Inilah pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap dan Nurseri (5LN) yang saya sayangi. Mereka positif bila mana mereka bertindak balas dengan apa yang saya ajar, memahami tunjuk ajar dan tunjuk cara pada waktu saya mengajar, cepat membuat kerja apabila saya minta tolong, dan cepat memberi pendapat apabila diminta. Yang tak positifnya ialah mereka tidak berkeyakinan untuk memahami apa yang dibaca, cepat berputus asa, dan tidak ada fokus untuk berjaya dalam akademik. Dah puas saya memujuk, meminta tolong, dan memberi motivasi agar mereka lebih berkeyakinan. Harap-harap selepas ini mereka lebih positif seiring dengan kedewasaan mereka. Cikgu doakan semoga pelajar-pelajar akan menjadi manusia berguna; berguna kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, masyarakat sekampung, agama dan negara.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM. BERJUANGLAH UNTUK KEJAYAAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan