RAMADHAN
Ramadhan tiba lagi. Syukur dan
Alhamdulillah jika kita masih berkesempatan berada di bulan Ramadhan kali ini. Kelebihan
dan keagungan yang ada di bulan ini adalah dengan adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat yag tertinggi
bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar. Amat digalakkan pada
bulan ini dengan dipenuhi amal ibadah
dan bertaqwa kepada Allah, disamping bersembahyang sunat, istighfar, tasbih dan
berzikir sepenuhnya.
“Barangsiapa yang melakukan
Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan
Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah
fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan
ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain”.
(Maksud Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ
فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ
الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)
Maksudnya: "Apabila
masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan
tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan
(daripada merasuk mangsanya)".
Bulan Ramadhan ialah
bulan yang mulia dan diberkati Allah.
Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya. Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat
menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan
mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya
mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong
melakukannya.
Keistimewaan bulan Ramadhan:
- Bulan yang mulia, berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
- Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
- Iblis dipenjarakan
- Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
- Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati bulan Ramadhan:
1. Kita hendaklah mengelakkan diri
daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan
boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang
tidak mendatangkan faedah. Sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan
azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
2. Kita hendaklah berusaha
menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan
Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta
memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
PUASA
WAJIB DI BULAN RAMADHAN
“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Menurut huraian
ulama' rahimahumullah, bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan
tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di
sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang
zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga
difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang
berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis
ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula
mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya
yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah
juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
Pengertian Puasa:
Ertinya menahan diri dari makan
dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari
terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat wajib puasa:
1.
Islam
2.
Baligh
3.
Berakal
4.
Berupaya (sihat)
5.
Bermukim
Syarat sah puasa:
1.
Islam
2.
Berakal
3.
Bersih daripada haid & nifas
sepanjang hari
4.
Niat
Rukun Puasa:
1.
Niat - Menahan diri dari makan
& minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2.
Masa Puasa - Puasa bermula dari
terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah puasa:
1.
Melahirkan perasaan belas kasihan
terhadap golongan miskin
2.
Mendidik nafsu & jiwa kearah
kebaikan
3.
Dapat merasai apa yang ditanggung
oleh golongan miskin
4.
Puasa merupakan perbuatan taat
kepada Allah
5.
Mendidik budi pekerti untuk
memiliki sifat-sifat terpuji
6.
Puasa mengajar seseorang supaya
beramanah terhadap diri sendiri
7.
Puasa mengajar kesabaran dan
berperaturan
8.
Puasa menyebarkan perasaan kasih
sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa:
1.
Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa &
sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3.
Menjamu orang-orang yang berbuka
puasa
4.
Mandi junub, haid dan nifas
sebelum fajar
5.
Memperbanyakkan ibadah dan
berbuat kebaikan
6.
Membaca Al-Quran
7.
Beriktikaf terutama 10 hari
terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa:
1.
Berbekam
2.
Mengeluarkan darah
3.
Berkucup
4.
Merasa makanan
5.
Bersugi selepas gelincir matahari
6.
Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa:
1.
Memasukkan sesuatu ke dalam
rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2.
Makan dan minum sepanjang hari
3.
Muntah dengan sengaja
4.
Bersetubuh atau keluar mani
dengan sengaja
5.
Keluar darah haid dan nifas
6.
Gila
7.
Pitam atau mabuk sepanjang hari
8.
Murtad
Keuzuran yang mengharuskan
berbuka puasa:
1.
Musafir
2.
Sakit
3.
Mengandung dan Ibu yang
menyusukanan
4.
Tua
SOLAT SUNAT TARAWIKH
Kelebihan Solat Sunat Tarawikh:
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang
telah lalu.” (Riwayat Muslim)
Setiap tahun, kita umat Islam
berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat
Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat
sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal
kebajikan.
Oleh itu marilah kita sama-sama
dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan
tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul
Qadr”.
Jelas dari firman Allah S.W.T.
pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di
dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
Hukum Solat Sunat Tarawih:
1. Hukumnya sunat Muakkad (yang
sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada
tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah.
2.
Sunat dikerjakan di Masjid, Surau
dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih:
Waktunya selepas menunaikan
sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
- Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
- Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
- Pada zaman Khalifah Omar bin alKhattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
- Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap 8 satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
- Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih: “Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala”.
Rukun Sembahyang Sunat Tarawih:
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan
rukun sembahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan