Catatan Perantau: Berjuang Demi Ilmu
Oleh Nurul Sazwani Mohd Nor Aldin
Medical University of Warsaw, Poland
Kecemerlangan pelajar Malaysia jadi motivasi kekalkan nama baik negara.
Orang kata merantau di seberang laut menyeronokkan, namun saya rasakan keadaan sebenar tidaklah seindah apa digambarkan dan kini, hampir semua perkara yang sebelum ini hanya ditatapi di kaca televisyen, sudah dirasai sendiri. Berjauhan dengan keluarga mematangkan diri ini dan membuatkan saya mula melihat perspektif kehidupan lebih luas dengan mengenali masyarakat antarabangsa, mengenali pelbagai masalah serta gelagat manusia di sekeliling.
Tatkala kaki melangkah di bumi Poland, saya kekok dengan kawalan keselamatan ketat di lapangan terbang dan dipandang pelik oleh masyarakat tempatan. Ketika itu, masalah komunikasi menjadi isu utama. Penduduk tempatan sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka sehinggakan tidak mahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, ia tidak mematahkan semangat kami meneruskan perjuangan untuk belajar selama enam tahun ditambah pula dengan kelebihan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Medical University of Warsaw. Bagaimanapun, saya dan rakan mengikuti kelas bahasa Polish. Bahasa ini mudah dikuasai. Ia seakan-akan sama dengan bahasa Republic Czech. Ternyata, apabila mampu berbahasa Polish, masyarakat tempatan menjadi lebih mesra melayan kami.
Pelajar Malaysia di sini dipandang tinggi kerana prestasi cemerlang dalam akademik berbanding pelajar antarabangsa lain. Jadi, saya jadikan rekod pencapaian itu sebagai motivasi untuk mengekalkan nama baik negara. Memandangkan komuniti Malaysia hanya kira-kira 50 orang, hubungan sesama pelajar dan Kedutaan Malaysia di Poland sangat akrab. Awalnya, rimas mata melihat gelagat remaja di sini yang mempraktikkan budaya kuning. Namun, di sebalik semua itu, ada juga gelagat masyarakat mereka yang menyentuh hati sambil lidah memuji-muji kekaguman. Mereka suka membaca walau di mana sekalipun termasuk di stesen bas, dalam kereta api, di taman-taman dan juga semasa menunggu lampu isyarat tatkala sedang memandu.
Berdasarkan pemerhatian, rata-rata penduduk di sini mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjalani aktiviti seperti bersenam di gimnasium selepas waktu pejabat atau kelas setiap hari. Cuaca sepanjang tahun tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti luar kecuali semasa musim panas. Kini, tiada lagi istilah lepak kedai mamak di tengah malam. Bak kata orang, ‘masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, menguak’.
Dalam kesibukan, tentu ada kelapangan. Ketika cuti, saya berjalan makan angin. Inilah peluang terbaik merantau ke negara berhampiran seperti Republik Czech, Perancis, Itali, Sepanyol, Ireland, Jerman, England dan Scotland. Kesempatan diambil untuk mengenali budaya asing termasuklah bahasa, tarian, makanan dan cara hidup. Tidak dilepaskan juga untuk mempelajari sejarah mereka untuk dijadikan contoh teladan.
Antara pengalaman manis selama berada di sini ialah semasa kali pertama menganjurkan program Malam Kebudayaan Malaysia. Bertema ‘Glimpse of Malaysia’, kami menyajikan tetamu dengan upacara perkahwinan olok-olok tiga bangsa utama Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India, serta tarian tiga bangsa itu. Berwarna-warni dan cukup meriah ditambah pula dengan kepelbagaian sajian makanan Malaysia yang disediakan sendiri pelajar dan kakitangan kedutaan. Persembahan kami menerima pujian daripada kedutaan negara lain, sekali gus diberi peluang membuat persembahan di University of Gdansk, Poland.
Satu persoalan yang kerap diajukan kepada kami ialah mengenai makanan halal. Walaupun tidak semewah pelajar di negara lain, namun, perkara itu tidak menjadi masalah bagi kami. Bekalan daging halal boleh didapati di masjid di Warsaw, di kedai makanan Arab atau menerusi Ikatan Pelajar Islam Poland.
Bagi sesetengah daripada kami, pengalaman menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan di sini agak mencabar memandangkan bulan puasa selalunya jatuh pada musim panas, bilangan jam pada hari siangnya agak panjang, iaitu kira-kira 16 jam. Tambahan pula, bagi mereka yang tidak dapat pulang beraya di tanah air bersama keluarga tersayang, bercucuran air mata tatkala lagu raya berkumandang. Sebak tetap sebak, namun, itulah nasib merantau di negara orang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan