Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Disember 16, 2009

LANDSKAP TAMAN TAMBAK BANDAR BARU PONTIAN


Kali ini saya fokus kepada landskap Taman Tambak Bandar Baru Pontian. Mengapa dinamakan Taman Tambak? Sebenarnya taman di tepi laut ini saya rasa belum ada namanya. Kena tanya Majlis Daerah Pontian. Itu diaorang punya kerja. Penduduk Pontian ada yang memanggilnya 'Tambak' dan ada pula yang menggunakan istilah Bandar Baru Pontian.

'Tambak' atau Bandar Baru Pontian asalnya pinggiran pantai atau laut yang ditambak. Di tepi pantainya disokong dengan batu-batu pejal. Kerja-kerja membangun kawasan dan manambak masih dilakukan.

Beberapa tahun dulu Taman Tambak ini dijadikan lokasi pertandingan memancing GP JORAN anjuran Berita Harian. Meriah sungguh. Ramailah kaki-kaki pancing dari mana ntah datang beraksi mengadu nasib memancing ikan. Sekarang ni pun ramai kaki-kaki pancing yang datang memancing di taman ini malah ada yang membawa keluarga dan mendirikan khemah di situ.

Di sebelah barat di tengah samudera Selat Melaka kelihatan Pulau Pisang. Saya dapati ramai pengunjung yang datang waktu senja snap gambar sunset. Sunset di sini memang cantik habisss... bayangkan matahari senja di atas Pulau Pisang.

Taman Tambak ini masih baru. Pokok-pokok dan rumput yang ditanam baru nak membesar dan menghijau. Pokok ru menjadi pilihan. Ia ditanam berbaris-baris. Beberapa wakaf ada didirikan di taman ini. Saya rasa taman ini akan dipertingkatkan lagi oleh Majlis Daerah Pontian. 

Foto-foto yang saya snap di Taman Tambak Bandar Baru Pontian.










Tiada ulasan: