Pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kami sekeluarga terlebih dulu beraya di rumah sendiri. Anak-anak dah besar, masing-masing nak beraya di rumah sendiri dan merasa masakan emak diorang. Dah tentu juadah kegemaran diaorang seperti ketupat nasi, lemang, ketupat daun palas, rendang pedas, rendang tok, korma ayam dan kari daging pekat, disediakan oleh emak diorang. Biasanya kitorang anak beranak bersama-sama menyediakan juadah itu menjelang petang hari lebaran.
Tahun lepas kami balik kampung pada hari raya kedua. Tahun ini, kami balik beraya di kampung, di Bagan Serai, Perak pada hari raya ketiga (Khamis). Pada hari raya pertama saya kena mengikuti komuniti rakan sekampung untuk baraan dari rumah ke rumah selepas solat Aidilfitri hingga malam. Hari raya kedua sambung lagi. Pada hari raya kedua pula kami sekeluarga beraya di Kota Tinggi iaitu ke rumah waris-waris di sana. Kami sama-sama ziarah kubur arwah ibu saya (Hajjah Johariah binti Amat Taruno) di Felda Sungai Mas. Lewat petang baru balik rumah.
Pagi Khamis selepas solat Subuh kami bertolak balik kampung di Bagan Serai, Perak. Mengapa balik kampung? Sebab di kampung ada Mak Mertua saya (Puan Hamsiah binti Mohd Isa). Itulah Mak yang saya masih ada. Itulah Tok (nenek) anak-anak saya yang masih ada.
Di sepanjang lebuhraya Plus dari Simpang Renggam hingga ke Taiping Utara, banyak kenderaan bertali-arus. Bukan sehala tapi di kedua-dua hala. Mengapa ye? Agaknya diorang juga macam kitorang, beraya di kedua-dua belah pihak. Kampung aku dan kampung orang rumah aku. Pemanduan tidak lancar. Nak capai 100 km/h pun susah. Setiap hentian sama ada R&R atau hentian sebelah penuh sesak dengan kenderaan. Nak buang air pun susah... Kami sampai ke destinasi (rumah mak mertua) di Taman Serai Jaya pada pukul 4.00 petang. Kitorang juga balik kampung...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeJBczlAi_8UZNULfSJ8PlX9Nyu_rtCH5REPrzePw1WIOH9TmeZJskJWgQBfuyu9gFPi8Igv8UJ9LD94wButka0xL7wXjYyN9mwsBmtH-v8LGkTpdRix2_IKuBilYWFmBMhF7tnUQDlH8/s320/D1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibgXWRz7KjOFjCShgL0kjDyCyXaVuvCXhjYttuCsVDsRui-TjI2za-OYI-YrCemLgD3jLAX6p5YF9aFvKlsWcTmv-Wr_PJBAu_neeoG7AuNcks7pDLW6U5RVKZOTqEgMd1-D4tOndb92M/s320/D2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7ogPuaGgfgfB7-j0J9AgtCpjGn1tulUwCB-BOdow6fTSwWzYHideJ220aQA5Yq4r0gAUu3q01ruHNuELT1NSFxJjwpsgRqMtN8HOVXxv49A_ILPBR4J2bCrRT33wUEdV5tL9KfJCluhg/s320/D3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_jHdPOyUw5mzGkIZoxuzhpHXpjIqpGQw-gdxo5uQtN0lFTiiAXQmiS3EDgM8_nj6i7cd_gLNCz6BSCT_APe7cYqsl5Ke3nUHgHOGwqQZ8xDFpKyrriOl60kFmQI_5RWJgtTk_OVX1WwI/s320/D4.jpg)
Keadaan trafik menjadi bertambah-tambah-tambah-tambah teruk dari Tol Sungai Dua hingga ke Juru. Ada kalanya kenderaan tak jalan langsung beberapa minit. Nasib baik MPV aku automatik, kalau manual dah tentu lutut aku boleh tercabut....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTxjEmjyoao-sqRLJmywf3iZ2rKDOHhXV6GXmnF6H4qtnLd2-PjKt_RUErYX4jzCiXxyagRJWr7Mgdv3tiYxXhX-ap15zFCgr23iG9RCZZMpaJ-0kQLVVOK2nhhiERQTgaRRCaLbBIaN4/s320/D6.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7oF0NEVkj_MJWwmDTEMgMwWDFLSwJdkA8_IYzq8rD3VLXPBGhSjcEpiaBvjdTJh7UisdR1WKEg1-0MNcIDWI4g9Fe6pOWaJQlrdTOl-n94d1AgAGyQMruxFk8k2qroyJvXsPPBg5NV1Y/s320/D5.jpg)
Kami sampai di rumah pada pukul 3.30 pagi. Syukur kepada Allah SWT, kami selamat sampai ke destinasi....
Mengapa di sana sini macet teruk sewaktu Aidilfitri?
- Kereta bertambah banyak. Rakyat Malaysia mampu membeli kereta. Beli kereta lebih mudah daripada beli rumah.
- Balik kampung menjadi acara tahunan rakyat Malaysia.
- Balik kampung beraya bersama keluarga.
- Raya di kota tak best.
- Trend berhari raya di kedua-dua belah pihak.
- Seronok berhari raya bersama ibu bapa dan sanak saudara.
- Kunjung mengunjung lebih meriah di kampung.
- Anak-anak ajak balik kampung.
- Masak memasak juadah lebaran bersama keluarga di buat di luar rumah...sungguh santai.
- Dengar lagu raya malar hijau di kampung lebih sedap...
- Dapat melepaskan gian mengejar ayam kampung bersama adik beradik keliling rumah.
- Gema dan dentuman bunyi mercun lebih sedap didengar di kampung.
- Di kampung ada 'munjung' (menghantar dan berbalas-balas juadah hari raya) di kalangan keluarga dan jiran-jiran. Dapatlah rasa menu raya diorang.
- Orang kampung 'respect' kita yang balik kampung dari perantauan... eeewwahh... cerita pun lebih...
- Nak tayang kereta baru...kereta besar... kat member-member sekampung.
- ... dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan