Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, Mei 27, 2015

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)



PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Soalan sering ditanya mengenai PPPB dan PBPPP
  • Adakah Isi Fail PPPB dan PBPPP adalah benda yang sama
  • Benarkah File PPPB sub bahagian (komponen) untuk PBPPP
  • Bolehkan Menggabungkan File Profile PPB bersama File PBPPP

Apakah PPPB? 

PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun. 

Apakah PBPPP? 

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). 

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan 

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut.

Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP
  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP
  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Profil PPB Individu (File PPPB) 

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File. Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. 

 
Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru? 

Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru 

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas: 

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan 

Isnin, Mei 25, 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KOTA JOGJAKARTA

Di Kota Jogjakarta ataupun Kota Gudeg, kita dapat banyak pilihan untuk menikmati kuliner (makanan) Jogja. Salah satu yang melekat dengan Jogja adalah makanan yang terkenal dengan sebutan gudeg. Namun, makanan kuliner Jogja yang satu ini telah banyak diulas dan begitu popular. Untuk memperkaya tentang dunia  kuliner Jogja, sejumlah tempat kuliner banyak di sini. Kuliner Jogja memang sedap.

Beberapa restoran di Jogja adalah tempat makan favorit yang mendapat tempat di hati para pengunjungnya. Atau, jika kita ingin menikmati santap makanan di Jogja yang patut kita kunjungi, beberapa di antaranya adalah tempat nongkrong di Jogja yang cukup popular.

Tempat makan di Jogja yang menyediakan sajian makanan tempatan dan tradisional juga dapat ditemui dengan mudah jika kita berkunjung ke Kota Gudeg tersebut. Satu destinasi favorit kitorang jika ke Kota Jogja ialah Rumah Makan Pelem Golek. Tak perlu saya cerita satu persatu mengenai Rumah Makan Pelem Golek ini, ringankan tangan anda dan lakukan klik pada http://www.pelemgolek.com  Memang sedap... dan memang berbaloi.

Selain daripada itu, kitorang juga merayau mencari destinasi lain untuk mencari kuliner yang berkenan di hati. 


















 





Khamis, Mei 21, 2015

MELIHAT SENI BINA PURBA PENINGGALAN ORANG JAWA DI SEKITAR YOGYAKARTA

Dengan kesempatan yang ada semasa di Yogyakarta, kami melawat beberapa peninggalan seni bina purba hasil tangan orang-orang Jawa zaman dulu. Tinggalan-tinggalan itu terdiri daripada candi-candi dan keraton-keraton raja dulu-dulu. Usianya pun dah beribu tahun agaknya. Saya rasa hairan bagaimana orang-orang dulu dapat membina binaan-binaan tersebut. Selain binaan-binaan itu besar dan tinggi, di batu-batu binaan ada ukiran-ukiran yang cantik dan berseni. Tertanya-tanya juga saya, di zaman itu apakah peralatan yang mereka gunakan untuk membinanya.

Candi-candi seperti candi Plaosan, candi Prambanan, candi Sewu, candi Ijo dan keraton Ratu Boko sempat saya lawati. Ini adalah kali kedua saya melawat candi Prambanan. Candi Borobudur yang popular itu telah saya lawati pada tahun 2011.

Saya ambil pernyataan mengenai seni bina purba yang sebahagian besarnya adalah candi di Yogyakarta daripada sebuah blog;

Yogyakarta - Sudah menjadi rahasia umum, kalau Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta punya banyak candi. Tidak hanya sejarahnya bentuk arsitektur candi-candi tersebut sangat memesona. Inilah 7 candi dengan panorama tercantik di Yoyakarta.

Keberadaan sebuah candi tidak cukup hanya dengan cerita sejarahnya. Keajaiban bentuk sebuah candi yang tersusun dari batu-batu alam membuat situs ini sangat menarik. Tak pernah terbayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu membuat bangunan-bangunan cantik ini dengan peralatan seadanya. Padahal bahan dasar pembuatannya menggunakan batu-batu alam yang sangat berat.



















Selasa, Mei 19, 2015

TAHNIAH PUTERIKU NUR IZYANI NADHIRAH YANG BAKAL BERGELAR DOKTOR

Hari ini Selasa 19 Mei 2015 berlangsungnya hari wisuda (hari konvokesyen) bagi puteriku. Setelah hampir tiga tahun setengah kuliah di Fakulti Kedoktoran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, hari ini tentunya saat yang menggembirakan bagi puteriku yang seorang ini apabila naik ke pentas menerima ijazahnya daripada rektor UGM. Selepas ini iaitu pada awal bulan Jun, puteriku itu akan mengikuti praktek koas (pembantu doktor atau doktor pelatih) selama dua tahun, juga di negara seberang itu. Selepas itu, wisuda sekali lagi di peringkat fakulti pengesahan sebagai doktor profesional.

Aku bersama isteri kesayangan berada di Jogjakarta selama 5 hari. Kami terbang dengan Air Asia melalui Senai Airport dan mendarat di Bandara Adisutjipto, Jogjakarta pada Isnin 18 Mei 2015, setelah diberi keizinan cuti rehat khas oleh Puan Pengetuaku. Isteriku tidak ada masalah mengenai cuti kerana dia seorang pengetua yang mempunyai cuti tahunan. Walaupun kami telah berkali-kali pergi ke Jogjakarta, tetapi kehadiran kami di sisi puteri kami pada kali ini amat besar ertinya kepada puteriku itu. Maklumlah hari bersejarah buat dirinya.

Tahniah buat puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan. Inilah saat yang membahagiakan 'kakak' (panggilan manja buat puteriku dalam keluarga kami) setelah pergi mencari ilmu dalam bidang kedoktoran di negara orang. Itulah bidang yang amat dicita-citakan sewaktu puteriku itu mula mengenal alam persekolahan. Sememangkan 'kakak' berhak bergembira di waktu ini. Ucapkanlah syukur dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini.

Tahniah puteriku Nur Izyani Nadhirah binti Hasan...