Pada Aidiladha ini saya dan keluarga bersama-sama guru-guru SMK Telok Kerang mengambil bahagian membuat ibadat korban. Semua kerja-kerja menyembelih, melapah dan membungkus daging korban dibuat di sekolah saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Sukri b Osman yang mengetuai ibadat tersebut dan kepada teman-teman guru yang memberi kerjasama menjayakan kerja tersebut.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian. Marilah kita tingkatkan amal kebajikan, dan kerelaan berkorban untuk kepentingan agama serta masyarakat sebagai bukti semakin meningkatnya iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Marilah kita terus berkorban demi menyelamatkan diri, keluarga dan masyarakat kita daripada seksaan Allah di akhirat kelak. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita semua dan istiqamah di atas keyakinan
bahawa kehidupan ini memerlukan perjuangan, pengorbanan dan kesabaran.
bahawa kehidupan ini memerlukan perjuangan, pengorbanan dan kesabaran.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat
malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. (At-Tahrim : 6)
Ya Allah, pada hari yang berkat ini kami memohon taufiq dan hidayahMu, kepada seluruh muslimin dan muslimat, kepada pemimpinpemimpin kami serta para hujjaj yang menunaikan haji pada tahun ini. Jadikanlah kami semua ini menjadi hambaMu yang beriman dan beramal soleh sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, kami mohon supaya Engkau terimalah ibadah korban yang kami lakukan pada tahun ini. Jadikanlah darah, tanduk dan bulu-bulunya sebagai kebajikan yang akan diperhitung dalam timbangan amal kami di hari akhirat kelak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan