Berikut adalah cabaran-cabaran bagi guru-guru yang dinamakan Guru Cemerlang:
- Guru Cemerlang merupakan individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam mata pelajaran masing-masing, justeru mereka dilihat sebagai kumpulan guru yang mampu membantu JPN dan PPD mengendalikan pelbagai aktiviti atau program seperti seminar,
bengkel, persidangan, kursus dan lain-lain. Mereka sering dipanggil sebagai penceramah, fasilitator dan jurulatih. Dengan itu mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pelbagai kemahiran, terutamanya maklumat-maklumat pendidikan yang terkini serta
kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). - Selain aktiviti pengajaran & pembelajaran di bilik darjah, Guru Cemerlang juga mempunyai pelbagai tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah serta terlibat dalam perlbagai program di peringkat PPD, JPN dan KPM. Penglibatan aktif Guru Cemerlang dengan
tugasan di luar sekolah kadang kala menyulitkan pihak Guru Cemerlang dengan Pentadbir Sekolah. Maka mereka perlu berkemahiran membahagikan masa serta bekerja secara work smart dengan kedua-dua pihak. - Guru Cemerlang selalunya dijadikan contoh dari segi pengurusan kerja, komitmen dalam tugas, sikap dan kreativiti oleh pentadbir sekolah dan nama meraka sering disebut-sebut di dalam mesyuarat guru di sekolah. Keadaan ini ada kalanya menyebabkan wujud rasa
rendah diri terhadap kemampuan atau kebolehan guru-guru lain. Maka mereka perlu pandai beramah mesra, sering saling membantu, berketerampilan diri serta sahsiah yang terpuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan