Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Oktober 29, 2009

PROJEK PEMBINAAN TAMAN SAINS OLEH PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI SMK TELOK KERANG 3

Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap dan Nurseri berpeluang sekali lagi untuk membuat kerja-kerja menanam turf. Turf (rumput) jenis karpet ditanam di Taman Sains. Oleh kerana rumput yang dibeli tidak mencukupi, ia dipotong kecil-kecil berbentuk ketulan dan ditanam. Ketulan turf itu ditekan ke dalam tanah dan selepas itu pasir ditabur di sekeliling ketulan lalu dipadatkan. Kerja-kerja penanaman selesai dalam masa 3 jam. Penyiraman dilakukan setakat membasahi permukaan tanah. Nasib menyebelahi kami kerana pada pukul 2.30 petang hujan turun agak lebat. Syukur kepada Allah SWT.



Gulungan rumput karpet.


Aizat dan kawan-kawannya memotong rumput menjadi ketulan.

Mereka meletakkan ketulan rumput ke dalam lubang di permukaan tanah.

Mereka bekerjasama menanam rumput di Taman Sains.

Di satu sudut, Fuad dan Fahmi tekun menanam turf.

Menabur pasir di sekeliling ketulan turf.


Menabur pasir di sekeliling ketulan turf.


Bersama-sama memadatkan pasir di sekeliling ketulan turf.

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KEM KOKURIKULUM PPD KINTA SELATAN


Tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum PPD Kinta Selatan di Kuala Dipang amat menyedihkan. Dalam kejadian itu 3 orang murid yang menyertai aktiviti Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan telah mati lemas. Seramai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari 64 buah sekolah rendah menyertai perkhemahan tersebut. Kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam 26 Oktober 2009.
Diberitakan sewaktu kejadian, ada lebih kurang 50 murid berada di atas jambatan yang sedang menyeberang balik ke khemah selepas minum malam. Ada di antara mereka yang mengenjut-ngenjut jambatan sebelum runtuh. Pada masa yang sama air Sungai Kampar mengalir deras. Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan anak mereka. Ketentuan Allah SWT kita tidak dapat mengelakkannya. Justeru tragedi berkenaan akan menjadi pengajaran kepada penganjur dan guru-guru yang terlibat termasuk saya supaya lebih berhati-hati dan memberi lebih perhatian dan mengutamakan tentang soal keselamatan pada masa akan datang.






TAHNIAH - CIKGU NORLIA BERGELAR IBU


Khabar gembira buat kita semua. Diberitakan bahawa Cikgu Norlia Sabri telah selamat melahirkan anak sulungnya. Dia dapat anak laki-laki. Ini bermakna Cikgu Norlia dah jadi seorang ibu. Tahniah!

Rabu, Oktober 28, 2009

KURSUS PERMANIAN BERADAS DAN PEMBIAKAN TAMPANG DI MARDI KLUANG, JOHOR

Pada hari Rabu 28 Oktober 2009 saya menghadiri satu kursus di MARDI Kluang, Johor. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sains Pertanian Negeri Johor anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Scenery MARDI Kluang memang cantik. Kawasannya berbukit-bukit yang melandai. Kita akan dapat pemandangan yang cantik jika kita duduk di atas bukit bersebelahan dengan Dewan Kuliah. Kelihatan padang rumput menghijau yang luas terbentang dan tumbuh-tumbuhan dalam kajian yang tumbuh subur.

Pengisian kursus lebih tertumpu kepada proses permanian beradas haiwan ternakan, pastura, dan kaedah pembiakan tampang. Kami diminta untuk melakukan sendiri permanian beradas dan membuat kajian gelombang seperma di dalam makmal. Ditunjukkan juga bagaimana untuk mencari kedudukan servik lembu betina. Pada sebelah tengahari guru-guru ditunjuk cara bagaimana melakukan pembiakan tampang pada tumbuh-tumbuhan. Yang tak kurang seronoknya ialah ramai guru-guru memsbeli anak-anak pokok buah-buahan yang dibiakkan oleh MARDI. Ada yang membeli anak pokok dokong, anak pokok petai, anak pokok longan, anak pokok manggis, dan lain-lain anak pokok. Ceramah mengenai permanian beradas dan pastura disampaikan oleh Tn. Hj. Padzil Bin Abd. Rahman, Pegawai Penyelidik MARDI Kluang. Terima kasih....


Stesen MARDI Kluang

Peralatan untuk melakukan permanian beradas.

Memujuk kambing jantan....


Kambing jantan memanjat belakang kambing betina dan memancutkan seperma.


Tn. Hj. Padzil Abd. Rahman menunjukkan cara untuk melihat gelombang
seperma dengan menggunakan mikroskop.

Tiga orang kakitangan MARDI menunjukcara bagaimana mengira jumlah seperma
yang dilepaskan oleh kambing jantan dalam sekali pancutan.


Menyeluk untuk mencari kedudukan serviks.

Tunjukcara melakukan pembiakan tampang.

Puan Aishah menunjukkan buah mangga udang yang berat sebiji boleh mencapai 3 kg.

Selasa, Oktober 27, 2009

FERTIGASI SMK TELOK KERANG 3/09 - TUAI KANGKUNG















Hari ini pelajar-pelajar Sains Pertanian dan juga pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri dengan gembira tuai sayur kangkung yang mereka tanam lebih kurang sebulan dulu. Mereka mencabut kangkung dari polibeg, membasuhnya dan kemudian kangkung itu dibungkus. Tanam kangkung memang mudah. Kos biji benih dan baja fertigasi yang digunakan lebih kurang RM40.00 untuk 460 polibeg. Pengairan sebanyak 3 kali sehari selama 3 minit. Walaupun tidak menggunakan racun perosak kangkung tumbuh subur.

Sebenarnya tujuan menanam kangkung ini adalah untuk mengalih perhatian perosak, penyakit dan virus yang menyerang tanaman rockmelon tempoh hari selain merehatkan medium (cocopeat). Diharap selepas ini penanaman rockmelon akan pulih seperti dulu.




Setelah kangkung-kangkung di bungkus, pelajar-pelajar mengagihkan kangkung-kangkung kepada guru-guru, kakitangan sekolah, dan pelajar-pelajar sendiri. Masing-masing dapat lebih kurang 800 g seorang, cukup untuk makan sekeluarga. Kami sedekah kepada mereka dengan harapan dengan berkat doa dan ucapan terima kasih daripada mereka usaha kami ini akan terus berjaya. Terutamanya projek utama kami iaitu tanaman buah rockmelon.







Rabu, Oktober 21, 2009

CONTOHI RATU SKUASY NICOL DAVID







Datuk Nicol David selaku penakluk dunia skuasy menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa. Sebagai membalas jasa Nicol sebagai duta sukan negara yang ulung, Kerajaan Malaysia menamakan gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil dengan namanya. Nicol yang lahir di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983, bekas pelajar Sekolah Convent Green Lane Pulau Pinang merupakan pelajar yang mempunyai motivasi amat tinggi. Dia juga mempunyai kelebihan kekuatan minda yang kuat serta amat fokus ketika di dalam kelas. Nikol, anak kepada jurutera yang juga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Desmond David dan pesara guru, Ann Marie, adalah seorang anak yang hiperaktif. Ibu bapanya terpaksa mencari jalan mengisi masa yang terluang kerana dia hiperaktif ketika kecil.




Selain skuasy, Nikol berjinak-jinak dengan banyak sukan lain. Dia sentiasa mahu bersaing dengan kakak-kakaknya Liane dan Cheryl. Dia amat aktif dalam bidang kokurikulum. Selain skuasy, Nicol aktif dalam olahraga, bola tampar dan renang. Ini membuatkan sekolah menjadikan Nocol sebagai ikon untuk memotivasikan para pelajar lain. Nicol tidak suka membuang masa.


Menyedari masanya amat terhad di sekolah, dia tetap membawa buku-buku pelajarannya ke tempat latihan ataupun pertandingan. Itulah sebahagian rahsia kecemerlangannya dalam akademik. Dalam Peperiksaan PMR dia memperolehi 7A dan 7A dalam SPM. Dia merupakan individu memiliki nilai-nilai diri yang amat positif, bersikap rendah diri, menghormati orang lain dan tidak sombong atas popularitinya.


Jika tidak mengeluarkan peluh di gelanggang, Nikol selesa mendengar muzik selain menonton televisyen. Dia menyukai makanan kegemarannya iaitu kueytiow goreng. Dia juga meminati seni reka dan gemar melukis ketika menanti giliran di gelanggang. Atas jasanya dia dianugerahkan PMN, PJK, DSPN (Pulau Pinang) dan AMN, KMN, DB (Kebangsaan). Satu hari nanti Nicol memasang impian menyempurnakan aktiviti lasak seperti terjun bungee dan payung terjun (sky diving).


Kesimpulannya, seseorang yang hiperaktif boleh berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang. Untuk pelajar-pelajarku di SMK Telok Kerang, Pontian, Johor, contohilah Nicol David. Gunakanlah kekuatan fizikal atau mental dalam diri anda yang berlebih-lebihan itu untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang. Usahakanlah!



Utusan Malaysia.

Selasa, Oktober 20, 2009

GEMPA BUMI PADANG SUMATERA INDONESIA - PERINGATAN TUHAN

Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat. Banyak cerita yang menjadi perbualan masyarakat tempatan berhubung bencana itu. Kebanyakan cerita dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda. Gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.

90 peratus penduduk wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau beragama Islam. Ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa gempa itu merupakan musibah kerana maksiat yang berleluasa di wilayah itu. Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi. 

Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang denhgan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam surah al-Israa' (17:16 dan 17:58) bagi memperkukuh pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Diceritakan bahawa sarang maksiat dan perjudian di kawasan Chinatown adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.

Ketua Umum majlis Ulama Indonesia Sumatera Utara Prof. Dr. Abdullah Syah berkata, gempa bumi yang terjadi merupakan cubaan dan peringatan (Allah), baik bagi warga tempatan mahupun daerah lain. Kerana itu semua pihak harus mampu membuka mata hatinya terhadap musibah tersebut.

Kesan dan akibat gempa benar-benar menimbulkan rasa insaf. Terdapat kampung-kampung yang diisytiharkan sebagai kubur besar apabila kampung-kampung itu bersama-sama penduduknya terkambus di bawah tanah. Desa Cumanak yang dikelilingi tiga bukit 'ditelan bumi' dalam gempa itu apabila dua lereng bukit itu runtuh lalu menghalang aliran sungai menyebabkan air bertakung selama lebih dua jam menyebabkan kampung itu tenggelam sedalam 37 meter. Kerja menyelamat sukar dilakukan. Penduduk yang terselamat hidup dalam keadaan daif dan menderita di khemah-khemah sementara tanpa makan yang cukup, terutama golongan kanak-kanak dan warga emas. Kebanyakan mereka trauma dengan bencana itu.

Yang pasti, gempa ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk di Padang. Semoga musibah yang diturunkan oleh Allah ini dapat memberi petunjuk kepada kelalaian yang selama ini dilakukan oleh penghuninya.


Dipetik daripada Utusan Malayisa.

FERTIGASI SMK TELOK KERANG 3/09 - TANAM KANGKUNG

Tanaman rockmelon musim ketiga tahun 2009 nampaknya bermasalah. Apabila berusia 15 hari didapati daunnya rosak, kering dan melecur. Lebih daripada 50 peratus anak pokok rockmelon rosak. Kepekatan baja ialah 1.2. Ini bukan kali pertama kami menghadapi keadaan sebegitu. Pada musim kedua yang lepas penyakit itu dah ada tetapi pokok yang diserang tidak banyak. Hanya lebih kurang 10 peratus sahaja. Masih boleh bertahan. Pegawai MARDI iaitu En. Azman Bin Jalaluddin membuat kesimpulan bahawa masalah itu adalah serangan virus. Dia memberi beberapa saranan untuk mengatasi dan mengelakkan masalah tersebut. Yang paling mudah ialah bunuh sahaja pokok itu. Buang jauh-jauh atau di bakar. Kitorang pun memcabut pokok-pokok rockmelon berusia 15 hari itu lalu dibuang jauh-jauh. Elakkan pembaziran larutan baja yang mahal harganya.


Untuk merehatkan sabut dan menjauhkan serangan perosak dan penyakit sedia ada, kami pun tanam kangkung buat sementara. Tanam kangkung lebih senang. Tak sampai dua minggu, kangkung dah tumbuh subur. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sains Pertanian (4 Teknologi) menabur biji benih kangkung dalam polibeg. Mudah. Pengairan pembajaannya 3 kali sehari selama 3 minit sahaja. Tak perlu jenguk selalu. Ikut konsep 3T (tanam, tinggal, tuai). Dua minggu dari sekarang kangkung dah boleh harvest. Mudahkan? Tidak banyak kerja.