Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Jumaat, Oktober 28, 2011

ISU HARGA TIKET MAHAL: ADAKAH FAM BERBENTUK PERSATUAN ATAU SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD?

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam
28/10/2011 2:38am
Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan

PENYOKONG pasukan Negeri Sembilan menyerbu kaunter tiket
 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. 

P/S: Sejak seminggu ini aku rasa isu harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia menjadi bualan hangat peminat-peminat bola terutamanya penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu. Perlawanan akhir akan berlangsung pada hari Sabtu 29 Oktober di Stadium Shah Alam.

FAM melampau! Patut-patutlah letak harga tiket. Kalau nak cari untung banyak, buatlah cara lain. Bukan buat perkara yang merencatkan sokongan para peminat bola. Baru sahaja peminat dan peyokong nak sokong pasukan Malaysia, FAM dah potong stim. Diorang bukan sokong FAM tapi sokong pasukan Malaysia. FAM jangan perasan pulak...

FAM kan berbentuk persatuan. Buatlah kerja-kerja yang diamalkan persatuan. Carilah untung yang berpatutan, bukan yang melampau-lampau, sampai menindas peminat dan penyokong. Kalau jual tiket RM20.00 dan stadium penuh sesak, masih dapat untung. Tolak itu-ini, masih lagi untung. Bakinya buatlah pembangunan peningkatan bola sepak Malaysia.

Sungguh memalukan dengan apa yang diamalkan oleh FAM. Dahlah pasukan Malaysia di ranking ratus-ratus peringkat dunia, persatuan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu bolasepak Malaysia pula menindas para peminat dan penyokong tempatan dengan harga tiket yang melampau. Tolonglah berubah FAM!
Aku bukan penyokong Negeri Sembilan atau pun Terengganu. Tapi aku simpati dengan diorang. Aku suka kalau diorang berada dalam stadium memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Kalau diorang tak nak masuk stadium kerana tiket mahal, buatlah macam aku. Tengok kat tv di rumah sambil santai makan keropok dan kuaci atau bersama kawan-kawan tengok di layar besar kat kedai mamak sambil ngeteh.

Kepada pemain kedua-dua pasukan, mainkanlah bola itu dengan sentuhan dan gaya bermain bola yang berseni dan menarik, penuh tektikal, menghiburkan, bersemangat dan mesti sumbat bola dalam pintu gol. Itulah bermain bola. Dan ingat, jangan gaduh-gaduh di tengah padang. Buat malu... 

Khamis, Oktober 27, 2011

325 BILION BAHT (RM32.5 BILION) UNTUK PULIHKAN EKONOMI THAILAND AKIBAT BANJIR BESAR

Dilaporkan penduduk di Bangkok, ibu negara Thailand, mula membuat persediaan menghadapi banjir yang lebih teruk setelah amaran berpindah dikeluarkan kepada penduduk di zon bahaya. Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok (BMA) berkata semalam, air mula mengalir ke kawasan rendah di Bangkok dan menghampiri enam daerah termasuk di utara bandar itu.


Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas kerajaan Thailand memberitahu akan menubuhkan pusat pengagihan di Bangkok untuk membantu menambah barang keperluan di pasar raya sebagai persediaan menghadapi banjir.

Hujan lebat yang melandawa wilayah lain selama tiga bulan mengakibatkan 350 orang mati, rumah musnah dan menjejaskan kehidupan sembilan juta penduduk. Enam daerah di Bangkok yang berada dalam keadaan membimbangkan termasuk Chatujak, tempat terletaknya pasar hujung minggu yang terbesar dan menjadi tarikan pelancong sementara di Don Mueng, lapangan terbang ke dua terbesar negara itu kini dijadikan pusat perlindungan.

Kerajaan Thailand hari ini meluluskan 325 bilion Baht (kira-kira RM32.5 bilion) untuk memulihkan ekonomi negara setelah negara itu masih berdepan dengan bencana banjir paling buruk dalam beberapa dekad. Menteri Kewangan, Thirachai Phuvanatnaranubala berkata, belanjawan berkenaan bertujuan untuk membantu usahawan kecil hingga usahawan utama yang terjejas oleh banjir bagi membina semula perniagaan mereka.

Katanya, 65 bilion Baht (kira-kira RM6.5 bilion) telah diperuntukkan untuk usahawan utama, 170 bilion Baht (kira-kira RM17 bilion) untuk usahawan kecil dan sederhana manakala baki 90 bilion Baht (RM9 bilion) adalah untuk usahawan kecil.

Lebih daripada 14,000 kilang, yang mempunyai kira-kira 660,000 pekerja, terjejas oleh banjir yang melanda negara ini secara berperingkat-peringkat sejak 25 Julai lepas. Kira-kira satu pertiga daripada negara ini masih dibanjiri dengan 2.4 juta orang daripada lebih 10,000 kampung di 28 wilayah di kawasan utara dan tengah yang terjejas oleh banjir.

Mengenai perkembangan banjir, tumpuan pada kawasan dalam ibu negara, setelah bahagian utara, timur dan barat telah dilanda banjir. Malah Pusat Arahan Operasi Bantuan Banjir (FROC), yang terletak di Lapangan terbang Don Muaeng, tidak terkecuali daripada ancaman banjir setelah air banjir melanda jalan raya di hadapan pusat itu hari ini.

Pengarah FROC Pol Gen Pracha Promnok, yang juga Menteri Keadilan, berkata pusat itu akan kekal di situ dan usaha-usaha telah dibuat untuk melindunginya daripada banjir.

"Kami tidak akan memindahkan pusat banjir pada masa ini. Kami masih boleh bekerja dari sini," kata beliau kerana kira-kira setengah daripada daerah Don Muaeng terletak di utara Bangkok telah dibanjiri air sedalam 0.5 meter.

Lapangan terbang Don Muaeng, yang mengendalikan penerbangan domestik, menghentikan sementara perkhidmatan mulai hari ini dan dua syarikat penerbangan tempatan "Nok Air" dan "One 2 Go Airlines" telah memindahkan operasi mereka buat sementara waktu ke Lapangan terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Lembaga Metropolitan Bangkok semalam memberi amaran bahawa empat bilion meter padu air banjir akan melanda ibu negara esok tetapi dewan bandar raya boleh menyalurkan 400 juta meter padu air sehari.

Bagaimanapun, Jabatan Pengairan Diraja berkata ia tidak bermakna ibu negara itu akan serta-merta di bawah satu hingga dua meter air memandangkan aliran akan datang dengan perlahan-lahan, dan sedikit demi sedikit dalam satu hari ia boleh meningkat kepada hanya dua hingga tiga sentimeter. Ia akan mengambil masa kira-kira sebulan bagi isi padu besar itu disalirkan ke laut, katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan hari ini mengumumkan cuti khas untuk pejabat-pejabat kerajaan di semua wilayah yang dilanda banjir dari 27 Okt hingga 31 Okt, ditambah hujung minggu. Jurucakap kerajaan, Thitima Chaisang berkata cuti itu akan membolehkan mereka bersedia untuk keadaan banjir semasa yang dijangka lebih mencabar dengan air pasang laut yang tinggi dalam tempoh tersebut. Bagi sektor swasta, ia terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada mahu mengikutnya, kata beliau.

KESAN-KESAN BANJIR DI THAILAND:
  • 28 daripada 77 wilayah terjejas.
  • Empat juta ekar tanah dilanda banjir, satu kawasan yang hampir sama seperti Kuwait atau Swaziland, serta dua kali lebih besar daripada Puerto Rico.
  • 365 penduduk Thailand terkorban ekoran banjir.
  • 12.5 peratus tanaman padi musnah.
  • 2.45 juta penduduk terjejas.
  • 800,000 rumah dianggarkan musnah.
  • 720,000 penduduk dirawat ekoran jangkitan kuman air dan tekanan.
  • Tujuh kawasan perindustrian besar di utara bangkok dihentikan operasinya.
  • 10,938 ahli perniagaan terjejas.
  • 640,547 yang terlibat dalam industri tidak bekerja buat sementara waktu.
  • Dianggarkan 8 juta hingga 10 juta meter padu jumlah air banjir yang mengalir dari utara ke laut melepasi Bangkok setiap hari.
  • Kerajaan menghulurkan AS$3.2 bilion (RM9.6 bilion) serta mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan antarabangsa untuk memulihkan sektor industri.
  • Kerajaan berusaha melindungi 41 peratus kepentingan ekonomi daripada terjejas ekoran banjir.
  • 20,000 anggota tentera dikerah untuk membina benteng, kerja bantuan dan kawasan perlindungan di Bangkok serta wilayah di sekelilingnya. 50,000 anggota dalam keadaan siap sedia.
  • Tujuh juta tan tanaman padi mungkin musnah, sekali gus pengeluaran hasil padi dijangka jatuh kepada 18 juta tan. Musim tuai bermula pada awal Oktober.
  • Kilang kerugian 6,000 pengeluaran kereta pada setiap hari dari Thailand dan sasaran untuk menghasilkan 1.8 juta kereta pada tahun ini mungkin terjejas.
  • 1,200 pusat perlindungan disediakan di seluruh negara untuk menampung 113,000 penduduk.
  • Pihak bank pusat meramalkan unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.1 peratus, turun daripada 4.1 peratus pada dua minggu lalu. Pakar ekonomi dan Menteri Kewangan berkata ia mungkin kurang daripada 2 peratus.

Sumber: Utusan Malaysia 26 Oktober 2011

Rabu, Oktober 26, 2011

GAJI PROFESOR DI INDONESIA LEBIH RENDAH DARIPADA GURU

Percaya atau tidak, gaji serta elaun yang diterima oleh seorang profesor penyelidikan di Indonesia setiap bulan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan gaji yang diterima oleh seorang guru sekolah rendah di Jakarta. Gaji pokok seorang profesor penyelidikan kategori IV (E) di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) misalnya hanyalah sebanyak Rupiah 3.6 juta (RM1,288) dan elaun-elaun sampingan sebanyak Rupiah 1.6 juta (RM565) sebulan.

"Jumlah gaji yang saya terima sebulan ialah sebanyak Rupiah 5.2 juta (RM1,837) sebulan," kata Profesor Dr. Ir Jan Sophaeluwakan, seorang pakar geologi mendedahkan gaji yang diterimanya biarpun sudah 30 tahun berkhidmat di LIPI, lapor akhbar Kompas hari ini.

Bagaimanapun, pendapatan yang diterima seorang profesor penyelidikan yang menduduki jabatan struktur adalah sedikit tinggi kerana mereka menerima elaun jabatan sebanyak Rupiah 3.2 juta (RM1,132) setiap bulan.

"Gaji pokoknya masih sama iaitu Rupiah 3.6 juta setiap bulan dan tidak akan naik lagi kerana tangga gaji tersebut sudah sampai ke kedudukan pangkat tertinggi IV (E)," ujar Prof. Dr. Ir Bambang Subiyanto, pakar biomateria yang juga Ketua Pusat Inovasi LIPI.

Biarpun menerima elaun sampingan, namun gaji profesor penyelidikan yang juga pemegang ijazah sarjana dan doktor falsafah dari luar negara masih belum boleh menandingi pendapatan guru di sekolah rendah.

Gaji seorang guru sekolah rendah di daerah Serang, Wilayah Banten misalnya, boleh membawa pulang gaji sebesar Rupiah 6.5 juta (RM2,300). Pendapatan sebanyak itu merupakan jumlah gaji pokok sebanyak Rupiah 2.3 juta (RM813) serta elaun sampingan sebanyak Rupiah 3.87 juta (RM1,370).

"Tidak ketinggalan pemerintah daerah Serang juga memberikan elaun sebanyak Rupiah 440,000 setiap bulan kepada kami," kata Turman, guru sekolah rendah di Serang yang sudah 29 tahun bergelar pendidik.

Pendapatan seorang guru sekolah rendah di Jakarta dilaporkan jauh lebih tinggi kerana selain menerima gaji pokok Rupiah 2.3 juta serta elaun-elaun lain juga sebanyak itu, guru-guru juga berpeluang mendapat elaun kerja daerah sebanyak Rupiah 4 juta RM1,414) daripada pemerintah Daerah Khusus Ibukota Jakarta.

"Lumayan setiap bulan boleh memperoleh pendapatan sebanyak Rupiah 8.6 juta (RM3,040) setiap bulan," komen guru besar Sekolah Rendah Negeri Duri Pulo 1, Jakarta yang berpengalaman selama 26 tahun sebagai guru sekolah.

Menurut Bambang, kurangnya perhatian pemerintah terhadap kerjaya seorang profesor bukan hanya pada pendapatan yang rendah ditawarkan. Sebaliknya, kemudahan untuk melakukan penyelidikan juga amat terbatas sehingga memaksa golongan cendekiawan tempatan mengadakan kerja-kerja kajian akademik secara kerjasama dengan institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

Jan pula berpendapat, ekoran tidak mendapat perhatian daripada pemerintah, ahli-ahli akademik Indonesia ada masanya melakukan kajian dan penyelidikan yang tidak relevan dengan bidang dan kepakaran mereka.

Berdasarkan laporan berkenaan, gaji yang diterima profesor penyelidikan di negara jiran Indonesia mencecah angka Rupiah 90 juta (RM31,000) sebulan sementara di Jepun dianggarkan antara Rupiah 600 juta hingga Rupiah 900 juta (RM212,000) hingga (RM318,000).

Sumber: Utusan Malaysia 26 Oktober 2011

GEMPA BUMI DI TURKI: HARAPAN YANG SELAMAT MAKIN TIPIS

Dilaporkan sehingga kini jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.3 skala Richter yang melanda wilayah Van dan bandar Ercis di timur Turki meningkat kepada 432 orang, kata Pentadbiran Kecemasan dan Bencana hari ini. Katanya, seramai 1,352 orang turut dilaporkan cedera manakala 2,262 buah bangunan runtuh ekoran akibat bencana itu.

Sementara itu, wartawan Televisyen Reuters berkata, seorang bayi berusia 14 hari dan ibunya diselamatkan daripada runtuhan bangunan di Ercis selepas 46 jam gempa bumi melanda kawasan tersebut. Namun harapan untuk menemui lebih ramai penduduk yang terselamat semakin pudar ketika pasukan penyelamat berusaha keras mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan.

Beribu-ribu penduduk bermalam untuk hari kedua di bawah kanvas, kereta dan berkumpul dalam kumpulan kecil mengelilingi api di pekan-pekan ekoran dilanda beratus-ratus gegaran susulan selepas gempa kuat tersebut.

"Saya masih menggigil (kerana ketakutan). Selagi gegaran susulan masih berlaku, kami akan tinggal di atas jalan," kata seorang wanita Kurdis berusia 40-an yang memanaskan badan di depan unggun api di Van.

Dengan suhu waktu malam diramal menurun kepada dua darjah Celsius dan salji turun esok, penduduk berlindung mencari perlindungan sama ada di dalam kereta, khemah dan ada juga yang menggunakan sehelai selimut saja.

Di Ercis, pasukan penyelamat bekerja keras untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan, manakala berpuluh-puluh ambulans dan bantuan perubatan dari seluruh negara dihantar ke kawasan kejadian. Stadium di bandar itu yang merupakan tempat bersukan dijadikan sebagai hospital padang yang besar. Mangsa yang patah tulang dirawat di atas bangku, luka dibersihkan di gelanggang bola keranjang dan proses memasukkan darah dilakukan di atas lantai gelanggang.

"Peranan kami memberi bantuan awal serta menstabilkan mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital di pekan berdekatan menggunakan ambulans atau helikopter. Kami mula bertugas sejam selepas gempa tersebut berlaku dan seramai 500 pesakit dirawat," kata Niyazi Celik, seorang doktor yang terlibat menghulurkan bantuan di bandar itu.

Puluhan penduduk masih lagi terperangkap di bawah bangunan yang ranap dan pihak berkuasa menawarkan harapan angka kematian mungkin tidak setinggi seperti yang dibimbangkan sebelum ini. Pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari di sekitar bangunan yang musnah sementara anggota keluarga menunggu di luar, sebahagiannya menangis. Kren dan jentera berat lain digunakan untuk mengangkat tembok konkrit dan penduduk mencari anggota keluarga mereka menggunakan penyodok.

Beribu-ribu penduduk di kawasan kejadian terpaksa bermalam di luar selepas kediaman mereka musnah dan sebahagannya kerana takut untuk pulang. Pegawai berkata, beratus-ratus rumah yang dibina daripada batu bata lumpur di kawasan desa dan bangunan konkrit di dua bandar ranap dalam gempa bumi yang melanda kawasan yang bersempadan dengan Iran, Ahad lalu. Paling teruk ialah Ercis, bandar yang mempunyai 75,000 penduduk, dekat dengan sempadan Iran dan antara kawasan Turki yang sering dilanda gempa. Lapan puluh bangunan bertingkat musnah di bandar itu.

Di Van, bandar lebih besar dan sibuk, kira-kira 90 kilometer ke selatan Ercis, turut mengalami kemusnahan tetapi tidak seteruk Ercis. Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, beliau menjangka angka kematian di Ercis akan meningkat tetapi tidak sebanyak seperti jangkaan awal. Sudah pasti angka kematian akan meningkat tetapi ia bukan jumlah yang menakutkan. 

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang melawat tempat kejadian beberapa jam selepas bencana itu berlaku berkata, hampir semua rumah yang dibina menggunakan batu bata lumpur di kampung sekeliling musnah.

Beberapa banduan melarikan diri dari penjara di Van selepas satu temboknya runtuh. Menurut laporan televisyen TRT, kira-kira 150 banduan melarikan diri tetapi pegawai penjara berkata, jumlah itu lebih kecil dan ramai kemudian menyerah diri semula.

Saintis Amerika Syarikat mencatatkan lebih daripada 100 gegaran di timur Turki selepas 10 jam gempa itu melanda.

Sumber: Utusan Malaysia dan Harian Metro (AFP/REUTERS)

Khamis, Oktober 20, 2011

SIMPOSIUM PENDIDIKAN GURU CEMERLANG TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR

Pagi tadi aku pergi ke UTM Skudai. Tujuannya untuk menghadiri Simposium Pendidikan Guru Cemerlang Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Simposium ini anjuran bersama Majlis Guru Cemerlang KHB Johor, JPN Johor dan UTM Johor.

Memang dah lama aku tak masuk ke kawasan UTM ini. Rindu pun ada. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku belajar dan menimba ilmu di peringkat ijazah. Itulah UTMku. Ketika aku sampai di Dewan Senat, dah ramai rakan-rakan aku Guru Cemerlang yang telah duduk elok di bangku masing-masing.

Objektif simposium ini ialah:
  1. Memberi pendedahan tentang transformasi pendidikan dan cabaran guru cemerlang PTV dalam dunia pendidikan yang mencabar.
  2. Memberi pendedahan tentang informasi terkini dalam dunia pendidikan terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran PTV.
  3. Bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa hadapan.

Simposium ini sempurna dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, En. Mohd Noor Bin Abd Ghani pada pukul 9.10 pagi. Di antara pengisiannya ialah ceramah bertajuk Guru Cemerlang Yang Cemerlang oleh Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin, Profesor Jabatan Taknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Selepas itu diadakan satu forum bertajuk Cabaran Pendidikan PTV: Masa Depan dan Hala Tujunya. Moderatornya ialah Pn Noraini Binti Dawood manakala ahli panelnya ialah Prof Madya Dr Yahya Bin Buntat (UTM), En. Saliman Bin Selamat (JPNJ), Pn. Faridah Binti Abang Wahab (MGCKHB) dan En. Husaini Bin Sulaiman (Wakil Siswa).

Aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan aku AJK Majlis Guru Cemerlang KHB Johor yang berusaha keras untuk menjayakan simposium ini.









Ahad, Oktober 09, 2011

WASIAT LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA

NOTA: "Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman Hakim. Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi Allah SWT 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s".

Berikut adalah wasiat (nasihat) Luqman Hakim kepada anaknya:
  1. Hai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada ALLAH.
  2. Hai anakku! Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku! Orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Hai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Hai anakku! Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kepad orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku! Janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Hai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepad anjing sahaja.
  13. Hai anakku! Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Hai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  17. Hai anakku! Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yg berharga.
  18. Hai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela kepada dirimu.
  20. Hai anakku! Janganlah engkau condong kepad urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  23.  Hai anakku! Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku! Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Jumaat, Oktober 07, 2011

INTIPATI BAJET 2012

Berikut adalah intipati Bajet 2012:
  1. Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
  2. Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
  3. Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
  4. Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
  5. Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  6. Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
  7. Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
  8. Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
  9. KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
  10. Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
  11. Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
  12. Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
  13. Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
  14. Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
  15. Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
  16. Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
  17. Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
  18. Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
  19. Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
  20. Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  21. Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
  22. Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
  23. Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
  24. Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
  25. Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.
  26. Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
  27. Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
  28. Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
  29. Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
  30. Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
  31. Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
  32. Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
  33. Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
  34. Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
  35. Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.
  36. Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
  37. Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.
  38. Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
  39. Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
  40. RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
  41. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
  42. RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
  43. Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
  44. Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
  45. MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
  46. Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  47. Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
  48. Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
  49. Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
  50. MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
  51. RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
  52. Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
  53. RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
  54. Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
  55. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
  56. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
  57. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
  58. Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
  59. Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. -BERNAMA

YURAN PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DIMANSUH

Dalam pembentangan Bajet 2012 di Parlimen petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma. Ini bermakna murid-murid tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.

BAGET 2012: SSM DIMANSUH, SBPA SEBAGAI GANTI

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Skim baru menggantikan SSM yang diperkenalkan pada 2002 dan kembali kepada gaji satu lapis diamalkan sebelum 1992. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun.  Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. 

Ketika membentangkan Belanjawan 2012, Perdana Menteri berkata di bawah SBPA penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus. Dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaj.

Sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. 

Di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Malah di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat. Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun. Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai.

Di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Kerajaan akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

Isnin, Oktober 03, 2011

KEINDAHAN SENI REKA BENTUK MASJID

Dah lama saya nak membicarakan mengenai seni reka bentuk masjid, tapi tak ada idea. Namun apabila perayauan saya singgah di  http://www.islamgrid.gov.my/, barulah nampak ilmu mengenai pembinaan sesebuah masjid. Saya ucapkan terima kasih atas penulis artikel ini dan pemunya foto-foto yang saya lampirkan. Sama-samalah kita mengongsinya. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid kemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dan kebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagungan dan perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan reka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil.

Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilihat khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang berkumpul, tiang dan pilar utama, anjung dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini merupakan karektiristik seni bina masjid yang memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding dengan seni bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesudahan.

Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluran air, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang Islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk Islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, kota-kota seperti kota Baghdad malah di Malaysia sendiri seperti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Di bawah ini adalah foto beberapa masjid yang bertaburan di seluruh dunia. Lihat, amati, nikmati dan hayati keindahan seni reka bentuk masjid-masjid tersebut. Sungguh mengagumkan!