ketika itu Melaka tak
ada istana. Rumah ini sangat luas dan ada pengaruh Palembang, Champa,
Filipina dan Kemboja. Tidak terdapat rumah atau istana lain sezaman
dengannya yang boleh menandingi rumah ini.
Seni binanya begitu menakjubkan. Jika sebuah rumah mengambil masa
sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan, rumah warisan ini
mengambil masa tiga tahun sebelum ia boleh didiami.
Bentuk Rumah Penghulu Natar INI bercirikan Melayu tetapi anjungnya
berbumbungkan limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapurnya
berbumbung lintang. Terdapat tiga buah anjung, sebuah pelantar simen,
serambi yang luas dan sebuah dapur.
Memadailah dengan mengatakan rumah ini fungsinya seperti istana. Di
sini, terdapat ruang mahkamah rakyat (tempat pesalah dijatuhkan
hukuman), balai perundangan, pelamin kekal seperti balairong seri
selain dijadikan lokasi memungut cukai.
Uniknya kediaman ini, ia tidak mempunyai bilik sebaliknya hanya ada
sebuah loteng untuk anak dara mendiaminya. Sumber air? Ada perigi di
dalamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan