Amanah ialah sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga sama ada berupa harta benda, pekerjaan, kehormatan diri dan hak manusia atau agama. Amanah yang tersemi kukuh dalam diri akan membuahkan akhlak terpuji. Orang yang ada dalam hatinya sifat amanah ini tidak akan memerlukan banyak kawalan dalam melaksanakan sebarang tugasan kerana individu itu sendiri mampu mengawal dirinya.
Bagaimana menjadi seorang yang amanah?
Kita mesti menyempurnakan semua skop mengenai amanah seperti berikut:
- Berpegang teguh dan bersungguh-sungguh melaksanakan syariat Allah SWT.
- Menjaga anggota badan daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.
- Menjaga hak orang lain sebaik-baiknya dan memulangkan kembali kepada tuan empunya apabila dihajati.
- Tekun dalam sebarang pekerjaan.
- Teguh dalam menjaga rahsia insan lain.
- Jika tidak mampu menunaikan amanah, beritahu awal-awal. Jangan pegang amanah jika tidak dapat melaksanakannya.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)." (Surah al-Nisa' 4:58)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan