Berikut adalah kelebihan dan kesan puasa kepada kesihatan tubuh badan:
- Sistem imun seseorang itu akan menjadi lebih baik dan mampu menangkis serangan penyakit.
- Memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain.
- Kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan.
- Puasa membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
Kekurangan berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari. - Memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.
- Mewujudkan sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
- Puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.
- Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
- Puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan.
- Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.
- Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.
- Melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.
- Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
- Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
- Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
- Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
- Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
- Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
- Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
- Memperelok dan membersihkan kulit.