Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, November 04, 2009

JAMUAN HUJUNG TAHUN GURU-GURU DAN KAKITANGAN SMK TELOK KERANG


Petang ini (Rabu 4 Oktober 2009) selepas waktu sekolah tamat kami pakat ramai-ramai pergi ke jamuan akhir tahun. Dah jadi tradisi apabila sampai hujung-hujung tahun macam ini ada jamuan. Maka peninglah kepala AJK Kelab Guru dan Kakitangan tercari-cari dan meninjau-ninjau lokasi yang terbaik untuk mejamu kami semua. Bukan free oiii.... kena bayar. Tempat yang dipilih ialah di Pulai Spring Golf Resort di Skudai. Jauh tak apa asal makan sedap dan mencukupi tak berkurang walau sebiji nasi....ewah. Dalam majlis itu diselitkan dengan ucapan-ucapan, nyanyi-nyanyian, penganugerahan sijil-sijil, dan cabutan nombor bertuah. Majlis yang bermula pukul 2.30 petang selesai pada pukul 5.00 petang. Harap-harap semua berpuas hati. Terima kasih atas usaha AJK Kelab Guru dan Kakitangan. Makan kenyang beb....burrpppp... alhamdulillah.



Pulai Spring Golf Resort


Masing-masing duduk senyap penuh sopan....
Menikmati hidangan...
Tuan Pengetua sedang berucap.
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
Memotong kek...
Menceduk apa yang ingin dimakan.
Tak jadi makan sebab nak bergambar....


Bro Roslee terima sijil.


Duduk santai sambil dengar nyanyian....



Tuan Pengetua menerima sekuntum ros dari isteri tersayang...
Juruacara majlis, Cikgu Shamsul dan Cikgu Rafeah.



Kami pun nak bergambar jugak...
Senyum....
Siapakah gerangannya....
Menunggu hidangan datang dari langit agaknya...
Bapa mithali. Dialah bapa dan dialah jejaka...


Tahun ini aku ada ong.... dapat hamperrrr cabutan bertuah...


Kalender tahun 2010. Siap dengan nama dan foto aku....ini tentu kerja Cikgu Azman. TQ

Koleksi sijil. Aku dapat Sijil Datang Ke Sekolah Awal Pagi (Sebelum 7.00 Pagi)... TQ Tuan Pengetua..


Koleksi sijil. Aku jugak dapat Sijil Pengajaran & Pembelajaran. Markah tinggi kot...TQ Tuan Pengetua.

Tiada ulasan: