Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Selasa, Jun 23, 2015

PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAHKU DI SERANG HISTERIA

Pagi ini ramai pelajar perempuan sekolaku yang diserang histeria. Suasana sekolah menjadi kelam kabut sedikit apabila jeritan-jeritan kuat mangsa histeria kedengaran di kawasan sekolah. Semua mangsa adalah perempuan. Tiada pelajar lelaki yang terkena.  Pihak sekolah menjemput Ustaz Wan Yusli untuk membantu memulihkan keadaan pelajar-pelajar itu. Keadaan mula reda menjelang tengah hari.








MENGENAI HISTERIA
Kita seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti. Adakah ini disebabkab gangguan psikologi seseorang akibat faktor-faktor dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama Islam? Adakah bangsa lain terlepas dari gangguan psikologi? Mengapa pula ia boleh berjangkit seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak tahu apapun yang telah terjadi.

Memang tidak dinafikan bahawa tekanan psikologi merupakan salah satu factor terjadinya histeria namun histeria jenis ini tidak mungkin berjangkit kepada rakan dan individu dipersekitarannya. Histeria jenis ini amat mudah mengubatinya iaitu dengan suntikan ubat penenang atau menggunakan khidmat kaunseling dan puncanya mudah dikenalpasti.

Untuk membuktikan makhluk tersebut ujud memang sukar kerana mereka berada di alam lain dan tidak kelihatan oleh pancaindera kita. Ini diumpamakan seperti nyawa manusia dan binatang, bagaimana rupa dan duduknya di dalam tubuh tidak dapat dibuktikan walau secanggih mana alat yang digunakan. Bagitu juga dengan rasa makanan seperti manis, pahit dan pedas, dapatkah kita menjelaskan kepada sesaorang yang tidak menikmati makanan tersebut. Tidak bukan?

Mengapa histeria yang disebabkan makhluk ghaib (jin) hanya gemar menyerang orang yang beragama Islam tak kira jantina. Adakah orang islam lebih lemah? Mengapa ia juga lebih kerap berlaku di sekolah atau pusat pengajian yang beraliran agama seperti sekolah tahfiz, arab atau maahad sedangkan saban hari pelajar ditempat terbabit bersolat dan membaca Al Quran? Mengapa jin tersebut tidak takut sedangkan banyak cerita dan hadis meriwayatkan jin boleh terbakar dengan bacaan Al Quran?

Penjelasan mengapa orang Islam menjadi sasaran utama histeria amat sukar tetapi secara ringkasnya ialah kesucian Islam itu sendiri iaitu penganut Islam tidak makan dan minum benda kotor seperti khinzir dan arak. Makhluk jin ini teruja untuk menempatkan manusia Islam ini kepada bukan Islam dengan apa cara sekalipun dan histeria adalah satu di antara cara tersebut. Dengan menguasai tubuh manusia tadi jin dengan mudah melalaikan mereka dari mengingati Allah. Sebab itu mereka jarang merasuki bukan Islam kerana ketidaksucian mereka adalah sama. 

PUNCA TERJADINYA HISTERIA AKIBAT GANGGUAN JIN 

Golongan jin merupakan musuh utama manusia tak kira apa agama yang mereka anuti. Jin yang beragama Islam juga sering mengganggu manusia kerana tujuan mereka dijadikan memanglah untuk mengganggu manusia tidak seperti makhluk lain (tumbuhan, haiwan bulan, bumi, udara dan lain-lain yang kesemuanya untuk kegunaan manusia).Oleh yang demikian mereka sentiasa mencari peluang untuk mengganggu manusia terutama yang beragama islam walau dengan alasan yang tidak menasabah.

Kaedah terjadinya histeria ialah jin-jin (pelbagai category) akan memasuki tubuh manusia di sekitar tempat kejadian dan tubuh yang lemah semangatnya akan dikuasai rohnya sehinggakan orang terbabit berada dialam ghaib dan melihat alam ghaib tersebut. Ketika terjadinya histeria ini, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung apa yang terjadi di sekitar mereka (alam nyata) dan kegiatan yang dilakukan oleh mangsa hysteria tersebut adalah dilakukan sepenuhnya oleh jin yang menguasai mereka. Mereka akan menjerit, berlari , menangis, berbual dengan bahasa aneh atau bahasa lain sesuka hati.

Biasanya ketika kejadian histeria, jumlah jin-jin yang mengganggu amat ramai adakalanya beribu-ribu atau beratus ribu ekor. Apa yang mereka nampak hanya sebahagian kerana alam ghaib banyak lapisan lagi. Jumlah jin yang memasuki setiap tubuh yang dirasuk tidak kurang seekor dan kadangkala berpuluh ekor dalam satu masa. Cuma yang paling kuat yang akan menguasai tubuh tadi. Oleh sebab itu, kejadian histeria akan berulang-ulang selagi mereka masih berada di dalam tubuh mangsa. 

KAEDAH RAWATAN 

Gangguan histeria yang disebabkan tekanan psikologi selalunya menggunakan rawatan moden seperti mengambil ubat penenang dan khidmat kaunseling. Pesakit juga boleh menenangkan jiwa dengan membanyakkan membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah. Bagi histeria akibat gangguan makhluk jin hanya orang yang berkemahiran mengawal mahluk tersebut sahaja yang boleh merawat dengan berkesan. Selalunya mereka akan mengeluarkan jin dari badan pesakit secara paksa atau rundingan dan biasanya pesakit ini tidak akan pulih sepenuhnya.

Ini kerana jin tadi akan memasuki kembali jasad tadi setelah perawat tadi meninggalkan pesakit atau dalam tempoh tertentu setelah rundingan berlaku (selalunya tidak berlaku histeria cuma dalam bentuk kemurungan dan lain-lain). Akibat pemulihan tidak sempurna ini, pesakit biasanya akan berubah perangainya dari sebelum kejadian tersebut. Ini menunjukkan badan pesakit tadi masih dikuasai jin.

Untuk pemulihan sepenuhnya, pesakit perlu mencari PAKAR yang boleh mengeluarkan jin tersebut sepenuhnya dan 'memagar’ pesakit tadi. Biasanya pagar yang dibina juga menggunakan jin dan biasanya apabila pengubat itu menggunakan ayat Al Quran sebagai ‘pagar’ jin Islam akan melindungi pesakit tadi. Memagar kawasan juga selalu dilakukan untuk menghalang kejadian histeria berulang dan biasanya mereka menggunakan beberapa peralatan seperti kemenyan, air jampi, garam, tahi besi, botol, wafak kacang hijau yang disangan dan lain-lain. Perlu diingat walaupun apa yang digunakan oleh mereka, benda-benda tersebut tidak berkuasa walaupun dibacakan ayat suci sekalipun, oleh itu yang menyebabkan pagar tersebut boleh berfungsi ialah adanya penjaga dari jenis jin juga yang ditugaskan mengawal kawasan tersebut.

Secara logiknya walau apapun pagar yang dibuat, jin tetap boleh masuk kawasan tersebut kerana mereka boleh melalui udara dan dari dalam tanah. Oleh yang demikian tiada istilah pagar sebenar yang boleh menghalang sepenuhnya sesuatu kawasan dari dimasuki jin.

Kaedah yang paling berkesan untuk mengubat dan menghalang berlakunya histeria ialah segala jin yang berada di dalam kawasan tersebut "dibunuh" sepenuhnya seperti kita menjaga rumah dari dimakan anai-anai, segala anai-anai harus dihapuskan sama sekali. Kemudian barulah jin di badan pesakit dibunuh juga. Mungkin tuan menafikan bahawa jin boleh dibunuh, tapi ingatlah bahawa setiap makhluk yang hidup akan mati bagitu juga dengan jin hanya orang tertentu sahaja diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan tugas tersebut. Hanya ketua jin dari jenis azazil tidak akan mati hingga kiamat kerana perjanjian dengan Allah. Hanya kaedah ini membolehkan pesakit normal kembali seperti asal.

Timbul persoalan di sini, macam mana pengubatan yang dinamakan Islam. Adakah Nabi Muhammad mengajar mengubat penyakit termasuk membuang atau membunuh jin? Kalau nabi tak ajar guna bacaan Al Quran untuk mengubat penyakit adakah pengubatan menggunakan bacaan ayat suci itu boleh dinamakan perobatan islam ? Pada pendapat saya,perubatan tersebut tidak boleh dipanggil perubatan Islam kerana tiada panduan terus dari nabi. Hanya secara kebetulan yang mengubat beragama Islam dan membaca ayat Al Quran, oleh itu tak lah boleh dinamakan perubatan Islam sebab Islam itu amat luas, banyak pelopor ilmu perubatan moden dan sains oleh orang Islam seperti Ibnu Sina dan lain-lain tetapi tidak dinamakan perubatan islam.

Oleh itu apa kaedah pun yang digunakan untuk pengubatan terutama yang disebabkan gangguan jin seperti membunuh dan menghalau jin adalah harus asalkan tidak menyebabkan syirik kepada Allah. Ini kerana banyak juga pengamal perubatan yang mengguna lebel perubatan Islam hanya berunding dengan jin terbabit atau mengalihkan ke tempat lain sedangkan jin tersebut nyata telah mengganggu manusia dan merupakan musuh utama manusia tak kira bunian atau jin Islam dan lain-lain. Kebanyakkan mereka tanpa sedar juga menggunakan jin (islam) dalam proses pengubatan tersebut. 

Sumber

Khamis, Jun 18, 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN BULAN YANG DINANTI

Hari ini Khamis 18 Jun 2015 atau 1 Ramadhan adalah hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Selamat mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.




1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa." (QS Al-Baqarah:183 ).

2. "Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " (Al-Baqarah:185).

3. "Telah bersabda Rasulullah saw.: Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad ituadalah utusan Allah. Mendirikan shalat mengeluarkan zakat puasa di bulan Ramadhan menunaikan haji ke Ka'bah. (HR.Bukhari Muslim).

4. "Diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah ra.: bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw.: ia berkata: Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda: puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi: Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku?. Beliau bersabda: tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah."

KESIMPULAN: Dari ayat-ayat dan hadits-hadits di atas, kita dapat mengambil pelajaran:

1. Puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain (dalil 1, 2, 3 dan 4).
2. Puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil 1).

Isnin, Jun 08, 2015

MERAYAU KE PERLIS - NEGERI KECIL TAPI MENARIK

Pada awal Jun lalu saya, orang rumah dan putera bungsu merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.

Perlis negeri kecil tapi menarik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga merasa, memang sedap.

Jika ke Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi nak menikmati makanan ala Thai... melayu Tahailand. Hari itu kami menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap. Yang paling unik apabila kami bersarapan di Kedai Makan Nasi Kandar Pokok Petai di Mata Ayer. Kedai makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada kayu balak. Cantik sekali.
Walaupun dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi. Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu melombong bawah tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu. 

Kami pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli mangga itu dan disimpan dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan, seorang pensyarah di IPG Kangar.

Yang menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang. Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit. Ternyata asli dan cantik.

Secara kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana Arau.