Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, November 01, 2009

LANDSKAP - RUPA TAMAN ADALAH RUPA PERIBADI PEMILIKNYA





Sesuatu taman yang dibina adalah melambangkan ciri-ciri atau peribadi diri pemiliknya. Jika kita lalu atau berjalan-jalan atau melihat-lihat kawasan taman, kita boleh membuat andaian bahawa seni tata atur dan konsep taman yang yang kita tatap adalah hasil idea dan kehendak peribadi sama ada pemilik, arkitek atau pembinanya.

Sebenarnya hasil pembinaan sesuatu taman yang menarik dan mantap dibina dengan jiwa yang datang bersamanya. Sebab itu kekadang kita melihat sesuatu taman itu hambar.
Jika jika lalu di kawasan kampung dimana hiasan taman di halaman rumah yang bersahaja (ciri-ciri kekampungan) ia tetap menarik seiring dengan suasana kampung. Ini kerana ia dibelai olah pemiliknya seadanya kerana pemiliknya bukan di kalangan yang ahli dan mahir dalam bidang perlandskapan. Mereka menjaga taman mereka dengan kudrat dan jiwa mereka.
Jika sesuatu taman itu bersih dan kemas bermakna pemiliknya seorang yang pembersih. Jika sesuatu taman itu teratur bermakna pemiliknya seorang yang bersistematik. Jika sesuatu taman itu indah dan berkonsep bermakna pemiliknya seorang yang tenang dan bahagia.
Jika sesuatu taman itu harmoni dengan tumbuhan yang berwarna-warni bermakna prmiliknya seorang yang cintakan kedamaian.
Itulah andaian-andaian yang boleh kita buat dengan melihat sesuatu taman, tak kiralah sama ada taman itu milik individu, milik korporat, milik jabatan kerajaan, milik sekolah, milik majlis daerah, milik resort, dan milik lain-lain. Itulah hakikatnya.
Pemilik taman terpaksa membuat penyenggaraan taman, mengeluarkan tenaga, mengeluarkan wang ringgit, rajin, mempunyai idea kreatif, dan ada usaha untuk membuat sendiri. Jika ini mereka lakukan, ianya sudah cukup memberi gambaran dan andaian mengenai peribadi pemilik sesuatu taman.



Tiada ulasan: