Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Isnin, Februari 15, 2010

TERRARIUM: SENI HIAS TUMBUHAN DALAM KACA

PAPARAN akuarium yang juga balang, bekas kaca pelbagai bentuk atau bekas lutsinar yang mempamerkan ikan, sudah biasa kita lihat. Bagaimana pula dengan bekas yang mengandungi tanaman? Ia dikenali sebagai terarium (terrarium) atau vivarium. Terarium ialah media atau wadah daripada kaca atau plastik atau mana-mana bekas lutsinar berisi tanaman.


Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini.

Terarium akan menampilkan taman mini dalam media kaca. Terarium dapat menggambarkan kedudukan di alam yang sebenar dalam media kaca berkenaan. Misalnya terarium dapat menggambarkan ekosistem gurun, ekosistem padang pasir, ekosistem hutan hujan tropika atau laman Jepun, Cina dan Inggeris.

Terarium diperkenalkan dalam seni hiasan Inggeris yang banyak dilakukan kelompok keluarga bangsawan. Seni taman mini ini turut berkembang ke seluruh dunia dan amat digemari mereka yang suka seni hiasan laman. Sejak kebelakangan ini, seni ini kembali digemari penggemar hiasan seni laman.

Seperti landskap kediaman, terarium juga perlu dirawat, diselenggara, dipangkas dan disiram selalu bagi membolehkannya terus hidup dan berkembang. Sirami tanaman atau media tanah dengan air apabila tanaman mulai kering.

Seeloknya, secara rutin lakukan penyiraman setiap seminggu sekali atau kurang jika diperlukan mengikut spesies tanaman. Potong daun yang mulai rosak atau kering supaya tanaman dalam terarium tetap indah.


Lokasi tanaman juga perlu diberikan perhatian. Seeloknya jangan letakkan di kawasan yang terdedah dengan sinar matahari secara langsung kerana ia akan menyebabkan tanah cepat kering.

Jika haiwan kecil diletakkan di dalam terarium, bersihkan bahagian dalam bekas itu daripada sisa kumbahan dan makanan haiwan atau serangga berkenaan. Paling menarik letakkan terarium di atas meja laman kerana ia sesuai menggantikan jambangan bunga.

Keunikan terarium jelas membuktikan ketekunan mereka yang menghasilkannya dan satu cabang seni hiasan laman yang perlu dipelajari bagi mereka yang sukakan seni hiasan laman.


INFO: Terarium

  • Terarium terbuka - Terarium jenis ini terbuka dan terdedah di bahagian atasnya atau atau tidak tertutup. Taman mini jenis ini paling digemari ramai
  • Terarium tertutup - Bekas kaca atau lutsinar untuk terarium ini biasanya tertutup rapat di semua bahagian. Tujuannya untuk membuat biosfera yang unik di dalam terarium itu. Terarium ini yang paling sukar dibuat dan dirawat.
  • Terarium haiwan kecil - Terarium ini dikenali sebagai vivarium kerana ia menjadi kaca atau balang penyimpanan dan pameran untuk haiwan kecil dan serangga. Haiwan yang biasa diletakkan dalam vivarium ialah katak, kura-kura kecil, labah-labah dan rama-rama dan ulat. Vivarium juga dihiasi tanaman dan biasanya dihasilkan meniru habitat sebenar haiwan atau serangga yang disimpan.
  • Jenis tanaman - Tanaman seperti sansiviera, kaktus, sukulen, lumut, paku pakis dan bromelia.


Berita Minggu

MEMBIAK POKOK: KERATAN DAUN

Oleh Abdul Rahim Rashid
Berita Minggu





Membiakkan pokok menggunakan keratan daun adalah cara mudah dan ringkas. Ikuti kaedah ini. Saya berharap keluaran lalu dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran serta pengetahuan mengenai keratan batang. Pada pengalaman yang ingin saya kongsi, ia mudah untuk dipraktikkan. Pada minggu ini saya akan menyambungkan topik berkenaan pembiakan vegetatif juga tetapi menggunakan keratan daun yang lebih mudah, ringkas dan senang di lakukan. Kumpulan pokok ini mempunyai banyak tisu lembut.

Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis

  1. Herbaa (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.
  2. Pokok-pokok jenis lendair (succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia.
Ada enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan.
  1. Helai daun/leaf blade
  2. Tangkai daun/leaf petiole
  3. Kepingan daun /leaf sectioned
  4. Mengerat urat/veins severed
  5. Ruas daun/leaf node
  6. Tunas daun/leaf bud
Alat dan Bahan
  1. Pisau cantuman
  2. Gunting pemangkas/hand pruner
  3. Media perakaran/rooting media - Peatgro
  4. Penggalak akar/rooting hormone

Perhatian

  • Bahan-bahan tanaman yang dipilih mestilah segar , matang sihat dan tidak berpenyakit. Gunakan Peatgro sebagai media perakaran dan percambahan yang lebih efektif.

Kepingan Daun/Leaf Sectioned

  1. Helai daun di kerat 10 sentimeter lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat-urat utama.
  2. Celupkan di dalam penggalak akar. Kepingan daun ditanam secara menegak.
  3. Anak dan akar keluar dari pangkal kepingan daun dan daun asal akan musnah. Anak-anak pokok yang baru boleh ditanam.











MEMBIAK POKOK: TUT

Oleh Abdul Rahim Rashid
Berita Minggu
Setelah mengetahui teknik keratan dahan serta keratan daun, ada satu teknik yang mudah untuk saya terangkan bagi menutup topik pembiakan vegetatif tanaman hiasan. Teknik ini di namakan keratan daun jenis lenturan udara (air layering ) atau tut. Apakah lenturan udara ini? Ia adalah satu cara mudah membiakkan pokok yang sukar dibiakkan melalui keratan dahan dan daun dan sangat sesuai kepada pokok yang mengandungi kayu keras seperti pokok limau, rambutan dan jambu.

Dengan cara ini anda tidak perlu untuk membeli anak pokok di kedai. Dengan mudah anda boleh membiakkan pokok rambutan atau jambu kesukaan anda dan yang pasti ia menjimatkan.

Info: Alat dan Bahan
1. Pisau cantuman
2. Gunting pemangkas/hand pruner
3. Pengalak akar/rooting hormone
4. Tali
Bahan:
1. Plastik lutsinar (10sm x 6 sm)
2. Media perakaran/bahan organik - (Mesti dilembapkan dulu)
3. Pengokot (Stapler)

Gunakan Peatgro sebagai media perakaran terbaik. (disarankan guna 100 peratus) - lebih mudah dan boleh dicampurkan dengan sebarang bahan media lain seperti serbuk sabut kelapa (cocoa pith), tanah loam atau sekam padi.

Langkah Mudah (2)
  1. Pilih dahan sebesar jari kelingking. Pastikan ia dahan yang matang atau separa matang (bukan dahan hijau/muda/lembut). Dahan yang dipilih perlu segar, tidak berpenyakit dan mempunyai bentuk yang seimbang.
  2. Lakukan kelaran (1 sm lebar x 1 sm panjang) di bawah ruas dahan .
  3. Sapukan penggalak akar pada kelaran
  4. Balutkan dengan bungkusan media pada sekeliling dahan
  5. Ikat dengan erat dan kemas bungkusan media itu.
  6. Dalam masa 6 hingga 8 minggu akar, buka plastik dan boleh memulakan proses menanam.

MEMBIAK POKOK: KERATAN

Oleh Abdul Rahim Rashid
Berita Minggu

Ada pelbagai cara menanam pokok, namun ramai yang tidak tahu caranya. Pada keluaran lalu saya menulis berkenaan penggunaan bahan dapur sebagai racun serangga yang lebih selamat, mudah dan murah. Kali ini saya akan menerangkan mengenai cara pembiakan pokok untuk penggemar landskap kediaman. Mungkin ada sesetengah orang lebih mudah membeli pokok daripada nurseri bunga, tetapi pada pendapat saya, kepuasan akan lebih didapati sekiranya kita sendiri menjalankan pembiakan pokok dan seterusnya melihat pokok berkenaan membesar. Terdapat banyak kaedah yang digunakan antaranya secara keratan terdiri dari keratan batang serta keratan daun.

Jenis keratan dahan

  • Keratan kayu keras
  • Keratan kayu sederhana keras
  • Keratan hijau
  • Keratan herba

Keratan daun

  • Helai daun
  • Lenturan udara
  • Tangkai daun
  • Kepingan daun
  • Mengerat urat
  • Ruas daun
  • Tunas daun

Pada minggu ini, saya akan hanya menerangkan kaedah pembiakan vegetative secara keratan dahan untuk kayu keras, kayu sederhana dan kayu hijau.

Alat dan bahan:

  1. Pisau cantuman
  2. Gunting atau pemangkas
  3. Media perakaran - Peatgro
  4. Penggalak akar
  5. Penyembur kabus
  6. Plastik lutsinar
  7. Tali pengikatl
  8. Bekas
  9. Pengcukil (dibber)
  10. Jaring
  11. Sudip tanah.


PERHATIAN
Bahan - bahan tanaman yang diguna hendaklah matang, sihat, segar dan tidak berpenyakit. Gunakan Peatgro sebagai media perakaran dan percambahan yang lebih efektif.

Langkah keratan kayu keras:

  1. Kerat dahan pokok 30 sentimeter memanjang
  2. Buang daun - daun di bahagian pangkal dahan
  3. Potong serong di bawah ruas dahan tentukan potongan bersih dan licin
  4. Letakkan pangkal dahan dengan penggalak akar
  5. Buat lubang di media perakaran
  6. Masukkan keratan kira-kira 1/3 daripada panjang keratan
  7. Padatkan tanah di sekeliling keratan. Bagi keratan kayu sederhana dan kayu hijau, langkah-langkah adalah seperti di atas.
  8. Lazimnya kesemua keratan kayu keras, sederhana dan hijau akan berakar dan mengeluar pucuk baru dalam tempoh 8 hingga 12 minggu.
  9. Keratan yang berakar boleh dialih ke dalam pasu.

Pada kali ini juga terdapat jenis keratan yang lebih mudah untuk dipraktikkan iaitu Keratan BentukTumit ( heeled cuttings ) . Keratan yang berbentuk seperti tumit biasanya boleh di gunakan pada semua jenis kayu dengan memisahkan anak tunas baru dengan batang induknya. Sangat sesuai di gunakan untuk pokok yang sukar untuk mengeluarkan akar seperti jenis conifer, juniper atau thuja.

Langkah-langkah keratan bentuk tumit adalah seperti berikut:

  1. Pegang batang pokok tunggal antara ibu jari dan jari telunjuk. Secara perlahan-lahan, tarik /siat keluar anak tunas baru.
  2. Menggunakan pisau lipat yang tajam, buat sedikit keratan pada tapak tumit. Kemudian sapukan dengan penggalak akar/hormone.
  3. Tetapkan kedudukan tunas di dalam media penanaman. Buat lubang, masukkan keratan dan seterusnya tutup lubang dan padatkan. Lakukan penyiraman.

Info:
Kompos tanah pasuan. Ciri-ciri kompos yang ideal dan berkualiti :
1. Tekstur - gembur, peroi dan rongga
2. Nutrien-nutrien - yang mencukupi dan seimbang kepada semua peringkat tumbesaran pokok.
3. Setiap bahan mempunyai fungsi yang tertentu
4. Bebas daripada segala patogen dan bahan toksik.
5. Bebas daripada najis-najis haiwan.
6. Bahan-bahan - murah dan senang di dapati.
7. Cara mencampur - mudah dan senang

Ahad, Februari 14, 2010

NASI BUNGKUS UNTUK KURSUS GURU

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang. Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru. Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari. Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan. Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

Berita harian Online

Isnin, Februari 08, 2010

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 MPV LANDSKAP DAN NURSERI SMK TELOK KERANG TAHUN 2010

Tahun 2010 ini, seramai 25 pelajar Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri untuk mengikuti MPV Landskap dan Nurseri. Daripada jumlah itu, 7 orang adalah pelajar perempuan dan 18 orang pelajar laki-laki. Saya mengalu-alukan kedatangan pelajar baru LN ini. Semoga pelajar-pelajar ini terus belajar untuk mencapai cita-cita.

Harapan Cikgu - belajarlah, jangan ponteng, jadilah pelajar yang baik atau sebaik-baiknya, buat amali ikut prosedur, setiap KLN mesti kompeten, apabila nak belajar mesti baca doa menuntut ilmu, apabila nak makan mesti baca doa makan, mesti sembahyang, sayangi ibu bapa, kawan-kawan dan guru-guru, hayati alam persekolahan, dan macam-macam lagi yang baik-baik belaka. Jangan buat jahat.

Berikut adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4 LN tahun 2010.



Siti Khajar Binti Hamidnuddin.



Nur Jannah Binti Musa




Nur Atikah Binti Abd Aziz


Nurul Nazua Binti Osman


Nur Amyzah Binti Ahmad


Nur Syuhadah Binti Arrazi


Nora Fazira Binti Mohd Zain

Mohd Shafiq Bin Shifudin


Mohamad Aspi Bin Zulkanain


Mohd Azeem Bin Jasni


Mohd Raffi Bin Hashim


Mohd Asward Bin Kamis


Mohammad Mawaridi Bin Mohd Taib



Mohd Hasrul Adha Bin Hashim

Mohd Nurazlan Bin Rahim


Abd Rahman Bin Ahmad


Muhammad Hamizan Bin Hazman

Mohd Kamil Bin Mustafa



Mohd Amirul Alwalid Bin Abdullah

Supyan Sauri Bin Ahmad Albanat



Mohd Fauzan Bin Yakkob




Paizal Bin Ahmad






Mohd Darus Bin Aman


Mohd Syukri Bin Ramli

Jumaat, Februari 05, 2010

KEKELIRUAN HALA TUJU KUASAI ILMU

ABU BAKAR YANG
Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

RATA-RATA kalangan kita pasti inginkan kejayaan yang cemerlang para pelajar dalam pelajaran mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana persaingan yang cukup sengit di era globalisasi kini menuntut penguasaan ilmu yang mantap dan luas memungkinkan setiap pelajar mampu menghadapi cabaran ini. Mungkin kerana cabaran pendidikan masa kini dilihat terlalu hebat maka sistem pendidikan negara juga terpaksa diubah suai dan direka bentuk sesuai dengan keperluan dan perubahan yang mendadak ini.


Terkini dan mungkin bukan yang terbaru ialah pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran terhadap 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi yang diberikan beberapa autonomi tambahan. Langkah ini dilihat sebagai mengukuhkan lagi usaha Sekolah Bestari yang telah dilancarkan pada tahun 1996, iaitu usaha untuk membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.

Pasti ramai ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap pencapaian anak-anak mereka apabila pendekatan pendidikan yang dibawa menerusi sistem sekolah bestari ini agak sedikit berbeza iaitu memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P), sumber manusia, kemahiran dan sikap, teknologi, sistem pengurusan yang lebih cekap, dan perubahan kepada beberapa polisi yang tertentu.

Semuanya ini dilihat sebagai satu usaha murni untuk melahirkan generasi pelajar yang jauh lebih hebat dan berketerampilan dalam menghadapi era yang juga hebat dan penuh dengan persaingan ini. Tetapi adakah sistem pendidikan yang sedemikian rupa mampu untuk melahirkan generasi pelajar yang kita inginkan.

Persoalan ini timbul apabila kita kembali melihat kepada realiti hidup masa kini yang cukup kronik dan membingungkan. Ini adalah kerana ketika kita berbicara mengenai perkembangan pesat pembangunan manusia dengan segala bentuk penguasaan ilmu yang hebat, maka pada masa yang sama juga kita turut melahirkan manusia yang keliru tentang identiti dirinya sendiri serta tidak tahu hala tuju kehidupannya.

Semakin rancak pembangunan yang dirancang, maka semakin rancak juga keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku. Namakan saja jenis keruntuhan tersebut, semuanya ada dalam masyarakat kita. Bermula dari bangku sekolah membawa kepada institusi keluarga yang kucar-kacir, hinggalah kepada pudarnya akhlak yang mulia, runtuhnya pemikiran yang sihat, cetek dan dangkalnya ilmu, sehingga kepada parahnya amalan masyarakat seperti rasuah, dan kotornya amalan politik.

Antara sebab yang membawa kepada keadaan ini ialah kekeliruan terhadap ilmu itu sendiri. Ini bukan kerana manusia tidak mempunyai ilmu tetapi kerana manusia memiliki ilmu yang tidak tepat dan salah. Kini ilmu yang dipelajari hanya kerana ilmu, iaitu menuntut ilmu hanya untuk memenuhi keghairahan kegunaan duniawi yang didorong oleh runtunan nafsu. Tujuan dan konsep ilmu yang sebeginilah yang telah melahirkan ramai ilmuwan yang lupakan Allah tetapi sangat ghairah dan bernafsu untuk menguasai dunia dan alam ini demi memenuhi segala keinginan nafsu.
Maka dengan itu, sekalipun kemajuan ilmu pengetahuan masa kini benar-benar hebat dan mempesonakan, namun sebenarnya ilmu itu tidak membangunkan manusia sebagai manusia yang sebenar sebagai mana yang diinginkan oleh Islam.

Ilmu yang dibangunkan kini lebih banyak melahirkan manusia yang sangat cepat lupakan Allah tetapi pada masa yang sama sangat cepat terpesona dengan keindahan dunia. Maka dengan itu lahirlah ilmuwan yang sering dalam keraguan terhadap Tuhannya, sering dalam dilema dan bimbang tentang masa depan dunianya, dan sentiasa sibuk mencari harta dan habuan dunia.
Perkembangan pengisian ilmu masa kini juga telah memperlihatkan kepada kita bahawa tujuan dan konsepnya yang salah dan kabur telah melahirkan ramai manusia yang juga kabur tentang tujuan dan konsep hidupnya.

Pengisiannya telah menjadikan manusia sekarang mempunyai sifat-sifat keduniaannya yang sangat menonjol. Manusia sekarang penuh dengan sifat sombong dan bangga diri, kedekut dan tamak kepada harta dunia, suka angan-angan, penuh dengan hasad dengki, suka kepada pujian dan kemegahan dunia, khianat kepada amanah, selalu meninggalkan apa yang disuruh Allah, melupakan Allah, memandang rendah sesama manusia dan tidak ambil peduli sebarang permasalahan yang menimpa saudara-saudara yang seagamanya dengannya.

Perkembangan ilmu yang sebegini sebenarnya sangat berlawanan dengan ilmu yang ingin dibangunkan oleh Islam. Bagi Islam, ilmu adalah sesuatu yang wajib dituntut oleh setiap individu Muslim, dan ilmu juga adalah asas pembangunan insan dan juga asas kepada pembangunan tamadunnya.

Menerusi ilmu juga dapat melahirnya manusia yang sentiasa ingat kepada Tuhannya, ingat kepada kebesarannya serta menjadikan manusia yang bertakwa dengan sentiasa cermat dan berhati-hati dalam mengharungi kehidupan di dunia. Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa dan kemuliaan yang tinggi kepada ilmu.

Justeru itu, wajar bagi kita kini untuk kembali menilai ke arah mana hala tuju perkembangan ilmu yang berlaku dalam negara kita sekarang. Kita akan merasa lebih senang dan selamat sekurang-kurangnya untuk generasi akan datang sekiranya ilmu yang dibangunkan itu lebih bersifat membangunkan kemanusiaan dan keinsanan berbanding sekiranya ia lebih meruntuh dan membahayakan manusia dan dunia.

Kita juga tidak mahu ilmu dan pendidikan kita diasaskan kepada landasan pemikiran asing yang tidak mengikut penekanan yang ditentukan oleh Islam. Juga kita tidak mahu pendidikan dan ilmu yang kita pelajari adalah ilmu yang dipaksakan oleh perkembangan semasa kerana dikhuatiri tujuannya lebih bersifat keduniaan dan akan terus melahirkan manusia yang lupakan Tuhan.
Oleh demikian, manusia itu perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam dan ilmu yang betul adalah lebih utama daripada pembangunan yang hanya dapat memuaskan nafsu.

Kerana ia bukan sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia, benda dan alam, malah lebih penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia serta dipimpin oleh ilmu yang benar dan sah. Iaitu ilmu yang dapat memimpin kalbu, akal dan nafsu serta anggota lahiriah dan pancaindera yang lain ke arah mengenali dan menjadi hamba kepada Tuhan yang menciptanya. Hubungan murni antara unsur-unsur ini yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah sahajalah yang dapat melahirkan amal dan perilaku manusia yang selamat dan aman pembangunannya.



Isnin, Februari 01, 2010

REKA BENTUK LANDSKAP TAMAN

Gardens frame your home and add the perfect finished touch to the outdoor landscape. Garden landscaping design begins with choosing the garden location and plants that will complement your home. Gardens can be a simple, pleasing addition to your home or serve a specific function. Designing a garden reflects your personality in ways similar to indoor decorating. Your choice of plants, focal point, edging and blending with the existing landscape indicates how much emphasis you want on that particular garden.

Step 1
Measure the dimensions of your home and existing hardscape (permanent) features such as walkways, driveways, decks, porches, patios, swimming pools and retaining walls. Transfer these measurements to the graph paper using a scale such as one block on the paper equals 1 foot in reality.

Step 2
Visit the exact site where you'd like to place your garden. A standard trick for determining garden shape is to outline the shape with a garden hose. Change it until you're happy with the design, and add the garden shape to your landscape diagram.

Step 3
Check the sun availability of the garden plot to help determine appropriate plants. Full sun plots receive exposure more than six hours per day. Partial sun has four to six hours of sun each day, and full shade receives no direct sunlight.

Step 4
Decide what function your garden will serve. Some options include decorating an existing hardscape feature, creating a privacy hedge and enhancing the look of home elements such as the front porch, walkway or entryway. Landscape design focuses attention on the best aspects of your home.

Step 5
Take a 1/2-cup soil sample to your local garden center for a soil analysis. Adding missing nutrients to the soil is extremely easy before planting. Soil quality functions as an integral part of deciding which plants will thrive in the garden location and also as an important consideration for your landscaping budget.

Step 6
Examine the local landscapes and available plants at nurseries near your home. Both feature native plants that thrive in your climate and soil conditions. Choose native plants to eliminate excessive maintenance as well as die-off.

Step 7
Pick several anchor plants for your garden. These focal point plantings should be repeated three to five times in a moderate-sized garden to create a theme for the plot. Choosing this method of organization creates cohesion among various landscape elements.

Step 8
Choose a few basic colors for your garden. Color is a powerful tool for landscaping that can both emphasize and smother the most beautiful plantings. Repeat this color scheme throughout the garden. Create a balance within the garden between green foliage and blooming plants.

Step 9
Consider height uses within the garden space. If the garden backs up to a fence or house, place taller plants at the back and work down in height as you move forward. Always consider what you might be blocking when choosing taller plants and shrubs.
Gardenguides

PENGURANGAN BAJET KPM: CABARAN BUAT GURU

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.

''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian mempunyai alasan dan sebab mereka tersendiri mengurangkan bajet tersebut dan ia dilakukan demi untuk kebaikan semua pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya sekarang.

''Guru-guru tidak perlu merasa sangat terbeban dengan pengurangan bajet itu kerana ia adalah bersifat sementara. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam usaha memartabatkan pendidikan negara dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang. Pengurangan bajet ini juga akan meningkatkan semangat guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk berusaha lebih bagi menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi di negara ini. Ianya tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Sabri berkata, janganlah terlalu mengharapkan imbuhan dan bantuan dari kerajaan dan sebagai guru, kita perlu memahami juga apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

''Diharap agar guru-guru akan lebih berdaya saing dalam menunjukkan kualiti mereka selain melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Pengorbanan yang lebih perlu dilakukan oleh mereka dalam mendidik para pelajar dan perkara ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan jika adanya kerjasama dan kesepaduan di kalangan guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta supaya pengurangan bajet yang melibatkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikaji semula.

''Pengurangan bajet itu akan menjejaskan baucer tuisyen bagi pelajar- pelajar miskin dimana peluang untuk pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan semakin sukar dan syarat yang dikenakan lebih ketat. Bantuan pakaian seragam untuk aktiviti badan beruniform pelajar-pelajar miskin juga sudah tidak diberikan," katanya.

Selain itu jelasnya, pihak sekolah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan dan utiliti seperti bayaran bil elektrik dan bekalan air dimana kesannya lebih teruk dirasai oleh sekolah dua sesi.

''Saya meminta supaya KPM mengekalkan bajet terutamanya perbelanjaan dan utiliti sekolah kerana ianya dirasakan tidak adil kepada pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang. Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung.

''Pengurangan itu bakal menyebabkan terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini," katanya.

KELAS TAMBAHAN DAN KELAS KEMAHIRAN BERI BEBANAN KEPADA KANAK-KANAK MASA INI.

Kemeriahan bermain galah panjang, batu seremban, tenteng dan sebagainya lagi sudah tidak dirasai oleh kanak-kanak masa kini. Apa yang ketara, mereka lebih terdedah dengan teknologi yang semakin canggih seperti permainan video, internet dan sebagainya lagi.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka yang jadual harian padat dengan segala macam aktiviti. Pagi ke sekolah, petang pula ke kelas tuisyen selain kelas kemahiran yang telah sedia diatur oleh ibu bapa. Tujuannya supaya anak-anak dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu yang berguna demi masa depan mereka kelak.

Isu kali ini mengupas anggapan sesetengah pihak kononnya pelajar sekarang dibebani dengan pelbagai tuntutan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya. Ini termasuklah mendaftarkan anak-anak memasuki kelas tambahan, kelas muzik, kelas tarian dan sebagainya lagi. Akibatnya, anak-anak tidak mempunyai masa terluang seperti mana kanak-kanak lain seusia dengan mereka. Kebanyakannya anak-anak ini adalah mereka yang tinggal di kawasan bandar. Lantaran itu, pelajar kini dikatakan menghadapi tekanan berbeza berbanding dengan pelajar zaman dulu. Ia diburukkan lagi dengan sikap ibu bapa itu sendiri yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama-sama dengan anak-anak atau mendidik mereka untuk menjadi manusia yang berguna. Mereka lebih sibuk mengejar duit kononnya demi kebahagiaan keluarga.

Untuk mengelakkan anak-anak terbabit dengan gejala kurang sihat, mereka memilih untuk menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan kemahiran. Harapan mereka, masa anak-anak akan lebih berguna dan tidak terbuang begitu sahaja. Namun, di sebalik itu, anak anak pula berasa sebaliknya.

Mengupas isu berkenaan, wartawan Mingguan Wanita menemu bual pelajar, guru dan ibu bapa sejauh mana kelas-kelas ini membebani anak-anak. Menurut Suzana Bt Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, anak-anak seharusnya tidak perlu rasa dibebani dengan pelbagai tuntutan yang dibuat oleh ibu bapa.

“Sebagai ibu bapa, semestinya mereka inginkan anak-anak berjaya. Bezanya, cara ibu bapa menyuarakan hasrat tersebut. Jika sampai mengherdik, marah-marah bila anak-anak kurang berjaya, itu tindakan yang salah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak, sama-sama membimbing mereka dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Pada saya, wajar atau tidak ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan, kelas kemahiran dan sebagainya bergantung kepada penerimaan anak-anak itu sendiri. Jika dalam diri mereka sudah bercambah minat untuk menghadiri kelas kemahiran tersebut, memanglah wajar. Jika memaksa anakanak, tindakan tersebut adalah tindakan yang kurang wajar. Anak-anak biarpun masih di usia muda, perlu diajar bertolak ansur dan berbincang. Sewajarnya ibu bapa berbincang dengan anak-anak tentang hasrat mahu memasukkan mereka ke kelas tersebut. Malah, ibu bapa juga perlu menjelaskan tentang keperluan kenapa mereka perlu masuk kelas tersebut supaya anak-anak faham dan tidak memberontak dalam diam. Jika anak-anak enggan, gunakan pendekatan yang berhemah dan jangan menggunakan kekerasan. Paling penting, jangan memaksa. Mengajar anak boleh tegas tapi bukan keras. Kalau ibu bapa gunakan paksaan, anak-anak akan lebih mudah melawan dan memberontak. Malah, ibu bapa perlu memastikan kelas-kelas kemahiran tersebut tidak mengganggu waktu pembelajaran dan ulang kaji anak-anak sebab pelajaran di sekolah lebih perlu dan penting. Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran,” jelas Puan Suzana lagi.

Tambahnya lagi, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dalam zaman yang serba mencabar Sebagai seorang Muslim, anak-anak wajib dihantar untuk mendalami ilmu agama, ajar mengaji al-Quran dan boleh dimulakan sedari awal umur3-4 tahun. Namun, untuk kelas kemahiran lainnya, bukan satu perkara yang wajib. Namun, tak salah jika mahu mulakan ketika usia yang muda. Menurut Suzana lagi, anak-anak lebih mudah belajar ketika usia muda. Bezanya, jika ibu bapa Muslim mementingkan kemahiran lain berbanding ilmu agama dan mengaji al-Quran, bererti ibu bapa telah lalai tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Kebanyakan ibu bapa yang tinggal di bandar lebih cenderung menghantar anak-anak ke kelas kemahiran dan sebagainya jika dibandingkan ibu bapa di luar bandar. Selain hasrat mahu anakanak menjadi yang terbaik, mungkin ini merupakan salah satu cara agar anakanak tidak tinggal sendirian di rumah, selain langkah dalam memastikan keselamatan anak-anak terjaga.

Begitu pun, ia bergantung kepada penerimaan anak-anak, kalau anakanak bersedia dan boleh menerima, mereka akan gembira dan bakal memiliki kemahiran tersebut. Sebaliknya jika tidak berminat, mereka hanya akan menghabiskan wang ibu bapa, akan membenci ibu bapa secara diam. Disebabkan keterpaksaan itu juga bakal mengundang masalah lain terutama kepada serta boleh mengganggu pelajar lain.

Sementara itu, Harnani Haji Buang, 29 tahun, mengakui, sebagai ibu bapa, dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lantaran itulah, sedari awal, dia sudah mendedahkan anak-anaknya dengan kelas kemahiran seperti muzik, tarian dan sebagainya.

“Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tetapi kenalah ikut kemampuan anak-anak dan jangan terlalu memaksa mereka. Saya sendiri, ada menghantar anak ke kelas tambahan walaupun baru memasuki tahun satu, tetapi hanya di hujung minggu sahaja. Tetapi, saya hadkan masa selama lebih kurang dua jam. Memandangkan anak saya minat kelas silat, jadi saya daftarkan dia walaupun masih kecil kerana itu permintaannya sendiri. Selain itu, saya juga mendaftarkan anak saya ke kelas agama di sekolah swasta memandangkan masa di sana tak lama. Jadi, dia takkan terasa penat kerana pagi kena ke sekolah. Malah, saya tidak menghalang sekiranya mereka mahu bermain atau melakukan aktiviti yang digemari supaya mereka tak rasa terkongkong. Walaupun mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi kita juga harus tahu keinginan mereka. Kadang-kadang ada anak-anak yang melakukan semua aktiviti akibat terpaksa atau takut dengan ibu bapa mereka, padahal dalam hati mereka timbul keinginan lain. Sebab itu, sebagai ibu bapa, kita kena mendengar apa yang anak-anak mahukan. Tak dinafikan, ibu bapa di bandar lebih suka menghantar anakanak ke kelas kemahiran berbanding ibu bapa di luar bandar. Mungkin faktor kewangan antara punca kenapa ibu bapa di luar bandar tidak berbuat demikian. Selain itu, faktor kemudahan juga antara salah satu punca kerana di Bandar lebih banyak kelas-kelas kemahiran diwujudkan dengan tenaga pengajar yang ramai. Selain itu, kebimbangan anak-anak terlibat dalam gejala social menyebabkan ibu bapa di Bandar cenderung menghantar anak-anak mereka ke kelas kemahiran bagi memastikan setiap masa terluang di isi dengan baik. Mereka bimbang, perkara tak baik akan berlaku pada anak-anak jika dibiarkan tanpa kawalan. Tetapi jika terlalu memaksa anak-anak, ini akan membuatkan jiwa mereka memberontak dalam diam. Sehinggakan ada yang sanggup menipu kononnya ke kelas tersebut tetapi sebenarnya tidak. Sebaiknya ibu bapa kena selalu memantau dan jangan terlalu memaksa jika anak-anak tak suka,” kata Harnani dengan panjang lebar.