Pada
awal Jun lalu saya, orang rumah dan putera bungsu merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung
Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau
Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada
di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini
menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.
Perlis
negeri kecil tapi menarik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya
yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa
kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga
merasa, memang sedap.
Jika ke
Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi
nak menikmati makanan ala Thai... melayu Tahailand. Hari itu kami
menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di
Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap.
Yang paling unik apabila kami bersarapan di Kedai Makan Nasi Kandar Pokok Petai di
Mata Ayer. Kedai makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada
kayu balak. Cantik sekali.
Walaupun
dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi.
Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu
melombong bawah tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan
berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya
masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu.
Kami
pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini
tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi
memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli mangga itu dan
disimpan dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah
seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu
mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan,
seorang pensyarah di IPG Kangar.
Yang
menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang.
Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit.
Ternyata asli dan cantik.
Secara
kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja
Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas
waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana
Arau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan