Setiap tahun apabila tiba hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia inilah kerjaku di sekolah. Selama seminggu aku bekerja keras mengindahkan sekolah dengan dibantu beberapa pelajarku dan pembantuku iaitu En. Roslee Abd Khair bagi menyemarakkan suasana sambutan kemerdekaan di sekolah. Kami mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kawasan luar dan dalam sekolah, memasang lampu-lampu berwarna-warni bagi mewujudkan pencahayaan, dan menghias astaka dan bangunan. Dengan tema 56 tahun merdeka, Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya
Darahku, aku dan pelajar-pelajarku begitu bersemangat
waja dan bersedia membuat persediaan sambutan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan