Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Ahad, Disember 06, 2009

60 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KEMBALI MENJADI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL


Sekolah vokasional kembali semula ke persada sistem pelajaran di Malaysia. 60 daripada 88 Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara kembali menawarkan aliran vokasional dan dikenali semula sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menjelang 2012. Ia akan dimulakan oleh SMT Kluang dan 26 lagi SMT akan ditukar kepada SMV pada tahun 2010. Tujuannya untuk melahirkan tenaga kerja mahir di negara ini setelah mendapati ramai pelajar berminat menceburi bidang vokasional selain terus mendalami dunia akademik.

Penawaran semula aliran vokasional di 60 SMT akan melibatkan kos kira-kira RM400 juta. SMV memerlukan kelengkapan, alatan dan mesin yang lebih banyak berbanding sekolah teknik. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang meneliti cadangan membina kolej vokasional sebagai platform kepada pelajar aliran vokasional melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Pada masa ini SMT Pontian telah dijadikan Kolej Matrikulasi Pontian. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dalam satu kenyataannya di Pontian menyatakan bahawa sebuah Sekolah Menengah Vokasional akan dibina di Tanjung Piai.







Tiada ulasan: