Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Jumaat, November 20, 2009

CIKGU ANITA BERTUKAR KE KOTA TINGGI


SMK Telok Kerang kehilangan seorang guru yang dedikasi dan rajin. Yang dimaksudkan ialah Cikgu Anita. Rasanya belum lama dia berkhidmat di sekolah ini. Sebagai seorang rakan setugas, tentunya saya juga berasakan kehilangan Cikgu Anita. Pelajar-pelajar dibawah bimbingannya juga berasa kehilangannya. Kenangan manis saya bertugas bersama dengannya ialah sewaktu menguruskan Rumah Hijau (Rumah Hijau sentiasa menjadi johan sukan tahunan) dan mengendalikan Perkhemahan Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah 50 Tahun Malaysia Merdeka. Seronok bekerja dengannya. Foto ini adalah foto yang sempat saya ambil pada hari perpisahan (hari terakhir persekolahan tahun 2009) kerana saya terpaksa pergi ke Sepang, Selangor kerana ada tugas. Selamat berpindah, semoga jumpa di lain masa jika diizinkan Allah SWT.....daa....



Cikgu Anita.


Cikgu Aniata bersama Cikgu Norazrin, Cikgu Norain, Cikgu Zurinawati,
Cikgi Rosfatmawati dan Cikgu Nor 'Asyikin.



Cikgu Anita (tengah) bersama Cikgu Hamisah, Cikgu Norazrin, Cikgu Norain, Cikgu Hajjah Arbaenah, Cikgu Zurinawati, Cikgu Rosfatmawati, Cikgu Rozi, Cikgu Nor'Asyikin dan Cikgu Norazita.

Tiada ulasan: