Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Jumaat, April 10, 2015

BERKENAN PULAK DENGAN FORD RANGER BARU

Sebenarnya sudah lama aku nak beli sebuah trak pengangkut pelbagai guna. Namun belum sampai lagi hasrat itu aku tunaikan. Tujuan nak beli satu itu supaya memudahkan nak angkut barang, nak angkut jual buah pisang tanduk dan lain-lain yang aku tanam. Memudahkan juga aku nak angkut air, tong racun dan racun rumpai untuk pergi meracun rumput di kebun dan meracun rumput di sepanjang jalan di kampungku.

Dalam banyak-banyak trak itu, aku berkenan dengan Ford Ranger ini. Trak ini kelihatan cantik, gagah, maskulin, dan cukup bertenaga walaupun hanya 2.2 liter. Daripada laporan bloger-bloger mengenai trak ini, ia mat berbaloi dibeli. Pada bulan 23 Mac 2015 yang lepas aku pergi dealer Ford di Taman Tasik Utara, Johor Bahru untuk mencuba pandu uji. Memang sedap dipandu macam memandu kereta. Enjin senyap. Ruang kockpit macam kereta sedan. Itu yang menjadikan hati ini cukup berkenan terutamanya model XLT.

Ini laporan mengenai Ford Ranger daripada myMetro:
Selepas 13 tahun diperkenalkan, revolusi model itu semakin matang dengan melakukan perubahan yang ketara berbanding kenderaan pikap konvensional.
Malah, Ford Ranger model terbaru yang bakal diperkenalkan di negara ini menampilkan imej mantap sekali gus sesuai dipandu sama ada laluan lasak atau

di ibu kota.
Model yang dihasilkan di kilang AutoAlliance Thailand (ATT) milik Ford di Rayong, Thailand akan dilancarkan di Malaysia melalui pengedar kenderaan Ford, Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd.
Model baru yang diperkenalkan secara perdana pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, Thailand tahun lalu itu tampak segak selain dilengkapi kemudahan seperti kenderaan sedan biasa.

Bagi pasaran Malaysia, ia dijangka ditawarkan dua kapasiti enjin diesel iaitu Duratorq TDCi 2.2L VG Turbo dan Duratorq TDCi 3.2L VG Turbo.

Ia juga dipadankan dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan sebagai ciri utama pada model ini untuk memantapkan lagi kuasa enjinnya.

Enjin 2.2 liternya menjana kuasa maksimum sehingga 150 PS, manakala tork 375 Nm untuk memberi prestasi yang mengagumkan.

Sementara itu, enjin lima silinder 3.2 liter mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 200 PS dengan tork maksimum 270 Nm.

Model ini juga tidak berkompromi dengan ciri keselamatan apabila dilengkapi beg udara sisi, program kestabilan elektronik (ESP), ABS dan Bantuan Brek Kecemasan.

Malah, varian premium iaitu Ford Ranger Wildtrack tampil dengan ciri tambahan kit badan, sekali gus tampak lebih sporty dan garang.

Penulis yang berpeluang memandu buat kali pertama di Chiang Rai, Thailand, baru-baru ini ternyata Ford Ranger itu bakal menambat hati masyarakat di negara ini.

Ini berikutan rekaan yang tampak gagah dengan bentuknya lebih tinggi serta lebar pasti memukaukan peminat kenderaan pacuan empat roda sebaik melihatnya.

Malah, budaya memiliki kenderaan pikap sudah menjadi gaya terkini kepada anak muda tempatan yang mahukan jentera bercirikan macho dengan tampil imej maskulin.

Selain itu, rekaan dalamannya juga dilengkapi pelbagai elemen yang lebih mesra pemandu dan penumpangnya seolah-olah berada dalam kenderaan sedan.

Malah, banyak ruang tempat meletak barang disediakan seperti bekas minuman, telefon bimbit dan syiling membuatkan ia lebih praktikal.

Papan pemukanya sangat berbeza berbanding Ford Ranger sebelum ini kerana dipadankan sistem audio dengan teknologi canggih dan butang penyaman udara disusun lebih kemas.

Penulis turut terpegun apabila boleh berkomunikasi dengan sistem audionya untuk memilih frekuensi radio yang digemari.

Model ini juga masih mendahului pesaingnya apabila dilengkapi kamera yang dipaparkan pada skrin kecil pada cermin pandang belakang untuk memudahkan memasuki tempat letak kereta.

Keistimewaan model ini pastinya terserlah apabila tempat duduk belakang memberi ruang kaki yang luas, malah kedudukannya lebih selesa berbanding pikap biasa.

Bagi mendapat ruang luas dalam kabin, kerusi belakangnya boleh dilipat untuk mengisi banyak barang.

Bagi sesi pandu uji itu, penulis dan rakan media yang lain disajikan dengan laluan mencabar iaitu mendaki dan menuruni bukit.

Walaupun ini kali pertama memandu kenderaan pikap tanpa ditemani tenaga pengajar terlatih, ia memberi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Ketika di laluan berbukit, karaktor Ford Ranger ini lebih terserlah dengan ketangkasan pedal minyak dan stereng untuk memberi tindak balas cepat, sekali gus mudah dikawal.

Laluan berbatu dengan kecerunan 45 darjah ketika mendaki bukit tidak sedikitpun memberi masalah pada jentera ini walaupun menggunakan Ford Ranger dengan pacuan dua roda.

Ketika menuruni bukit, penulis disajikan laluan licin tetapi model ini masih mampu memberi cengkaman pada permukaannya.

Ia juga tidak mempunyai masalah ketika mengharungi sungai sehingga kedalaman hampir 0.8 meter tanpa kemasukan air dalam ruang kabin mahupun memberi kesan pada enjin.

Ternyata perjalanan 145 kilometer yang ditempuhi sepanjang merentasi kawasan tanah tinggi, Doi Chang, Thailand, dengan pelbagai permukaan memberi kepuasan yang mengagumkan.



SPESIFIKASI 1:

FORD RANGER 2.2 LITER

Enjin: 2.2 liter, empat silinder dengan turbo diesel
Kuasa Maksimum: 148 hp pada 3,700 rpm
Tork Maksimum: 375 Nm antara 1,500 hingga 2,500 Nm.
Transmisi: Automatic dan manual dengan enam kelajuan.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Rangerbarulebihgagah/Article#sthash.QeVe5tHh.dpuf
JENAMA Ford Ranger memang popular ­di kalangan peminat kenderaan pikap kerana kemampuannya meredah pelbagai laluan lasak dan mencabar. Ia juga mencatat sejarah kenderaan pikap pertama di negara ini yang menawarkan ciri keselamatan dalam kelas tersendiri termasuk beg udara dan sistem brek antikunci (ABS) pada 1999. Selepas 13 tahun diperkenalkan, revolusi model itu semakin matang dengan melakukan perubahan yang ketara berbanding kenderaan pikap konvensional.  

Malah, Ford Ranger model terbaru yang bakal diperkenalkan di negara ini menampilkan imej mantap sekali gus sesuai dipandu sama ada laluan lasak atau di ibu kota. Model yang dihasilkan di kilang AutoAlliance Thailand (ATT) milik Ford di Rayong, Thailand akan dilancarkan di Malaysia melalui pengedar kenderaan Ford, Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd.  

Model baru yang diperkenalkan secara perdana pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, Thailand tahun lalu itu tampak segak selain dilengkapi kemudahan seperti kenderaan sedan biasa. Bagi pasaran Malaysia, ia dijangka ditawarkan dua kapasiti enjin diesel iaitu Duratorq TDCi 2.2L VG Turbo dan Duratorq TDCi 3.2L VG Turbo. Ia juga dipadankan dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan sebagai ciri utama pada model ini untuk memantapkan lagi kuasa enjinnya. 

Enjin 2.2 liternya menjana kuasa maksimum sehingga 150 PS, manakala tork 375 Nm untuk memberi prestasi yang mengagumkan. Sementara itu, enjin lima silinder 3.2 liter mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 200 PS dengan tork maksimum 270 Nm. 

Model ini juga tidak berkompromi dengan ciri keselamatan apabila dilengkapi beg udara sisi, program kestabilan elektronik (ESP), ABS dan Bantuan Brek Kecemasan. Malah, varian premium iaitu Ford Ranger Wildtrack tampil dengan ciri tambahan kit badan, sekali gus tampak lebih sporty dan garang. 

Penulis yang berpeluang memandu buat kali pertama di Chiang Rai, Thailand, baru-baru ini ternyata Ford Ranger itu bakal menambat hati masyarakat di negara ini. Ini berikutan rekaan yang tampak gagah dengan bentuknya lebih tinggi serta lebar pasti memukaukan peminat kenderaan pacuan empat roda sebaik melihatnya. Malah, budaya memiliki kenderaan pikap sudah menjadi gaya terkini kepada anak muda tempatan yang mahukan jentera bercirikan macho dengan tampil imej maskulin. 

Selain itu, rekaan dalamannya juga dilengkapi pelbagai elemen yang lebih mesra pemandu dan penumpangnya seolah-olah berada dalam kenderaan sedan. Malah, banyak ruang tempat meletak barang disediakan seperti bekas minuman, telefon bimbit dan syiling membuatkan ia lebih praktikal. Papan pemukanya sangat berbeza berbanding Ford Ranger sebelum ini kerana dipadankan sistem audio dengan teknologi canggih dan butang penyaman udara disusun lebih kemas. Penulis turut terpegun apabila boleh berkomunikasi dengan sistem audionya untuk memilih frekuensi radio yang digemari. 

Model ini juga masih mendahului pesaingnya apabila dilengkapi kamera yang dipaparkan pada skrin kecil pada cermin pandang belakang untuk memudahkan memasuki tempat letak kereta. Keistimewaan model ini pastinya terserlah apabila tempat duduk belakang memberi ruang kaki yang luas, malah kedudukannya lebih selesa berbanding pikap biasa. Bagi mendapat ruang luas dalam kabin, kerusi belakangnya boleh dilipat untuk mengisi banyak barang. 

Bagi sesi pandu uji itu, penulis dan rakan media yang lain disajikan dengan laluan mencabar iaitu mendaki dan menuruni bukit. Walaupun ini kali pertama memandu kenderaan pikap tanpa ditemani tenaga pengajar terlatih, ia memberi satu pengalaman yang menyeronokkan. Ketika di laluan berbukit, karaktor Ford Ranger ini lebih terserlah dengan ketangkasan pedal minyak dan stereng untuk memberi tindak balas cepat, sekali gus mudah dikawal. Laluan berbatu dengan kecerunan 45 darjah ketika mendaki bukit tidak sedikitpun memberi masalah pada jentera ini walaupun menggunakan Ford Ranger dengan pacuan dua roda. Ketika menuruni bukit, penulis disajikan laluan licin tetapi model ini masih mampu memberi cengkaman pada permukaannya. Ia juga tidak mempunyai masalah ketika mengharungi sungai sehingga kedalaman hampir 0.8 meter tanpa kemasukan air dalam ruang kabin mahupun memberi kesan pada enjin. Ternyata perjalanan 145 kilometer yang ditempuhi sepanjang merentasi kawasan tanah tinggi, Doi Chang, Thailand, dengan pelbagai permukaan memberi kepuasan yang mengagumkan.

SPESIFIKASI:  

FORD RANGER 2.2 LITER 
Enjin: 2.2 liter, empat silinder dengan turbo diesel
Kuasa Maksimum: 148 hp pada 3,700 rpm
Tork Maksimum: 375 Nm antara 1,500 hingga 2,500 Nm.
Transmisi: Automatic dan manual dengan enam kelajuan. 















Tiada ulasan: