Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Sabtu, November 07, 2009

INGKAR PERINTAH ALLAH SWT - BERDOSA


Manusia atau mana-mana makhluk yang ingkar perintah Allah SWT adalah manusia yang sombong dan bongkak. Mereka merasakan bahawa mereka tidak memerlukan Allah. Mereka yang mengingkari perintah Allah itu sebenarnya tidak sedar atau lupa kewujudan hari pembalasan, syurga dan neraka. Ingkar perintah Allah bermakna seseorang itu menempah tiket dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Dosa-dosa besar:

  • Syirik kepada Allah.
  • Bunuh diri
  • Berasa aman dengan ancaman Allah.
  • Menderhaka kepada orang tua.
  • Berjudi
  • Minum arak.
  • Berzina
  • Meragui kebenaran al-Quran dan Sunnah.
  • Meningkalkan solat.
  • Memutuskan tali silaturahim.
  • Takabbur, sombong dan ujub.
  • Membunuh.
Akibat ingkar perintah Allah SWT:
  • Dimurkai Allah SWT.
  • Tidak diberi nikmat berupa hidayah.
  • Hati dan jiwa tidak tenang.
  • Dibenci oleh manusia dan seluruh penghuni langit dan bumi.
  • Tidak memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam sesuatu kerja.
  • Masuk neraka jahanam.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Surah Ali 'Imran 3:110)

Tiada ulasan: