Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, November 26, 2009

LANDSKAP TAMAN TASIK TAIPING


Taman Tasik Taiping diberi nama. Taman Tasik Taiping ini terletak di bandar Taiping. Taiping adalah bandar tertua di Malaysia. Ia diasaskan berkaitan dengan penemuan bijih timah. Bandar ini adalah bandar paling basah di Malaysia. Hampir setiap petang hujan akan turun di kawasan bandar Taiping. Lebat pulak tu. Pada sebelah petang Bukit Larut dilitupi awan mendung. Zoo Taiping terletak di dalam kawasan Taman Tasik ini. Tasik di taman ini adalah bekas lombong bijih timah. 
 
Oleh kerana ia dah lama, taman ini seolah-olah taman semula jadi. Pemandangan di taman ini sungguh cantik. Ia berlatar belakangkan Bukit Larut yang membiru. Cantik dan mengasyikkan. Pada petang hari ramai penduduk di sekitar Taiping berekreasi di taman ini. Mereka berjoging, berjalan-jalan, duduk santai, membawa anak-anak bermain di taman kanak-kanak dan lain-lain kegiatan. Di belakang taman ini adalah Bukit Larut. Kita boleh naik ke puncak dengan menaiki kenderaan yang disediakan. Taman Tasik Taiping adalah taman tasik buatan yang tercantik dan tertua di Malaysia.




























Tiada ulasan: