Petang tadi pergi ke Johor Bahru ataupun jelasnya ke Persada Johor untuk melihat-lihat dan mengutip brosur exhibitor Pikom PC Fair 2009.
Cari tempat parking punyalah susah. Agaknya dah tak ada tempat lain yang lebih sesuai dan lebih besar selain daripada Persada Johor untuk buat pameran dan jualan yang berkaitan komputer ni.
Manusia punyalah ramai. Macam nak pitam. Dirasakan ruang di Persada Johor tu dah amat sempit. Mungkin hari ini hari terakhir, jadi diaorang pun pakat serbu datang ramai-ramai. Nak berjalan pun susah. Lain kali buatlah di tempat lain...
Niat di hati nak tambah lagi koleksi notebook. Geram tengok notebook yang comel-comel. Benda yang sama berbeza harganya berbanding tahun lepas. Bezanya banyak pulak tu sehingga RM600.00. Geramnya aku....
Suasana yang sempit bertambah hiruk-pikuk dengan laungan juru jual mempromosikan produk diaorang. Tak selesa.
Akhirnya belilah juga tiga barang. Tak jadi beli notebook baru. Tunggu tahun depan lagi murah agaknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan