Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Sabtu, Ogos 22, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN - BULAN KUMPUL PAHALA, HINDARI PERBUATAN DOSA

Pada hari ini iaitu hari Sabtu, 22 Ogos 2009 umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia mula menjalani ibadah berpuasa yang difardhukan di bulan Ramadhan. Umat Islam seharusnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk berada di bulan mulia penuh keberkatan ini.




Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh rasus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman; melainkan puasa kerana ia untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meingggalkan syahwat dan makannya keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya. Bau (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Ramadhan adalah bulan 'festival' bagi umat Islam beramal ibadat. Di samping mengutamakan ibadat fardhu, siang berpuasa, malam bersolat tarawikh serta bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah dan beriktikaf di masjid. Pendek kata manifestasi keberkatan, kemuliaan dan keagungan Ramadhan dirasai di segenap pelusuk dunia. Puasa adalah ibadat yang difardhukan ke atas umat Islam dan ia satu daripada Rukun Islam. Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri dengan Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan sahaja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan. "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (al-Quran. surah al-Baqarah, ayat 183)

Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan terutama pada ibadat puasa yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu yang mencukupi syarat kewajipannya. Pada bulan mulia ini diturunkan al-Quran, dihapuskan dosa dan dilimpahi ganjaran berganda, malah terdapat satu malam yang sangat baik berbanding 1000 bulan iaitu malam al-Qadar yang dikhususkan kepada orang beriman. Ramadhan dikenali juga bulan kerahmatan dan kemenangan, bulan keampunan, pembebasan dari api neraka, dan bulan ibadat, lebih-lebih lagi Ramadhan dikhaskan dengan solat sunat Tarawikh.
Keistimewaan Ramadhan dapat dilihat melalui sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Pada malam pertama Ramadhan, akan dibelenggu syaitan, ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga. Kemudian datanglah seruan: Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang mengingini kejahatan, berhentilah. Pada malam (Ramadhan), Allah membebaskan segolongan hambaNya daripada api neraka." (Riwayat At-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: " Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Isnin, Ogos 17, 2009

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG



31 Ogos adalah tarikh keramat. Pada hari inilah diisytiharkan Kemerdekaan Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang pada 13 Ogos yang lepas. Di peringkat sekolah, kami juga mula bekerja untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Saya telah dibantu oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap dan Nurseri untuk menghias kawasan SMK Telok Kerang dengan kibaran Jalur Gemilang. Kawasan sekolah kelihatan ceria dan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang. Kami bangga sebagai rakyat MALASIA!












MERDEKA!


MERDEKA!


MERDEKA!


Sabtu, Ogos 15, 2009

BUAH ROCKMELON DAH DITUAI


Projek Fertigasi Rockmelon SMK Telok Kerang dah masuk musim kedua tahun ini. Pada 1 Ogos yang lepas buah-buah dah dituai. Banyak juga hasilnya. Sebahagian dijual kepada FAMA. Yang selebihnya pelajar-pelajar Ting. 4 Teknologi jual kepada cikgu-cikgu. Belajar berniaga. Kan... pertanian itu satu perniagaan. Jual tiga biji RM10.00 sahaja. Bagi Cikgu-cikgu SMKTK sama-sama rasa. Dapatlah balik duit beli baja. Yang selebihnya lagi, buah itu dikupas dan dipotong-potong lalu masukkan ke dalam peti sejuk dan makan ramai-ramai. Memang sedap.... Bulan September nanti kita tanam lagi.


Anak pokok rockmelon baru dipindah ke polibeg.
Pokok rockmelon berusia seminggu.
Pokok rockmelon mula berbunga.


Mula berputik...
Buah rockmelon (glamour).


Buah rockmelon dalam 'wheel barrow'.


Buah dikumpulkan.

Jumaat, Ogos 14, 2009

LANDSKAP 8 - BUKU DAN MAJALAH LANDSKAP YANG DISYORKAN SEBAGAI BACAAN TAMBAHAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI

Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Buku dan majalah mengenai landskap dan taman adalah bahan bantu yang saya gunakan semasa mengajar mata pelajaran Landskap dan Nurseri. Kebanyakan buku-buku dan majalah ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Namun demikian dengan adanya banyak gambar berwarna, pelajar-pelajar boleh memahaminya. Saya kata kepada pelajar-pelajar saya, kalau tak boleh baca dan tak faham Bahasa Inggeris, maka cubalah belek-belek, selak-selak, lihat-lihat, dan renung-renung gambar. Itu pun jadilah. Tak faham bahasa orang putih tak ape. Dengan sekeping gambar yang dilihat dan direnung ianya dapat menterjemah seribu maklumat dan ilmu pengetahuan yang bermakna... Itu pun merupakan ilmu. Ilmu adalah sesuatu yang bermakna.



Buku-buku landskap:

























Majalah landskap:


















Rabu, Ogos 12, 2009

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

Sains Pertanian SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.


Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2009 diadakan di MITC, Melaka dari 10 hingga 16 Ogos 2009. Pada tahun ini HPPNK bertemakan Pertanian Menjana Ekonomi Negara. Pada hari ini diadakan pameran jabatan/agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, pameran/jualan sektor swasta, promosi/jualan hasil pertanian, ternakan, ternakair dan tangkapan ikan, promosi/pameran flora fest, pertunjukan/pameran/pertandingan haiwan ternakan, pameran ikan hiasan, pameran/pertandingan hasil pertanian, dan persembahan kebudayaan.


Diantara objektif HPPNK 2009 ialah; memupuk seangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan untuk untuk berusaha lebih gigih dalam meningkatkan kualiti hasil, menggalakkan para peladang, penternak dan nelayan supaya bersatu bagi meningkatkan sosio-ekonomi dan membenteras kemiskinan, menilai dan mengukur pencapaian mereka, mempamer dan mempromosikan teknologi dan hasil kajian, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan kepada masyarakat umum, dan menjadikan HPPNK sebagai salah satu platform kepada peladang, penternak dan nelayan bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan kepada mereka yang berminat.

Sebagai guru Sains Pertanian saya memang menantikan ketibaan HPPNK ini. Inilah masanya untuk kita mendapatkan maklumat perkara-perkara yang berkaitan dengan industri/sektor pertanian di negara ini. Disamping maklumat yang diperolehi, kita juga dapat pendedahan sesuatu yang baru sama ada produk, teknologi, hasil penyelidikan, dan segalanya yang berkaitan dengan pertanian. Dalam lawatan saya sebagai pengnjung HPPNK itu, saya berminat dengan maklumat mengenai industri penanaman dan pengeluaran hasil dari pokok gaharu. Harganya tinggi. Mengikut penerangan daripada pengusaha yang ada gerai di HPPNK itu, rasa-rasanya pokok itu boleh ditanam di kawasan belakang rumah kerana jaraknya hanya 6 kaki X 6 kaki.

Foto-foto ini adalah sebahagian suasana HPPNK di MITC Melaka.






Brosur....



Hasil ladang.



Besarnya labu!



Kambing ape ni?



Comelnya kambing boer ni....



Dua ekor kambing sedang berehat...



Jambu yang besar tu hanyalah replika....



Pameran Jabatan Pertanian.



Pertandingan terrarium sekolah di Melaka.



Kempen bumi hijau.



Landskap sayur-sayuran.

Pengunjung di gerai pameran.



Pameran jentera yang berkaitan dengan pertanian.



Jualan flora.



Gerai buah-buahan segar.



Membeli-belah di gerai buah-buahan.



Pavilion Johor.



Pavilion Melaka.



Pavilion Pahang.

Pavilion Selangor.

Pavilion Kedah.



Menara dari Melaka.



Jabatan Pertanian.



Back drop yang menarik.



Pamer dan jual.