Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Disember 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Doa Tahun Baru


Doa Akhir Tahun
(Dibaca selepas waktu asar)

Bismillahirahmanirrahim

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan akau.

Aku mohon pemeliharaan dari-Mu sepanjang tahun ini daripada syaitan, pembantunya, tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Doa Awal Tahun
(Dibaca selepas Maghrib)

Bismillahirrahmanirrahim
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya.

Dan aku melakukannya dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka kami memohon kepada-Mu, wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga, sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tiada ulasan: