Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, Ogos 02, 2015

MENAIK TARAF TAMAN BESTARI SEKOLAHKU

Akulah pengurus, akulah kontraktor, akulah arkitek, akulah pekerja dan macam-macam lagi yang aku buat... Buat apa? Buat kerja menaik taraf Taman Bestari di sekolah aku. Itulah sebahagian kerjaku sebagai guru MPV Landskap.  Sebenarnya bukan aku seorang yang buat kerja-kerja itu, aku dibantu oleh pembantu guru, rakan guru dan juga pelajar-pelajar MPV Landskap. Seronok tau buat kerja-kerja perlandskapan...
Kini kerja-kerja menaik taraf Laman Bestari SMK Telok Kerang sedang giat dijalankan dan hampir siap. Taman yang telah dibina lima tahun yang lalu perlu disenggara dan dinaik taraf agar taman itu terus segar sepanjang masa. Di antara kerja-kerja yang dilakukan ialah:
  • Menanam tanaman hiasan yang baru.
  • Mengganti tanaman hiasan yang telah mati.
  • Memasu semua tannaman hiasan.
  • Mengecat pergola.
  • Membersihkan kolam hiasan.
  • Mengolah semula tanda nama taman.
  • Membuat benteng di tepi longkang.
  • Menambah meja dan kerusi simen ferro.
  • Menambah bangku kayu taman.
  • Mdengecat gazebo.
  • Memangkas dahan dan ranting tanaman hiasan sedia ada.
  • Mengolah semula siar kaki.
Aku menguruskan semua kerja-kerja menaik taraf taman yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Landskap dengan dibantu oleh Cikgu Nordin Ehsan dan Abang Roslee Md. Khair.
Terima kasih semua.
 
















 















Tiada ulasan: