Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Disember 02, 2009

LANDSKAP ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI


Jika ke Pulau Langkawi, pelancong pastinya akan pergi menaiki kereta kabel ke gunung Machincang. Seperti nama panggilan dan mitosnya juga, bentuk pergunungan Machincang ini seolah-olah ‘dicincang’ kerana banjarannya yang bersegi-segi dan puncak-puncaknya yang tidak teratur itu. Lurah yang dalam yang menggayatkan kelihatan di pemandangan di bawah manakala perairan biru Langkawi yang terbentang luas dapat dilihat nun di jauh.

Sebelum naik kereta kabel kita akan berada di kawasan Oriental Village. Oriental Village yang terletak di kaki bukit pergunungan Machincang, merupakan salah satu pusat membeli-belah bebas cukai unik yang menghadap pemandangan Teluk Burau. Rekabentuk bangunannya yang eksklusif menampakkan ciri-ciri budaya setempat dan merupakan satu pusat beristirehat yang unggul. Tempat-tempat duduknya direkabentuk khas, landskap yang indah dan dilengkapi kemudahan asas seperti surau, tandas dan sebagainya. Biasanya pelancong akan berlegar-legar seketika di kawasan ini sebelum menuju ke stesen kereta kabel.

Inilah sebahagian landskap tasik di Oriental Village Langkawi yang cantik dan indah bersesuaian dengan suasana tropika berlatar belakangkan kebiruan gunung Machincang.

















SENI SUSUN ATUR TUMBUHAN HIASAN DI NURSERI


Bermacam cara pengusaha atau peniaga bunga-bungaan atau pengusaha nurseri untuk menarik hati pengunjung berhenti, melihat dan membeli produk mereka. Manusia secara psikologinya suka akan sesuatu yang cantik dan menarik. Salah satu caranya ialah seni menyusun atur pasu-pasu bunga dan tumbuhan hiasan yang cantik dan menarik. Seolah-olah ia sudah menjadi satu hiasan bunga-bungaan. Sebenarnya usaha begini boleh menghidupkan lagi suasana dinurseri. Pada permulaannya, pengunjung akan melihat-lihat terlebih dahulu keindahan seni susun atur tersebut. Apabila hati dah terpikat, kebarangkalian untuk membeli dua atau tiga pasu tumbuhan hiasan bertambah tinggi. Psikologi begini memang patut diterapkan di kalangan pengusaha nurseri dan kepada pelajar-pelajar landskap dan nurseri. 

Foto-foto ini saya ambil di sebuah nurseri di Cameron Highland. Ideanya cukup bagus. Selamat mencuba.







Selasa, Disember 01, 2009

SINGGAH DI CAMERON HIGHLAND

Biasanya apabila kami balik kampung di Bagan Serai, kami akan singgah mendaki Cameron Highland sama ada dalam perjalanan pergi atau balik. Kedinginan Cameron Highland menggamit rasa selain nak beli sayur-sayuran segar dan beli strawberi. Walaupun pada waktu cuti sekolah begini jalan-jalan di sana sesak, itu sudah menjadi kebiasaan dan mesti ditempuhi. Bersabar sahajalah. Semua orang faham. Cameron Highland adalah destinasi pelancongan utama di Malaysia.




Jalan menuju ke Brinchang.
Pekan Brinchang.
Sampai di pekan Brinchang.
Rumah-rumah di kaki bukit Cameron Highland.
Kebun sayur.
Tanaman kobis bunga di lereng bukit.
Tanaman kobis bunga di bawah RPH.
Jual dan demonstrasi mengenai madu lebah di pasar malam di pekan Brincang.
Pokok fern (paku pakis gajah) yang banyak di Cameron Highland.
Di hadapan pusat jualan.
Kuntum ros yang cantik dan besar.
Kaktus tumbuhan berduri tersusun kemas.
Kenangan bersama kaktus.
Bunga Cameron Highland.
Pokok hiasan yang cantik berwarna-warni.
Susunan pokok bunga yang menarik di nurseri.
Di Bharat Tea Plantation.
Ladang teh. Ramai pelancong berhenti di sini dan rakam foto.
Bunga berwarna-warni.
Bergambar mesti dekat dengan bunga.


Dengan bunga lagi.....
Lata Iskandar.

Bergambar berlatar belakangkan jambatan gantung di Hutan Rekreasi Kuala Woh.


Air dingin, batu-batu dan tumbuh-tumbuhan menghijau di Hutan Rekreasi Kuala Woh.