Ruang dalam landskap adalah penting untuk pengguna mengalami, mengguna, menikmati, dan menghayati persekitarannya. Sesuatu ruang boleh direka dan dibentuk untuk menggerakkan reaksi dan emosi seseorang. Dengan adanya pembentukan ruang dalam kawasan landskap pengguna boleh bergerak pantas atau perlahan, berasa selamat atau sebaliknya, dan berasa terlindung atau terdedah. Dalam landskap ruang boleh dibentuk oleh tumbuhan dan binaan. Sesuatu ruang boleh berdindingkan tumbuhan, berlantaikan rumput, silingnya adalah silara pokok atau pergola, tingkapnya pula ruang kosong antara tumbuhan, manakala perabotnya terdiri daripada bangku taman simen ferro.
Rabu, Julai 29, 2009
LANDSKAP 5 - 'RUANG' DALAM LANDSKAP
Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.

LANDSKAP 4 - PEMILIHAN TUMBUHAN HIASAN
Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Pemilihan tumbuh-tumbuhan landskap dibuat atas beberapa faktor iaitu; bentuk, tekstur, warna, dan bau-bauan.
Pemilihan tumbuh-tumbuhan landskap dibuat atas beberapa faktor iaitu; bentuk, tekstur, warna, dan bau-bauan.
1. Bentuk
Terdapat beberapa bentuk asli tumbuh-tumbuhan landskap seperti bulat, bujur, segi tiga, lonjong, terbuka, kipas, payung dan tiada bentuk.
2. Tekstur
Tekstur yang kesan daripada dipandang dan tekstur yang kesan daripada disentuh.
3. Warna
Ia ciri paling popular dalam perlandskapan. Warna diberi melalui bunga, daun, batang dan buah.
4. Bau-bauan
Tumbuh-tumbuhan boleh mengeluarkan bau-bauan daripada bunga, daun, dan kulit. Tumbuhan yang mengeluarkan bau-bauan seperti pokok bunga tanjung, melur dan cempaka.
LANDSKAP 3 - ELEMEN-ELEMEN LANDSKAP
Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Pembentukan landskap mempunyai beberapa elemen. Elemen-elemen landskap tersebut ialah tumbuhan-tumbuhan, manusia, air, rupa bumi, dan struktur binaan.
Pembentukan landskap mempunyai beberapa elemen. Elemen-elemen landskap tersebut ialah tumbuhan-tumbuhan, manusia, air, rupa bumi, dan struktur binaan.
1. Elemen Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan ditanam kerana fungsi-fungsi tertentu. Di antaranya ialah untuk melembutkan seni bina keras seperti bangunan, untuk mengindahkan kawasan dengan bentuk, warna dan tekstur yang menarik, untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni alam, untuk menghalang pandangan yang tidak dikehendaki, untuk mengawal pergerakan pengguna dalam kawasan landskap, untuk mengawal suhu dan iklim mikro di sesuatu tempat, dan untuk mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah.
2. Elemen Air
Air boleh memberi kesan-kesan yang menarik. Ia boleh dalam bentuk air terjun, air pancut, kolam dan sebagainya. Air dapat melembutkan suasana, menyejukkan persekitaran, menghasilkan bunyi, menghalang kebisingan, menenangkan fikiran, meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran, dan untuk tujuan aktiviti dan rekreasi seperti bersampan dan memancing.
3. Elemen Manusia
Elemen ini merupakan pengguna sesuatu kawasan landskap. Penelitian dan kajian terhadap aktiviti manusia dan hidupan lain di sesuatu kawasan landskap adalah perlu untuk membantu dalam menentukan reka bentuk kawasan landskap.
4. Elemen Struktur Binaan
Landskap lebih menarik jika didalamnya terdapat struktur binaan. Ia digunakan untuk memberi keanekaan, titik tumpu, warna, dan struktur. Ia adalah elemen keras, padu dan bersifat tetap dalam kawasan landskap. Sebab-sebab menggunakan struktur binaan adalah; atas ciri-ciri yang tidak ada pada tumbuhan, kerana ia tahan lasak, ia mudah dibentuk, dan kerana ia boleh direka pelbagai jenis dan bentuk. Struktur binaan yang biasa adalah wakaf, siar kaki, kerusi, lampu taman, papan tanda, pergola, pintu gerbang, binaan simen ferro dan sebagainya.
5. Elemen Rupa Bumi
Rupa bumi adalah bentuk ru pa bumi atau topografi sesuatu kawasan landskap.Rupa bumi boleh dilihat seperti gunung-ganang, bukit-bukau, lembah, lereng atau daratan. Penggunaan pelbagai bentuk rupa bumi boleh memberi keanekaan di dalam kawasan landskap untuk mengelakkan kebosanan. Rupa bumi buatan manusia seperti busut kecil, batas tanaman, kolam, dan lain-lain.
LANDSKAP 2 - JENIS-JENIS LANDSKAP
Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.
Landskap ada dua jenis iaitu landskap lembut dan landskap kejur.
Landskap ada dua jenis iaitu landskap lembut dan landskap kejur.
1. Landskap Lembut
Landskap lembut melibatkan penggunaan elemen-elemen semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan dan air. Ia elemen penting bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah. Ia adalah pelaksanaan penanaman tumbuh-tumbuhan hiasan di tapak landskap. Melalui pemilihan dan gabungan tumbuhan hiasan yang betul, reka bentuk landskap yang menarik dapat dihasilkan. Spesies tumbuhan hiasan perlu dipilih berdasarkan ciri fizikal dan kimia tumbuhan tersebut. Melalui pemilihan ini, reka bentuk sesuatu kawasan landskap dapat diubah suai mengikut cita rasa pengguna atau pemilik. Kumpulan tumbuhan landskap merujuk kepada elemen tumbuhan dalam landskap seperti pokok naungan, pokok renek, turf, penutup bumi, pokok memanjat dan menjalar, pokok palma, pokok hiasan dalaman dan pokok herba. Ia berbeza dari segi saiz, pertumbuhan, rupa bentuk, warna daun, bunga, dan kadar tumbesaran. Bentuk tumbuhan landskap adalah seperti bentuk bulat, bentuk bujur telur, bentuk songsang, bentuk kun, bentuk bujur memanjang, dan tidak berbentuk.
2. Landskap Kejur
Landskap kejur melibatkan elemen-elemen buatan dan keras. Ia adalah elemen kaku yang kadang-kala mencacatkan landskap, tetapi fungsinga selalu menjadi keutamaan. Elemen-elemen ini dibina di tempat yang sesuai untuk menjana nilai estetika disamping memberi fungsi tertentu. Pembinaannya diadun dengan prinsip-prinsip landskap iaitu bentuk, ruang dan susunan. Ia merangkumi seperti batu, kayu, lampu, wakaf, pejalan kaki, lampu jalan, pergola, bangku, bollards, papan tanda, dan peralatan rekreasi. Faktor pemilihan landskap kejur ialah ciri-ciri keselamatan, pemilihan elemen, pemilihan bahan, cara pemasangan, kesenian reka bentuk, jenis bahan, lokasi dan fungsi.
Langgan:
Catatan (Atom)