Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila Syed
Abdul Aziz Al Qubra, seorang pakar motivasi menyarankan agar warga kota jangan balik kampung menyambut Hari Raya kali ini. Saranan
yang saya anggap kurang sesuai dari seorang pakar motivasi.
Berdasarkan pengalaman, saranan
sebegini adalah tidak munasabah dan bukan satu nasihat yang baik dalam
kaitan mengatur urus kewangan dan memperkasa silaturrahim kekeluargaan
yang harmoni.
Bagi saya, 'jimat berbelanja' bukan alasan utama untuk tidak balik
kampung beraya tetapi terpaksa disebabkan situasi tertentu. Tidak balik
kampung merebut peluang menyambung silaturrahim di bulan yang mulia
semata-mata kerana 'nak jimat duit' bukanlah satu sikap yang beradab
apatah lagi tujuan kebiasaannya adalah untuk bertemu ibu bapa dan
berkumpul sekeluarga.
Apa yang penting, janganlah kebijaksanaan kita
membuatkan kita dilabel sebagai “anak tanggang”, semata-mata kerana
duit. Motivasi kedekut tak bertempat. Banyak
lagi cara sebaiknya untuk membentuk sikap jimat berbelanja.
Sesungguhnya, berkat ibu bapa mahu pun mertua amatlah besar. Hari Raya
merupakan waktu terbaik untuk bersama…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan