Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Sabtu, Mac 28, 2009

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (8)

Foto-foto ini adalah buah rockmelon pada hari ke48, 24 Mac 2009. Jaring-jaring pada buah dah mula kelihatan. Jaringnya masih baru, belum kelihatan timbul dan jelas. Warnanya masih hijau. Buah bergantungan pada sulur. Didapati buah hanya pada sulur bawah dan di atas (sulur 18). Pada sulur 7 hingga 16 tidak ada buah. Jika ada buah, ia kecil tidak membesar dan akhirnya layu menguning. Tak tahu mengapa. Mesti kena belajar peringkat lanjutan......

Jaring pada buah mula timbul.


Buah tergantung pada sulur.

Buah berbungkus dan bergantungan pada sulur atas.

Buah tergantung pada sulur bawah.

Selasa, Mac 24, 2009

KURSUS KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SMK TELOK KERANG

Pada 21 Mac 2009 iaitu hari Sabtu, guru-guru SMK Telok Kerang telah berkursus mengenai Kajian Tindakan. Kursus tersebut diadakan di Kamar Kencana bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua, En. Ahmad Khairi Bin Paimin. Kursus dikendalikan oleh Tn. Hj. Azahar Bin Hj. Ahmad dan Pn. Sharifah Ain Binti Mohd Ali, kedua-duanya dari SMK Dato' Penggawa Barat. Antara objektif kursus ialah guru-guru dapat menulis proposal kajian tindakan dan seterusnya dapat membuat kajian tindakan. Selain mendengar ceramah, guru-guru dikehendaki menghasilkan proposal kajian dalam perbengkelan. Dalam perbengkelan itu guru-guru dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut bidang masing-masing. Akhirnya wakil dari setiap bidang membentangkan proposal kajian untuk dikongsi bersama guru-guru lain. Tn. Hj. Azahar dan Pn. Sharifah Ain turut memberi komen-komen, saranan dan penambahbaikan proposal yang dibentangkan. Tahniah kepada Cikgu Shamsul Sazali, Ustaz Sukri, Cikgu Hirman dan Pn. Norazita yang yang tampil mewakili bidang masing-masing. Tahniah kepada semua guru yang bersungguh-sungguh mengikuti kursus ini.

Tn. Hj.Azahar dan Pn Sharifah Ain sedang mengendalikan kursus.

Guru-guru SMK Telok Kerang khusuk semasa berkursus.

Guru-guru sedang membuat proposal kajian dalam kumpulan.

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (7)

Pada 4 Mac 2009, kelihatan buah-buah rockmelon bertambah besar iaitu sebesar telur ayam. Buah rockmelon ini jika tidak dibungkus boleh diserang lalat buah dan ulat buah. Pelajar-pelajar 4 Teknologi menyediakan kertas pembungkus buah. Cikgu Hasan Kasmuri memberi tunjukcara bagaimana cara membungkus buah ini. Dalam tempoh setengah jam, maka selesailah pelajar-pelajar buat kerja-kerja membungkus. Satu pokok hanya dibenarkan untuk sebiji buah rockmelon, supaya buahnya besar. Terdapat lebih kurang 460 biji semuanya.


Pelajar-pelajar Sains Pertanian menyediakan pembungkus buah rockmelon.
Cigku Hasan memberi tunjukcara membungkus buah rock melon.

Pelajar sedang membungkus buah rockmelon.
Pelajar-pelajar possing di kebun fertigasi selepas selesai membungkus buah rockmelon.

Selasa, Mac 03, 2009

KURSUS PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGU GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DAN GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Pada 03 Mac 2009 PPD Pontian menganjurkan kursus Pemantapan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi GKMP Teknik dan Vokasional dan guru Kemahiran Hidup (KHB). Kursus tersebut diadakan di SMK Sri Kukup dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan kursus adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru mengenai PBS. Antara yang ditekankan ialah mengenai keselamatan dan kesihatan dalam melakukan amali, dasar dan pelaksanaan PBS, dan pendokumentasian pentaksiran PBS. En. Sujak Bin Maskan Pegawai TV Jabatan Pelajaran Negeri Johor hadir untuk perasmian penutup. Dalam ucapannya, beliau menyatakan; PBS mesti dijalankan secara jujur, semua pelajar KHB mesti menjalani PBS, bengkel diuruskan dengan berkesan, dan dokumentasi (fail-fail) PBS mesti lengkap dan terkini.




Isnin, Mac 02, 2009

KURSUS PEREALISASIAN PERANCANGAN STRATEGIK PPD PONTIAN 2009-2011

PPD Pontian menganjurkan kursus tersebut pada 02 Mac 2009 bertempat di SMK Sri Tanjung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Guru-guru yang dijemput menyertai kursus telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing seperti bidang bahasa, bidang teknik dan vokasional, bidang sains kemasyarakatan, pengurusan sekolah dan lain-lain. PPD Pontian En. Abd. Rahim Bin Lamin memberi taklimat mengenai tujuan utama kursus ini diadakan. Beliau juga menerangkan mengenai visi, misi, dan piagam pelanggan PPD Pontian. SMK Telok Kerang diwakili oleh Ckgu Hasan Bin Kasmuri (TV), Cikgu Nordin Bin Ehsan (TV), Cikgu Nor Hasni Binti Mohd Arif (Bahasa), dan Cikgu Norazrin Binti Bachok (ICT).


Kumpulan guru-guru bidang teknik dan vokasional serius menyiapkan tugasan yang diberi.


En. Selamat Bin Hj Mon PPPD Pontian turut membantu guru-guru dalan sesi perbengkelan perancangan strategik.

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (6)

Hari ini Ahad 1 Feb 2009. Usia rockmelon 26 hari. Putik buah telah kelihatan bergantungan di sulur-sulur. Namun belum cukup besar untuk dibalut. Kerja-kerja membalut dibuat setelah putik buah sebesar telur. Pada hari Rabu nanti rasanya eloklah kerja membalut dijalankan. Hujung sulur yang berbuah sudah boleh dicantas.


Putik buah dah mula membesar.
Putik buah tergantung di sulur.

Hujung sulur yang ada putik buah akan dicantas.

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG (5)

Hari ini hari Jumaat 27 Feb.2009. Usia rockmelon sudah 24 hari. Tibalah giliran pelajar-pelajar 4 Teknologi (Sains Pertanian) belajar pendebungaan secara berbantu. Setelah ditunjukcara, 8 orang pelajar mempraktikkan latihan amali tersebut iaitu 2 pelajar untuk satu RPH. Dalam tempoh 20 minit pelajar-pelajar tersebut telah dapat menyiapkan kerja. Manakala pelajar yang lain pula, mereka belajar cara-cara membancuh larutan baja. Pada masa ini kepekatan larutan baja ialah 2.5.



...serius mencari debunga jantan.

Bergaya di kebun rockmelon.


Ponteng kerja....curi-curi bergaya depan kamera.

Cikgu Hasan Kasmuri menunjukcara membancuh larutan baja.