Hari ini dah cuti. Cuti panjang lebih kurang 45 hari. Cikgu ucapkan selamat bercuti. Buatlah program dan aktiviti yang bermanfaat dan yang berfaedah kepada diri sendiri dan keluarga. Ibu dan bapa boleh membantu anak-anak untuk memenuhi masa cuti ini dengan aktiviti yang bermakna.
Cikgu tetap cikgu. Dalam masa cuti ini saya nampak ada cikgu jadi ketua pengawas peperiksaan SPM dan STPM, ada cikgu jadi pengawas peperiksaan, ada cikgu menunggu panggilan ketua pemeriksa untuk memeriksa skrip jawapan calon-calon SPM/STPM, ada cikgu yang bermesyuarat di sekolah merancang program tahun 2010, ada ckigu dah mula buat kelas tambahan untuk calon UPSR tahun 2010, ada cikgu yang balik kampung jumpa keluarga, ada cikgu yang membawa keluarga melancong, ada cikgu jadi tukang masak kenduri kahwin, ada cikgu yang nyawit, ada cikgu yang bernikah dan kahwin, ada cikgu yang makan kenduri kawannya kahwin, dan ada cikgu-cikgu yang cuuuuuuutttiiiiii sssaaaakkkkaaaannnnnnn........ Selamat bercuti.
Saya juga seorang guru yang bercuti. Kami sekeluarga akan balik kampung di Bagan Serai, Perak untuk beberapa hari. Sementelah pula Hari Raya Aidiladha dalam cuti ini. Saya dan orang rumah nak jumpa Mak dan Mak Mertua dan anak-anak nak jumpa Tok diaorang. Dah lama tak balik Bagan Serai. Rasa rindu pulak... rindu pajri nanas masakan Mak Mertua yang sedap, rindu sarapan nasi berlauk kari ikan sembilang di Kuala Kurau, rindu ikan keli masak cabai, rindu kuetiau goreng udang special Doli di Taiping, rindu ABC di gerai sebelah Bomba Taiping, rindu mee udang di Kuala Sepetang, rindu sawah padi (bendang) nan terbentang luas, rindukan Bukit Larut nan membiru, rindu SMK King Edward VII Taiping, rindu kawan-kawan lama di Taiping, rindu pasar hari Cangkat Jering, rindu Taman Tasik Taiping yang tenang, rindu kebiruan bukit-bukau di Pantai Besar, rindu kedinginan air lata di Batu Kurau, rindu ikan pekasam, rindu makan roti canai petang-petang di Alor Pongsu, rindu nengok keretapi lalu di Tasik Bukit Merah dan macam-macam lagilah...Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bekerja, bergurau dan tempat membesarkan anak-anak...eewahh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan