Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, November 11, 2009

ADAB/ETIKA MEMBERI SALAM


Assalamu'alaikum.

Ramai pelajar mengucapkan salam kepada guru-guru ketika di sekolah. Ada di kalangan mereka bukan sahaja mengucapkan salam malah mereka menghulurkan tangan bersalaman dan mencium tangan guru. Ini satu budaya yang amat baik. Diantara adab atau etika memberi salam adalah:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Orang yang berjalan atau berdiri memberi salam kepada orang yang duduk.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam supaya jelas didengar.
  • Individu memberi salam kepada kelompok ramai.
  • Kelompok sedikit memberi salam kepada kelompok ramai.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari sesuatu majlis.
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
  • Tidak mulai memberi salam kepada orang yang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah "Wa'alaikum."
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama muslim sama ada yang dikenali atau tidak.
  • Sunat menjawab salam yang dikirim melalui orang lain.
  • Jangan memberi salam dengan isyarat kecuali andai ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
Dipetik dari Solusi

Tiada ulasan: