Hari ini saya pergi kursus mengenai fertigasi. Kursus ini diadakan di MARDI Kluang, Johor anjuran FAMA Batu Pahat. Saya hadir ke kursus itu atas jemputan FAMA Pontian. Kebanyakan peserta kursus ini berpengalaman dan pernah mengendalikan penanaman secara fertigasi. Penceramahnya ialah Dr. Mahamud Bin Shahid, Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI Serdang, Selangor. Dr. Mahmud ni memang pakar bidang fertigasi dan selalu dijemput oleh organisasi sama ada kerajaan atau swasta untuk menunjuk ajar penanaman secara fertigasi.
Banyaklah maklumat yang saya dapat daripada kursus ini termasuk formulasi baja melon dan cili. Bermacam masalah yang dihadapi oleh peserta dikemukakan dan Dr. Mahamud menjawab sehingga peserta kursus puaS hati.
Antara maklumat yang saya dapat:
- Kaedah penanaman secara fertigasi.
- Kelebihan dan kelemahan penanaman secara fertigasi dan penanaman secara konvensional.
- Penyakit dan perosak tanaman.
- Penggunaan racun serangga yang sesuai dengan jenis penyakit.
- Pembekal baja fertigasi: Mayhochst, K. Lumpur (03-62772718), dan Fertitrade, K. Lumpur (03-76607500).
- Broguard: En. Shahrul (019-9865800).
- Pembekal peralatan fertigasi: Bertam Tulen, Melaka (06-3162588).
- Pembekal plastik dan peralatan: Mentah Resource, Senawang, N. Sembilan (019-6693718)
- Pembekal biji benih melon: Nine Top, Rawang, Selangor.
- Formulasi baja melon dan cili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan