Kita boleh tanam apa sahaja tumbuhan air untuk semua jenis kolam tapi jenis tanaman dan cara susun atur bergantung kepada bentuk kolam. Kolam yang formal ada beberapa jenis tumbuhan sahaja yang sesuai ditanam. Ia mungkin tumbuhan yang tinggi dan diletakkan di pinggir kolam persegi empat. Serumpuan atau dua rumpun pokok water lili sesuai ditanam di tengah-tengah kolam bulat. Kolam yang tak formal boleh ditanam atau diletakkan pelbagai jenis tumbuhan air dan juga tumbuhan yang boleh memenuhi tebing-tebing kolam. Kolam yang tidak ada tumbuhan air nampak macam kosong dan tidak menarik (naked). Kolam formal yang mempunyai tebing berbentuk sebaiknya tidak perlu ada tumbuhan air. Kolam yang terlalu kosong boleh diletakkan air pancut (fountain). Ikan boleh diletakkan dalam kolam tetapi kena ada oksigen yang mencukupi.
Jenis Tumbuhan Air:
1. Tumbuhan Tenggelam
Tumbuhan ini hidup di bawah permukaan air dan di atas dasar kolam. Tumbuhan ini diperlukan untuk mengeluarkan oksigen bagi hidupan air termasuk ikan. Ia juga memberi perlindungan kepada pembiakan ikan. Contoh tumbuhan: Ceratophyllum demersum dan Elodea canadensis.
2. Tumbuhan Terapung
Tumbuhan ini terapung di permukaan air dan membentuk seperti rakit. Ia mempunyai akar yang pendek yang tergantung dalam air tetapi tidak mencecah dasar kolam. Ia mendapatkan nutrien yang cukup daripada air. Ia penting untuk kolam yang seimbang untuk memberi teduhan dan perlindungan kepada ikan daripada matahari dan pemangsa. Untuk menanamnya, ambil beberapa jambak dan diletakkan di permukaan air. Contoh tumbuhan: Eichhornia crassipes dan Marsilea quadrifolia.
3. Tumbuhan Dasar Kolam
Tumbuhan ini akarnya melekat pada lumpur di dasar kolam manakala daun dan bunganya di atas permukaan kolam. Contohnya teratai dan telipuk. Tumbuhan ini memberi warna kepada kolam kerana biasanya ia mempunyai bunga berbagai warna. Tumbuhan ini boleh ditanam terus ke dalam lumpur di dasar kolam atau ditanam terlebih dulu di dalam pasu dan kemudian dimasukkan ke dalam air pada lumpur di dasar kolam. Contoh tumbuhan: Nymphoides peltata dan Nymphaea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan