Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, November 05, 2009

IKHLAS SEMASA BEKERJA

Ikhlas semasa bekerja adalah kebersihan hati daripada selain Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Apa yang diharapkan hanya keredaan Allah. Bagaimana pula dengan gaji? Islam mengajar kita untuk memburu kedua-dua perkara iaitu keperluan hidup dan tujuan hidup. Kita mesti memenuhi keperluan hidup demi mendapat kemudahan dan keselesaan dari segi lahiriah. Dan kita juga mesti memenuhi tujuan hidup demi mendapat ketenangan dan kebahagiaan jiwa. Keperluan hidup memberi kita "senang" dan tujuan hidup memberi kita "tenang".

Bekerjalah atas dasar ibadah (tujuan hidup) dan bukan untuk mendapat gaji semata-mata (keperluan hidup). Walaupun ikhlas itu tidak menafikan hak kita untuk mendapat gaji tetapi itu bukanlah matlamat utama dan pertama kita. Orang ikhlas bekerja untuk Allah bukan untuk majikan. Dalam kerja adalah sebagai ibadah, "God is our CEO." Ada sesuatu yang lebih bernilai dan tinggi untuk dicapai oleh orang-orang yang ikhlas yakni keredaan, pahala dan keampunan Allah. Orang yang ikhlas didorong "dari dalam kel uar" (inside-out) - kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas didorong "dari luar ke dalam" (outside-in) - ganjaran dan hukuman.

Kelebihan bekerja dengan ikhlas:
1. Mendapat kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2. Hasil kerja berkualiti dan produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya ke tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal.
3. Terhalang daripada melakukan penyelewenganPekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh CCTV dan peraturan-peraturan untuk menghalangnya daripada ponteng, rasuah, curi tulang dan lain-lain perbuatan negatif kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah.
4. Hubungan harmoni sesama rakan sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba dan sabotaj rakan sekerja, menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah lebih luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5. Taat orang atasan dan hormati orang bawahan
Orang ikhlas akan mentaati atasannya selagi perintah, teguran dan keputusan atasannya tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan untuk mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin adalah "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
akin dan berani menyatakan pandangan dan pendirianKeikhlasan dan ketaatan tidak menutup pintu perbincagan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Orang ikhlas tidak teragak-agak dan tidak bermuka-muka. Kata-katanya adalah "dari hati" bukan "mengambil hati".

2 ulasan:

Afzainizam berkata...

salam kepada cikgu saya bekas pelajar cikgu terima kasih kerana megajar kami menjadi cermelang..azlinizam(5 tekun tahun 1999)

Afzainizam berkata...

cikgu lihatlah ke blog kami di http://firestartingautomobil.blogspot.com/