Pagi ini 9 Nov. 2009 perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Pasukan Kadet Polis. Kali ini Pasukan Kadet Polis diketuai oleh Sarjan Khaleeda Bt Khalid. Seramai 9 orang bertugas. Semuanya ahli senior. Pakai semi uniform sahaja sebab dah hujung-hujung tahun. Pada perhimpunan ini juga Pasukan Kadet Polis dan Puteri Islam diisytiharkan sebagai pasukan beruniform pengendali perhimpunan rasmi terbaik. Tahniah. Dapat hamper dan boleh makan ramai-ramai. Perhimpunan berjalan dengan baik.
Insp. Samsul Sazali menerima tabik hormat dari Sarjan Khaleeda Khalid.
Sedia berkhidmat.
Bersedia menaikkan bendera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan