Menjadi individu dan umat Islam yang cemerlang adalah suatu tuntutan
dalam Islam, kerana itulah dalam hidup ini kita sebagai umat Islam perlu
melakukan tranformasi diri atau perubahan ke arah mencapai
kecemerlangan. Umat Islam hendaklah cemerlang dalam semua aspek samada
dari segi akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan. Malah apa yang lebih
bermakna adalah kecemerlangan dalam konteks pelaksanaan kerja yang
diamanahkan dan hasil (outcome) kerja yang dilakukan. Penilaian
kecemerlangan ini bukanlah titik noktah kepada usaha tersebut, tetapi
adalah sebagai tonggak untuk meningkatkan lagi usaha ke arah
kecemerlangan.
Umat Islam bukan hanya berfungsi dan berperanan setakat pada ibadat khusus semata-mata. Malah lebih luas daripada itu ialah peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah di antara tugas khalifah itu adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir hal ehwal dunia. Ini bermakna kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi perlu dijana serentak.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 200-202 yang bermaksud:
“Ada di antara manusia yang berdoa: Wahai Tuhan Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat). Dan di antara mereka pula ada yang berdoa: Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitungan-Nya.”.
Persoalan besar timbul ialah, mengapa masih ada lagi segelintir umat Islam yang masih tidak mahu untuk berubah menjadi cemerlang walaupun berpeluang besar melakukannya. Apa yang jelas, sikap lalai, cuai, alpa dan suka menangguh-nangguh sesuatu amal usaha serta tidak mengunakan potensi diri menjadi punca peluang tersebut terlepas begitu sahaja.
Kecemerlangan individu muslim sangat berkait rapat dengan tranformasi diri dan penyediaan perancangan masa depan yang kemas serta teliti dan strategik. Kebijaksanaan melakukan perubahan dapat membantu setiap muslim dan umat Islam dalam merancang masa depan bagi menyusun strategi baru yang lebih bersesuai dengan perubahan masa dan mampu mengurangkan kegagalan. Perhatikan kepada manusia yang cemerlang dalam hidupnya, mereka tidak pernah memperkatakan tentang kegagalan, mereka sentiasa merancang kegiatan-kegiatan yang dapat mendorong ke arah mencapai cita-cita, mereka sentiasa memanafaatkan waktu dan menghargai masa, pendek kata tidak ada waktu yang tidak dimanafaatkan.
Umat Islam sebagai umat teras menuntut kebijaksanaan yang tinggi dalam menyusun kehidupan. Harus diingat bahawa dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan ianya memerlukan satu perubahan atau tajdid. Perubahan dalam kehidupan mestilah mampu membebaskan umat Islam dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan merubah sesuatu kaum tersebut selagi kita tidak melakukan perubahan pada diri sendiri. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Firman-Nya dalam surah al-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”.
Dalam melakukan tranformasi diri ke arah kecemerlangan ianya memerlukan individu manusia yang mempunyai jiwa besar lagi kental. Mereka ini dapat dilihat melalui beberapa aspek antaranya:

- Pertama:kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan,
- Kedua: Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak haloba dan kedekut,
- Ketiga: Memahami prinsip, meyakininya, menghormati, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip yang lain. Dengan prinsip dan aspek inilah akan mampu membentuk individu dan masyarakat yang cemerlang serta dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang mampu bangkit, bersemangat waja serta mempunyai jatidiri yang murni lagi kukuh.
Oleh itu kecemerlangan prestasi jika dihalakan kepada kebaikan akan membawa banyak keuntungan. Namun jika dihalakan kepada kejahatan, maka integriti dan akauntabiliti kita akan tercalar. Renungilah pesanan Rasulullah SAW daripada Jabir RA tentang kesungguhan iblis yang sentiasa berprestasi cemerlang untuk menyesatkan manusia dalam sabdanya:
“Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka”. (Hadith riwayat Muslim)
Lantaran itu, setiap kita yang memegang tanggungjawab sebagai muslim perlu meletakkan tanda aras prestasi cemerlang dengan adanya tranformasi diri di samping memainkan peranan masing-masing sebagaimana berikut:
- Pertama: Sebagai pemimpin kita perlu meletakkan indeks kemantapan akidah, akhlak, ekonomi, sosial dan pembangunan negara selari dengan pemerkasaan rohani (spiritual) modal insan agar kegemilangan tamadun Islam sewaktu ketika dulu dapat diulangi.
- Kedua: Sebagai ketua rumahtangga, suami perlu meletakkan indeks keharmonian rumahtangga ibarat ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan sebagai budaya yang dapat menghindari ahli-ahli keluarga daripada gejala rosak akhlak.
- Ketiga: Sebagai individu muslim kita perlu meletakkan indeks peningkatan jati diri muslim yang berkualiti, berpotensi besar, profesional, berdaya tahan dan sentiasa menuju ke arah kemajuan agama dan ummah.
Daripada keterangan-keterangan diatas marilah sama-sama kita melakukan tranformasi diri dengan mengubah kebiasaan-kebiasaan negatif yang selama ini menjadi rutin kehidupan kita. Marilah sama-sama kita mengubah pemikiran kita ke arah yang lebih kreatif dan inovatif agar ianya selari dan senafas dengan peredaraan masa dan zaman. Jadikan tranformasi diri sebagai batu asas untuk kita membina sebuah tamadun bangsa yang beretika dan bermaruah. Jadikanlah keyakinan diri sebagai pegangan hidup, dorongan sebagai teman setia, putus asa di anggap musuh durjana dan jadikanlah usaha dan tekun sebagai tangga kejayaan.
Sumber: Minda Aktif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan