Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Disember 02, 2009

LANDSKAP ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI


Jika ke Pulau Langkawi, pelancong pastinya akan pergi menaiki kereta kabel ke gunung Machincang. Seperti nama panggilan dan mitosnya juga, bentuk pergunungan Machincang ini seolah-olah ‘dicincang’ kerana banjarannya yang bersegi-segi dan puncak-puncaknya yang tidak teratur itu. Lurah yang dalam yang menggayatkan kelihatan di pemandangan di bawah manakala perairan biru Langkawi yang terbentang luas dapat dilihat nun di jauh.

Sebelum naik kereta kabel kita akan berada di kawasan Oriental Village. Oriental Village yang terletak di kaki bukit pergunungan Machincang, merupakan salah satu pusat membeli-belah bebas cukai unik yang menghadap pemandangan Teluk Burau. Rekabentuk bangunannya yang eksklusif menampakkan ciri-ciri budaya setempat dan merupakan satu pusat beristirehat yang unggul. Tempat-tempat duduknya direkabentuk khas, landskap yang indah dan dilengkapi kemudahan asas seperti surau, tandas dan sebagainya. Biasanya pelancong akan berlegar-legar seketika di kawasan ini sebelum menuju ke stesen kereta kabel.

Inilah sebahagian landskap tasik di Oriental Village Langkawi yang cantik dan indah bersesuaian dengan suasana tropika berlatar belakangkan kebiruan gunung Machincang.

















Tiada ulasan: