Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Khamis, Disember 31, 2009

TARIKH PEPERIKSAAN AWAM 2010

31/12/2009

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.
"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama


10 PERATUS MARKAH KOKURIKULUM MASUK IPTA


Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, 10 peratus markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.

''Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA. Dasar perkongsian data Kementerian Pengajian Tinggi dengan agensi peperiksaan dan Kementerian Pelajaran meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Radin Umar berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan selepas pihaknya menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang masih tidak pasti dengan kaedah pengiraan markah untuk masuk ke IPTA.

''Kementerian telah mengedarkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah mulai minggu pertama November bagi menerangkan prosedur permohonan dan pemilihan ke IPTA. Pemohon digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

''Orang ramai juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi di 10 zon terpilih dari 9 Januari hingga 29 Mac 2010 untuk mendapatkan nasihat mengenai IPTA, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi lain," katanya.

Rabu, Disember 30, 2009

KEMENTERIAN PERLU SELESAIKAN PERTINDIHAN GRED JAWATAN


Kementerian Perlu Selesaikan Pertindihan Gred JawatanOleh Amir Hamzah Nordin

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, mahu isu pertindanan tawaran serta perluasan pergerakan gred perjawatan secara hakiki guru dan pegawai yang bertugas di sekolah, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri (JPN) perlu diselesaikan segera secara sistematik. Presidennya, Mohd Sabri Arshad, berkata penyelarasan perlu ada antara JPN dan Kementerian Pelajaran supaya penawaran tidak bertindan antara perjawatan dan time base kepada guru terbabit. 

“Ada pegawai mendapat dua tawaran serentak antara guru cemerlang dan time base DG44, sekali gus seolah-olah tiada penyelarasan dalam penentuan perjawatan khusus. Kalau boleh ada penetapan khusus dalam penawaran agar lebih sistematik dan tersusun sejajar Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diamalkan Kementerian,” katanya.

Sabri berkata, pengisian jawatan kosong juga perlu disegerakan khususnya di institut perguruan guru (IPG) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi memberi laluan kerjaya lebih luas kepada guru dan pegawai terbabit secara tidak langsung meningkatkan semangat serta sokongan moral kepada warga pendidik.
“Guru yang berada di time base DG44 wajar dinaikkan ke gred lebih tinggi kerana ada di antara mereka yang berpengalaman luas dan sesuai berkhidmat di IPG atau kolej matrikulasi.

“Beri peluang kepada mereka meningkatkan diri, sekali gus menjadi aset negara dalam membina modal insan masa depan yang lebih cemerlang,” katanya kepada Berita Harian, di Jerantut, Pahang, baru-baru ini. 

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Jemale Paiman, berkata Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang bertugas di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil harus diserapkan dengan memberi latihan, sekali gus membantu mengisi kekosongan perjawatan. 

“Ini membuka peluang GSTT berpengalaman yang telah berkhidmat beberapa tahun diserapkan ke jawatan tetap dengan memberi latihan semasa cuti,” katanya. 

Katanya, bekas guru besar, pengelola, guru cemerlang dan pegawai di PPD serta JPN yang memiliki ijazah serta berada di gred DG41 perlu dinaikkan ke gred DG44.

CEMERLANG MELALUI SUKAN


Cemerlang Melalui Sukan
Suliati Asri


Cadangan Kementerian Pelajaran mewa jibkan subjek sukan dan pendidikan jasmani dalam ku rikulum sekolah menengah seperti di Australia boleh men capai kejayaan jika sistem pelaksanaannya berkesan.

Pendidikan jasmani adalah subjek yang pastinya di tunggu-tunggu pelajar setiap minggu termasuk penulis ketika pada zaman persekolahan. Subjek pendidikan jasmani bukan sekadar untuk bersukan tetapi menghilangkan tekanan se lepas seharian belajar. Bagaimanapun, subjek pendidikan jasmani itu hanya di pandang remeh dan tiada perhatian khusus kerana ia bu kanlah salah satu subjek dalam kokurikulum. Malah, sesetengah pelajar juga tidak mengendahkan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani dan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata.
Namun, Kementerian Pelajaran melihat kepentingan subjek itu dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar di sekolah. Dalam pendidikan menengah di Australia, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek sukan dan pendidikan jasmani yang diterapkan dalam kurikulum sekolah. Usul itu kini sedang diteliti untuk diperkenalkan di semua sekolah di negara ini kerana ia didapati berjaya dilaksanakan di sekolah di Australia meskipun maksimum enam subjek dihadkan untuk pelajar menengahnya bagi memasuki uni versiti.

Perkongsian kos prasarana sukan dengan universiti ber dekatan mungkin dilakukan. Pelajar yang berminat me ngambil pendidikan jasmani, boleh berbuat demikian sebagai satu mata pelajaran.Jika diteliti, langkah untuk melaksanakan perkara itu amat bagus. Tetapi adakah ia sesuai dilaksanakan di negara ini?Adakah kita cukup yakin konsep yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia itu akan mencapai kejayaan apabila diperkenalkan di negara ini kerana budaya dan latar belakang pendidikan berbeza?

Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata cadangan Kementerian Pelajaran itu boleh mencapai kejayaan tetapi sistemnya perlu diperting katkan. Beliau berkata, pendidikan jasmani adalah mata pelajaran yang wajib di sekolah sejak dulu lagi. Bagaimanapun, ia tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Justeru, jika sukan dan pendidikan jasmani ini wajib diterapkan dalam kokurikulum sekolah menengah, ia satu usaha yang baik. Selain itu, langkah itu pasti berhasil jika sistem yang diguna pakai dalam subjek pendidikan jasmani di sekolah ditambah baik,” katanya.

Azam berkata, Kementerian Pelajaran perlu melihat semua aspek terutama tenaga pengajar yang mahir. Jika dilihat senario di kebanyakan sekolah, guru yang mengendalikan pendidikan jasmani tidak mempunyai latar belakang dalam bidang itu. Bayangkan jika guru agama, Matematik atau Bahasa Melayu terpaksa mengambil alih tugas itu, tentu hasilnya mengecewakan,” katanya.

Beliau berharap apabila subjek itu diwajibkan kelak, jangan berlaku seperti sesetengah mata pelajaran wajib yang tidak mempunyai tenaga pengajar berkelayakan.Katanya, mengenai cadangan kementerian mahu mengguna pakai sistem pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia dan berkongsi kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan, ia sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

“Tidak semua sekolah di negara ini mempunyai peralatan sukan yang lengkap. Jadi, dengan berkongsi prasarana itu dengan universiti, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani ini boleh berjalan dengan baik. Perkongsian itu dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah,” katanya.

Katanya, jika pelajar berminat mengambil pendidikan jas mani, dia boleh berbuat demikian sebagai satu subjek pe lajaran seperti yang dicadangkan. Bagaimanapun, ia mungkin menghadapi sedikit masalah di sekolah di negara ini.

“Sistem pendidikan di Australia hanya mengehadkan enam subjek sahaja untuk memasuki universiti tetapi kita me merlukan maksimum 10 subjek. Namun, saya berharap kementerian akan melaksanakan program itu di negara ini jika kajian membuktikan ia membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan se kolah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Se menanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata langkah itu wajar dilaksanakan kerana sukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang.Katanya, walaupun kokurikulum itu penting, tapi kita tidak mahu kualiti pelajar kita hanya dikategorikan sebagai pandai tetapi tidak cerdik.

“Kebanyakan pelajar kita lebih menumpukan kepada ko kurikulum semata-mata dan tidak mengendahkan sukan atau pendidikan jasmani. Kokurikulum memang penting tetapi aktiviti sukan juga memberi manfaat terutama dari aspek kesihatan dan ke cemerlangan,” katanya.

Senario pendidikan di negara ini mendapati kebanyakan pelajar yang dikategorikan pandai, gagal dalam sukan atau tidak mengambil berat aspek itu. Keadaan ini perlu dielakkan kerana dengan mengikuti aktiviti sukan atau berpersatuan, banyak ilmu yang mereka boleh peroleh. Pendidikan jasmani atau sukan bukan hanya bermain bola sepak tetapi skopnya luas,” katanya.

Nordin berkata, mungkin pelajar tidak sedar dengan me ngikuti aktiviti sukan dan berpersatuan, mereka boleh belajar banyak kemahiran terutama dalam komunikasi.

“Selain itu, banyak aspek sains sukan yang boleh memberi manfaat kerana di peringkat antarabangsa, ia bidang yang menjadi tumpuan masyarakat. Kerjaya dalam sukan juga menjamin masa depan kerana banyak majikan berminat mengambil mereka yang mem punyai latar belakang dalam bidang itu,” katanya

MANIPULASI ILMU

Manipulasi Ilmu
Oleh Ruhaiza Rusmin 

Memanipulasi sektor pendidikan bagi kepentingan peribadi mahupun komersial bukan saja meresahkan banyak pihak yang tulus terbabit dalam sektor itu, malah mengganggu gugat perjuangan memartabatkan pembangunan masyarakat. Tanpa memperlihatkan agenda sebenar, pihak berkepentingan menggunakan platform pendidikan sebagai satu cara menghalalkan matlamat meskipun menyedari ia bakal mengorbankan masa depan seluruh generasi. Antara slogan yang sering diprovokasi adalah 'pendidikan jaminan masa depan' dan 'pendidikan termurah', tetapi haikatnya bukan semua mampu memperoleh pendidikan jika tidak didahulukan dengan keupayaan membayar yuran. Dan yuran dikenakan bukanlah murah atau percuma bagi sesebuah institusi, bahkan ada menyebabkan ibu bapa terpaksa bergolok gadai manakala anak melupakan hasrat mendapat pendidikan.

Bagi sektor penyelidikan di institusi pengajian tinggi pula adakalanya terpaksa 'mengemis' pada sesetengah pihak menagih simpati sokongan dana dan akhirnya terpaksa bersetuju hasil diusahakan bertahun lamanya terpaksa diniagakan bagi membayar semula pihak yang melabur. Bukankah ini satu manipulasi nyata yang boleh membunuh sektor pendidikan di seluruh dunia, sekali gus menyebabkan peluang sedia ada tertutup bagi sesetengah pihak?
Penyelidik dari Pakatan Pendidikan Maple River, (MREC),Amerika Syarikat, Dr Karen Effrem berkata, sukar menidakkan apa jua manipulasi dalam pelbagai sektor hari ini kerana masyarakat global terpaksa bergantung satu sama lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Menurutnya, istilah manipulasi kurang tepat untuk menggambarkan senario itu, tetapi lebih elok jika perkataan perkongsian digunakan bagi mewujudkan persekitaran sihat seperti persaingan. 

"Masyarakat dunia hari ini sebenarnya tidak mampu menolak apa jua bentuk bantuan, pemberian mahupun sokongan diberikan suatu pihak berkemampuan. Dan yang pasti ia bukan percuma. Namun menggunakan istilah manipulasi, rasanya kurang tepat kerana ia seolah-olah menggambarkan sesuatu yang buruk dan langsung tidak membawa manfaat. Perkongsian lebih tepat kerana semua pihak bakal mendapat keuntungan. Sektor pendidikan juga seperti sektor lain memerlukan pembangunan, pembaharuan serta anjakan ilmu, jadi tidak salah rasanya kalau perkongsian itu dapat dibahagikan sama rata demi memastikan sasaran dibuat dapat dicapai," katanya. 

Menurut, Dr Effrem, peruntukan besar diguna pakai bagi membantu menaik taraf sektor pendidikan di seluruh dunia sejak revolusi pendidikan 1900-an dan tentunya menuntut pulangan setimpal dengan jumlah yang sudah dikeluarkan. Lebih ketara, jumlah besar di negara maju kerana kos pendidikan mahal manakala kebanyakan negara membangun lebih beruntung kerana manipulasi kurang terjadi kerana banyak mendapat bantuan daripada kerajaan. Dr Effrem berkata ibu bapa seharusnya tidak melihat pendidikan sebagai bebanan sebaliknya harus bersedia dari awal bagaimana merencanakan pelan pembelajaran anak. 

"Sangat menyedihkan apabila kajian dilakukan mendapati sebahagian besar ibu bapa lebih teruja memenuhi keperluan sendiri atau material lain berbanding kepentingan perbelanjaan pendidikan. Seharusnya mereka sedar, pendidikan hari ini bukanlah murah dan harus bersedia dengan kemungkinan bebanan itu. Tidak boleh mengharapkan satu pihak untuk membantu dan menghentam jika tidak dapat menolong. Ini bukan soal manipulasi atau hak, tapi tanggungjawab. Ibu bapa perlu tahu membezakan antara keperluan dan kepentingan. Mengapa tidak mendahulukan perkara penting ( pendidikan) tapi lantang bersuara memberi kritikan negatif tanpa melihat kesalahan pada diri sendiri?," katanya.

Sambil menyatakan, kini banyak alternatif boleh dilakukan bagi meringankan bebanan pendidikan seperti insurans pendidikan, beliau berkata, ibu bapa atau masyarakat tidak perlu mengeluh jika terpaksa mengeluarkan belanja besar bagi membayarnya.
"Insurans pendidikan adalah antara cara terbaik membantu anak memperoleh pendidikan pada masa depan. Memang perlu membayar sejumlah wang, tapi jika pandai merencana dan membuat bajet, pasti tidak timbul masalah. Perlu diingatkan, tidak ada perkara percuma pada hari ini. Semua orang perlu berusaha dan saling bergantung antara satu sama lain untuk terus hidup serta berjaya," katanya. 

Bagaimanapun pandangan itu dikritik serta dipertikai segelintir pihak yang menganggap dia hanya memberi penekanan terhadap kepentingan material, bukan emosi. Pakar sosial, psikologi dan pembelajaran Penilaian Pendidikan Kebangsaan (NAEP) Amerika Syarikat, Ralph Tyler, berkata manipulasi pendidikan bukan sekadar terhadap harga yang perlu dibayar, tetapi merangkumi semua aspek. 

"Bagaimana pula bebanan ditanggung pelajar terpaksa belajar dalam tempoh ama? Bagaimana pula tekanan ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan dalam akademik atau pusat pengajian tinggi yang mahu penghasilan terbaik semata- mata mahu menjaga status? Adakah aspek ini diambil kira? Bolehkah masyarakat menidakkan ia sebagai satu manipulasi nyata kepada sektor pendidikan? Melahirkan masyarakat cemerlang perlu didahulukan dengan pengukuhan emosi namun jika terus menekankan kepentingan bersifat material, adakah matlamat menjadikan sektor pendidikan sebagai pemangkin masa depan akan tercapai?," soalnya.

Tyler berkata, pelajar seharusnya mengharungi tempoh persekolahan maksimum enam jam sehari namun ada kajian menunjukkan segelintirnya terpaksa belajar hingga lapan jam sehari. 

"Ini bukan saja meletihkan, tapi menyekat ruang serta privasi mereka meneroka dunia luar yang juga penting bagi pembesaran dan mencari pengalaman. Pihak berkepentingan harus melihat aspek ini sebagai satu 'penindasan' kepada pelajar manakala jika membabitkan institusi lebih tinggi berbentuk keuntungan semata- mata," katanya.

BAYARAN TAMBAHAN TIDAK MEMBEBANKAN

Bayaran Tambahan Tidak Membebankan

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bayaran tambahan persekolahan yang akan diseragamkan Kementerian Pelajaran bermula tahun depan tidak membebankan, malah lebih rendah berbanding tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, bayaran tambahan tidak harus disalahertikan dengan pembayaran lain yang bergantung kepada persetujuan antara pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

"Bayaran tambahan yang diseragamkan merangkumi aktiviti kokurikulum, kertas ujian dalaman, sukan tahunan sekolah, kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Insurans Takaful.

"Pembayaran lain seperti majalah sekolah, program kelas komputer dan tuisyen adalah bergantung kepada persetujuan antara pihak sekolah dan PIBG," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kekeliruan yang timbul berikutan kadar pembayaran tambahan yang diseragamkan untuk pelaksanaan sesi persekolahan 2010.

Kelmarin, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, kementerian tidak menetapkan harga siling bayaran tambahan yang boleh dikutip daripada ibu bapa oleh PIBG sekolah-sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Alimuddin berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menetapkan harga siling bagi pembayaran lain yang boleh dikutip PIBG, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

"Sekolah di Kuala Lumpur tidak sama dengan sekolah di kawasan pedalaman Sabah.
"Mungkin wang RM10 di luar bandar nilainya tinggi tetapi di Kuala Lumpur, ia hanya sekadar harga sekotak rokok," katanya.

Walaupun begitu, katanya, bagi mengelakkan kutipan wang yang terlalu tinggi, PIBG sekolah harus berhubung dengan Jabatan Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan.

Selasa, Disember 29, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISTEMATIK



Pengajaran Dan Pembelajaran Sistematik Mohd. Saiful Mohd. Sahak

Peningkatan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor pengajaran dan pembelajaran yang sistematik di sekolah di negara ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ahli akademik berpendapat, keputusan itu juga membuktikan walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, pelajar masih mampu mencipta kejayaan cemerlang.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, pencapaian cemerlang calon bandar dan luar bandar dalam peperiksaan PMR itu membuktikan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amat penting.

"Isu PPSMI tidak timbul sama sekali, faktor kerjasama termasuk daripada guru dan ibu bapa serta sistem pengajaran sistematik menjadi penentu terhadap kejayaan pelajar tersebut. Walaupun terdapat peningkatan peratusan dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, ia masih belum meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua subjek tersebut. Kita jangkakan apabila (PPSMI) dimansuhkan pada 2012, peratus itu akan terus meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengenai pencapaian PMR tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding tahun lalu.

Alimuddin berkata, jurang keputusan PMR di kawasan luar bandar juga semakin rapat dengan penguncupan beza nilai gred purata nasional (GPN) antara calon bandar dengan luar bandar daripada 0.3 kepada 0.29.

Sementara itu, ahli akademik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, peningkatan tersebut menunjukkan Kementerian Pelajaran telah mencapai matlamatnya dalam melahirkan pelajar cemerlang setiap tahun.

"Dasar PPSMI juga tidak menjadi penghalang, usaha ini telah dibuktikan melalui kesungguhan peranan Kementerian Pelajaran, guru dan ibu bapa," katanya.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Azam Md. Atan pula berkata, peningkatan tersebut menunjukkan kesungguhan dan komitmen pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR.

''Dasar PPSMI telah membuktikan kejayaan, namun dasar itu perlu dimansuhkan demi kepentingan pelajar. Perkara utama yang perlu diberikan tumpuan ialah bagaimana untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris," katanya.

MESYUARAT KURIKULUM PERMULAAN SESI 2010

Pada hari ini Selasa 29 Disember 2009 diadakan mesyuarat kurikulum SMK Telok Kerang. Mesyuarat diadakan di Kamar Kencana. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua. Semua Ketua Bidang, Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia hadir dalam masyuarat tersebut. 

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua.
2. Post-mortem Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
3. Perkara-perkara yang dibincangkan:

  • Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah/Mesyuarat JK Panitia mata pelajaran.
  • Buku rekod mengajar
  • Pedagogi dan teknik pengajaran
  • Sukatan pelajaran/Huraian sukatan pelajaran/Rancangan pelajaran tahunan/SM-TAG/Rancangan pengajaran harian
  • Dasar-dasar kurikulum
  • Penggunaan bahan batu mengajar
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Headcount
  • Pemantauan pengajaran dan pembelajaran
  • Audit akademik/post-mortem
  • Anugerah kecemerlangan akademik
  • Pengurusan peperiksaan/ujian
  • Latihan/kerja rumah murid (SM-LAM)
  • Buku nota, buku kerja/buku latihan
  • Penggunaan buku teks/buku kerja
  • Pentaksiran berasaskan sekolah
  • Kajian tindakan
  • Program kurikulum
  • Sistem fail-memail
  • Kewangan
  • Sistem pengurusan sekolah kualiti (SPSK)
4. Harapan Tuan Pengetua
  • Maklumkan hasil mesyuarat/taklimat kepada guru-guru yang lain.
  • Ucapkan terima kasih kepada guru-guru atas pencapaian PMR 2009.
  • Mengingatkan bahawa mesyuarat panitia penting untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran.
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.


TOWARDS A NEW EDUCATION MODEL


Towards A New Education ModelDR THEVA NITHY
Senior lecturer
The School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia

In this second article on 1Session in 1School, being the way forward for the country, I will present a proposal for a new education model where technology and higher levels of awareness and demands by stakeholders of education systems are creating new pressures that the Education and Higher Education Ministry must be held accountable for.

The centre section (with the pyramid) in the figure above describes the Fields of Play in a classroom environment, the smallest unit in a formal schooling system, and the factors that are at work in a classroom to evolve a student from the point where
  • all he perceives are data that hold no meaning, but yet he manipulates;
  • to the point where he is able to evolve the data and through choice, application and intuition, finally achieves a level of wisdom where he is able to make well informed, thoughtful and mostly correct decisions that will impact the world and his place in it.



The defined factors interacting within the Field of Play are:
  • Curriculum: Defined as content, pedagogy, andragogy, evaluations, learning aids including technology, diets and Neuronutrition - all tangible and intangible items used in the learning space for the express purpose of achieving the aims of the curriculum
  • Social Forces: Defined as forces that affect the emotional content of a student, both positive and negative; and include friendships, relationships, peer and parental pressure, performance pressure, praise and criticisms and rewards, conditioning and stimulus response systems. These forces are also involved in the building of unity, inter cultural and religious tolerance and understanding and in nation building.
  • Stressors: Defined as strengths, weaknesses, threats and opportunities available to the student that impact the shaping of academic related skills and talents, and are the supplementary forces that are needed to evolve brains and minds to the level where wisdom is enabled to make “leaps of logic”.

Experience and interactions of cause and effect in the real world will further inform his wisdom so that as his thinking skills evolves further, he starts making fewer mistakes and better choices.

This feeds his thinking and intuitive skills and he becomes wiser as he matures. The final step is when he is able to make instant decisions based on Leaps of Logic that fuel Disruptive Thinking to create Innovation.

Intuition and Leaps of Logic are phenomena that actually are the highest order skills that develop when we become expert enough in a field of study that our brain networks processes data instantly and without conscious effort, and provides an answer to a related question in that same field, to the conscious brain.

There are two parts to achieving this level of skill. One is to become expert enough so that we are aware of all the possibilities, research and knowledge in that field. The other, is to learn to listen to that inner voice that is called intuition or gut feeling.

As we become more aware of the intuitive answer, and we experience the correctness or wrongness of it in the real world (it is almost always correct), then we start learning to listen to our intuition and start relying on the answers that we know must be correct, although we have not purposefully processed the question pathways.

In the last article, I wrote about the many problems facing the Malaysian schooling and curricular systems. In this article, I try to address the details involved in an ideal classroom environment. I have also included what the Malaysian classroom environment is.

Ideally, the education curriculum is based on input by stakeholders - the Malaysian universities, non-governmental organisations, the Ministry of Education and Higher Education Ministry, teachers, student focus groups, parents, invited global accreditation and qualifying bodies – whose contributions and vision are then evaluated by government to make sure its policies will be fine-tuned to fit , and then taken by experts in curriculum development and solidified into a product that will now be used in the classroom.

In the diagram above though, I have prominently mentioned the government, the ministries and political parties as the top heavy shapers of Malaysian education, whilst the stakeholders who should be at the top, are at the bottom, to be seen but not heard

This is the problem we have now. Our total education scenario, encompassed by the circle and divided into three sections, are in disarray and completely disparate to an ideal system. How then can we begin a process to transform our education system so that it becomes the vehicle that enables the concept of 1Malaysia in order to create a sustainable future for Malaysians?
I would suggest a five-step process:
  1. Gather a representation of all stakeholders in Malaysian education as well as a representation of the powers that be from the Ministries, and be fearless and open enough to invite international representatives, political organisations and anyone else who wants to have a say in the formation of a new education system that MUST be based on a 1Session 1School concept
  2. Create a platform for dialogues when all these parties meet so that all concern of various parties will be collected and compiled into a guide to the development of a new education system
  3. Conduct a series of workshops involving stakeholders and experts who will develop and build a framework for new education system. This process should be able to be viewed online and will present findings, suggested courses of actions and the final framework to the Malaysian public through newspapers and other easily accessible media
  4. Conduct dialogues and engage stakeholders to fine-tune the framework for the new education system till a final consensus is reached. This will be further developed by university and stakeholder experts and a presentation to public will be conducted for final approval.
  5. Implementation plan with monitoring and feedback for refinement and fine-tuning will be constantly carried out for constant evolution of curriculum to keep up with technological, student and teacher advancements and changing demands of industry and market place.

I have overly simplified the process, but the idea I would like to convey is that the process has to be inclusive of, participative and consultative with all Malaysian and Global stakeholders, and it has to be a process with accountability clearly defined at every step of the way.

If this proposal actually comes to fruition and we reach stage five of the process, then the buy-in by the Malaysian public and acknowledgement by International parties will be realised and we should have no problem convincing everyone that 1Session in 1School is the way forward for Malaysia.

Prejudices and false perceptions can be laid to rest, and Malaysia will be able to start producing students who will meet the demands and expectations of global standards of student attributes and curricular outcomes.

PMR BUKTI KESUNGGUHAN PELAJAR CAPAI WAWASAN DIRI



PMR Bukti Kesungguhan Pelajar Capai Wawasan Diri
DR ILLIAS ZAIDI,Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini menyaksikan 28,188 (6.37 peratus) daripada 442,721 calon memperoleh semua A, jelas membuktikan kejayaan pendemokrasian pendidikan negara. Keputusan itu terbukti merentasi sempadan negeri, wilayah, bandar, pekan, dan luar bandar hatta sampai jauh di perkampungan Orang Asli, baik daripada keluarga berstatus tinggi, berpengaruh, kaya dan mewah mahupun miskin di pedalaman, di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Segala-galanya bertitik-tolak daripada iltizam dan semangat jati diri ibu bapa, guru dan terutama calon untuk memburu kecemerlangan.

Saya tertarik dengan petua Sakinah Khaizir iaitu prinsip sentiasa fokus terhadap cita-cita dan berusaha gigih mendapatkannya. Pedoman ini nampak mudah tetapi secara realitinya, ia berlandaskan satu model motivasi dan prestasi kerjaya dari tahap awal hingga puncak kekuatan diri. Peta minda usaha belajar gigih berfokus ini menyaksikan sesiapa juga bakal menghadapi pelbagai cabaran serta mengusahakan langkah pragmatik dan proaktif bagi merealisasikan impian.


Jika segala-galanya berjalan menurut keredaan Ilahi, dengan menumpukan pengajaran guru di kelas, latih tubi berterusan dan ulang kaji konsisten, Insya Allah mereka bakal cemerlang pada SPM, dua tahun akan datang. Kecemerlangan terletak pada kemahiran membuat refleksi demi kejayaan diri. Refleksi bermaksud renungan ke dalam diri, berfikir serius melalui meditasi dengan memberi timbangan sungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara. Ia bakal melahirkan pemikiran bernas, jitu, kritikal dan logik untuk mencapai wawasan diri. Kemahiran berefleksi terletak pada kebijaksanaan membuat ramalan dan jangkaan masa depan dengan melihat kedudukan dan pencapaian diri pada tahap PMR masa kini.





Isnin, Disember 28, 2009

JANJI GURU


Janji Guru
Oleh Suliati Asri

SEBAGAI pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air. Namun, ada segelintir guru yang dihantar ke sekolah di pedalaman menghantar permohonan pertukaran tempat mengajar sesuka hati tanpa alasan kukuh menyebabkan kekurangan guru di kawasan pedalaman.

Fenomena menghantar permohonan pertukaran tempat mengajar oleh guru terutama mereka yang berkhidmat di pedalaman bukanlah sesuatu yang baru tetapi masih ada jalan penyelesaian. Jika seseorang guru itu lama mengajar di pedalaman dan membuat permohonan bertukar ke tempat lain, itu mungkin boleh dipertimbangkan Kementerian Pelajaran tetapi ini baru beberapa bulan saja mengajar, sudah minta dipindahkan. Di mana rasa tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik anak bangsa?

Justeru, bakal guru mungkin dikehendaki menandatangani surat akujanji sebagai syarat 'mengikat' mereka berkhidmat di mana-mana sekolah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman. Tindakan itu juga dilihat langkah terbaik mengelak guru memohon pertukaran tempat mengajar sesuka hati tanpa alasan kukuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya sedang menimbangkan mengenakan syarat akujanji sebelum bakal guru menamatkan pengajian bagi mengelak masalah pada masa depan. Beliau berkata, akujanji itu akan dijadikan syarat utama sebelum mereka ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara. Selepas menandatangani surat akujanji, kementerian tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran kecuali ada kes kritikal seperti sakit. Ini bagi mengelak masalah kepada kementerian kerana ada guru meminta ditukarkan hanya selepas enam bulan mengajar di sesebuah sekolah ditetapkan. Akibatnya, sesebuah sekolah menghadapi masalah mengganti guru yang minta ditukarkan itu.

Mungkin dengan mewujudkan akujanji ini, ia dapat mengatasi masalah dihadapi kementerian dalam penempatan guru baru. Persoalannya, adakah peraturan itu perlu dilaksanakan hanya kerana segelintir guru yang bersikap sedemikian. Ketua Program Pendidikan, Fakulti Pengajaran Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Noor Azizi Ismail, bersetuju dengan cadangan menandatangani akujanji 'mengikat' guru baru bagi mengelak masalah kekurangan guru di pedalaman. Beliau berkata, pelajar atau bakal guru ini ketika mengikuti pengajian, bakal guru ini membuat pengakuan sanggup dihantar ke mana sahaja termasuk pedalaman.

"Mereka tahu keadaan persekitaran mengajar di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, apabila bergelar guru dan ditempatkan di mana-mana sekolah terutama di kawasan pedalaman, mereka memohon bertukar sehingga melanggar akujanji.

"Justeru, cadangan menandatangani akujanji ini wajar dan ia perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Beliau hairan apa masalahnya mengajar di pedalaman, cuma guru tidak mahu berjauhan dengan keluarga atau kampung halaman.

"Sikap guru baru sekarang berbeza kerana mereka dibesarkan dalam persekitaran bandar, justeru sukar untuk mengajar di kampung atau pedalaman. Ada sanggup menipu ketika membuat permohonan pertukaran dengan memberi alasan ibu bapa sakit," katanya.

Mengenai guru yang melanggar akujanji yang dipersetujui, katanya perbuatan itu tidak profesional dan melanggar tatasusila perguruan.

"Mereka patut dihukum supaya memberi pengajaran kepada guru baru lain supaya mengikut akujanji yang ditandatangani. Tindakan itu menyusahkan semua pihak termasuk kementerian dan pihak sekolah kerana perpindahan mereka, menyebabkan berlaku kekurangan guru," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata akujanji itu sudah ada sejak dulu lagi. Bagaimanapun, tiada hitam putih yang ditandatangani berkaitan perkara itu terutama membabitkan penempatan guru di kawasan pedalaman. Beliau berkata, NUTP akan berbincang dengan guru dan menunggu tindak balas mereka sebelum memutuskan sebarang keputusan berkaitan cadangan itu.

"Saya berpendapat, tiada masalah besar jika guru menandatangi akujanji kerana guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman mendapat insentif. Bagaimanapun, kebanyakan permohonan pertukaran dilakukan guru wanita yang berkahwin dan mahu mengikut suami mereka," katanya.

Kesimpulannya, isu akujanji mungkin tidak timbul jika mereka yang memilih menjadi guru meminati bidang itu, bukan sekadar pilihan terakhir.

HALA TUJU SELEPAS PMR



Hala Tuju Selepas PMR  
Oleh Suliati Asri 
 
ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

AMANAT PENGARAH PELAJARAN JOHOR AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2010 - 30 INISIATIF MEREALISASIKAN JOHOR TOP 5



Fokus pengurusan
(Perancangan strategik Jabatan Pelajaran Johor 2009 - 2011)


1. Perancangan strategik
  • Visi - Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
  • Misi - Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
A. Pengurusan Berintegriti
(Mempunyai barisan pemimpin pengurusan yang berintegriti)

2. Kepimpinan berkesan.
3. Pemantauan berfokus.
4. Kepimpinan instruksional.
5. Kepimpinan transformasional
6. Kepimpinan pertengahan
7. Program immersion



B. Pembangunan kapasiti
(Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah)

8. Budaya ilmu
9. Program tolong bantu
10. Satu guru satu kajian tindakan



C. Modal Insan Cemerlang
(Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global)

11. Disiplin murid
12. Headcount kehadiran
13. Pembugaran sukan sekolah
14. Sahsiah unggul
15. PINCH
16. Transisi pendidikan khas


D. Pencapaian Diutamakan
(Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian)

17. Headcount akademik
18. Pentaksiran berasaskan sekolah
19. e-Bank item
20. Panel perunding mata pelajaran
21. 50% KRK cemerlang
22. SABK cemerlang



E. Pengurusan Cemerlang
(Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan)

23. Pelaksanaan KPI jabatan
24. MS SIO 900: 2008
25. Sifar audit berteguran
26. Penyampaian maklumat berkesan
27. Innovasi dan kreativiti
28. Kebajikan guru diutamakan
29. Pusat sumber cemerlang
30. Kemudahan pendidikan



MESYUARAT GURU AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2010 SMK TELOK KERANG



Mesyuarat guru awal tahun 2010 SMK Telok Kerang diadakan pada hari ini Isnin 28 Disember 2009. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi.


Agenda:

1. Ucapan alu-alauan daripada Tuan Pengetua
2. Amanat Pengarah Pelajaran Negeri Johor - 30 Inisiatif merealisasikan Johor Top 5
3. Amanat Tuan PPD Pontian.
4. Pembentangan minit mesyuarat.
5. Amanat dan pelaporan Tuan Pengetua untuk sesi persekolahan tahun 2010:
  • Kutipan bayaran tambahan 2010
  • Pembelian buku/alat tulis/keperluan sekolah
  • Buku kedatangan murid
  • Kehadiran bertugas
  • Cuti
  • Buku rekod mengajar
  • Penampilan diri
  • Perhimpunan mingguan/guru bertugas mingguanb
  • Laporan nilaian prestasi tahunan
  • Kurukulum/SP/HSP/RPT (SM-TAG)
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Pengurusan bilik darjah
  • Headcount
  • Aufit akademik/post-mortem
  • Pemantauan sekolah
  • Pengurusan disiplin murid
  • Arahan keselamatan dan piawaian keselamatan sekolah
  • Warga asing
  • Skim pinjaman buku teks
  • Mesyuarat/kursus/teklimat/LDP/dll anjuran KPM/JPN/PPD
  • Aktiviti kokurikulum (Badan beruniform/Persatuan akademik/Kelab)
  • Aktiviti kokurikulum (sukan dan permainan)
  • Anugerah kecemerlangan sekolah
  • Pengurusan kewangan
  • Sistem pengurusasn sekolah kualiti (SPSK)
  • Perancangan strategik sekolah
  • SM-TAG dan SM-LAM
6. Buku panduan guru dan kakitangan tahun 2010.
7. Pendaftaran murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 5.
8. Ucapan penangguhan (mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari).
9. Taklimat Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat.


CARA BINA BLOG


Buat masa ini, penggunaan blog amat memberansangkan sekali. Mengapa? Sebab dengan adanya blog, anda dapat mendedahkan kepada dunia tentang diri anda. Dengan sekelip mata saja, idea dan perasaan anda dapat dicurahkan untuk tatapan semua orang.

Bukan dan perasaan anda sahaja tetapi boleh juga untuk tujuan mempromosi produk dan perkhidmatan.

Terima kasih kepada blogger.com yang menawarkan perkhidmatan blog secara percuma.

Pada mulanya ramai yang menganggap blog sebagai satu ancaman kepada bidang kewartawanan. Ada yang mengatakan maklumat terkini boleh didapati dari blog.

Mengapa blog ini hangat diperkatakan sekarang?

Penggunaan blog adalah pantas, mudah dan popular. Tambahan pula enjin carian memang sukakan blog lagi-lagi kalau kita selalu mengemaskini kandungan blog.Ia amat sesuai untuk mendapat ranking tinggi dengan lebih pantas melalui blog berbanding dengan cara mengoptimisasi halaman web yang lain.

Mulakan blog anda hari ini. Dalam beberapa minit kita dapat menikmati blog yang diingini tanpa perlu membeli domain dan hosting.

Caranya adalah:
  1. Buat dulu e-mail anda (pastikan anda ada e-mail).
  2. Mulakan dengan melayari web http://blogger.com
  3. Daftarkan dengan mengklik “CREATE YOUR BLOG NOW”. Ikut anak panah merah itu.
  4. Isikan username, pasword, retype password, display name, email address dan pengesahan syarat dari blogger.
  5. Isikan blog title, blog address dan word verification dan klik Continue.
  6. Jika nama blog address telah diambil, tukar kepada nama yang lain sehingga berjaya. Anda boleh melihat “availability” dengan mengklik “Check Availability”.
  7. Pilih template yang anda minati dari koleksi template diatas dan klik Continue. Ada banyak pilihan template dalam blogger.com
  8. Lihat grafik yang berputar semasa blogger.com memproses blog anda.
  9. Blog anda telah disiapkan.
  10. Sekarang bermula episod untuk menulis didalam blog.
  11. Untuk menulis blog anda perlu pergi ke tetingkap “Posting” dan “Create”
  12. Disini, ada tiga jenis tetingkap iaitu “create” untuk menulis blog, “edit posts” untuk mengedit blog and “status” untuk melihat “status” blog.
  13. Isikan Title dan kandungan anda dan klik “Publish Post”. “Publish Post” adalah untuk memaparkan kepada public, tulisan blog anda.“Save as Draft” adalah untuk anda edit pada masa lain dan tidak dipaparkan kepada publik.
  14. Untuk melihat hasilnya, klik “View Blog (in a new window)”
  15. Itulah hasilnya. Sekarang anda dapat membina blog anda sendiri untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan atau anda boleh gunakan blog untuk menulis bagi meluahkan perasaan anda.

Khamis, Disember 24, 2009

PEPERIKSAAN PMR 2009 - 28,188 PELAJAR DAPAT SEMUA A



Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, berbanding 26,378 tahun lalu.Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Prestasi calon luar bandar juga semakin baik apabila 4,775 berjaya memperoleh semua A berbanding 4,345 tahun lalu, manakala 87,936 melepasi tahap minimum gred A, B, C dan D.

Nilai GPN bagi calon luar bandar juga bertambah baik daripada 3.02 tahun lalu kepada 2.97 tahun ini. Calon bandar yang mendapat semua A juga meningkat kepada 22,901, berbanding 21,576 tahun lalu, manakala GPN bertambah baik daripada 2.72 kepada 2.68 tahun ini. Alimuddin berkata jurang perbezaan antara calon bandar dan luar bandar juga semakin rapat berdasarkan penguncupan nilai beza GPN antara kedua-dua kumpulan, iaitu 0.3 pada tahun lalu kepada 0.29 tahun ini.

"Bagaimanapun, daripada segi pencapaian semua A, jurang perbezaan pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat daripada 5.11 peratus kepada 5.22 peratus," katanya.

Antara 10 sekolah harian terbaik termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor: SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu: SMK Sultan Badlishah, Kulim dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK Derma, Kangar.Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan SM Imtiaz, Kuala Berang; Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

PMR tahun ini juga menyaksikan kumpulan pertama 156 calon mengambil subjek Pendidikan Kesenian di dua sekolah iaitu Sekolah Seni Johor Baharu (SSeJB) dan SSe Kuching. Subjek kesenian yang diambil ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi apabila 35 calon atau 22.4 peratus mendapat peringkat tertinggi Band 4.

"Seramai 12 calon SSe pencapaian cemerlang dalam akademik dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran teras," katanya.

Selain itu, tujuh pelajar istimewa disenaraikan calon terbaik iaitu empat mendapat 7A, dua 8A dan seorang 9A. Alimuddin juga berkata, ada peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam jumlah pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik, manakala bagi mata pelajaran Sains daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, berlaku penurunan tidak ketara kepada prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI).

"Peratus berbanding tahun lalu untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 kepada 25.6 tahun ini dan BI daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

EMPAT ASPEK MENINGKATKAN SISTEM PENDIDIKAN

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

''Kurikulum kita terlalu padat dengan guru-guru dan pensyarah universiti memberikan begitu banyak maklumat kepada pelajar yang menerima secara pasif. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengurangkan kandungan bahan yang disebarkan dan meluangkan lebih waktu bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam abad ke-21,'' titah baginda. Raja Nazrin yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend di sini hari ini. 

Mengenai sistem penilaian, baginda menjelaskan, sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki empat peperiksaan umum sebelum ke universiti.

''Kita mungkin boleh mengurangkan peperiksaan di peringkat kebangsaan sekali gus mengurangkan beban dan kebimbangan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa. Kita juga cenderung menyanjung mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan meminggirkan mereka yang tidak cemerlang. Sistem berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah memberikan fokus kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Lebih malang, mereka yang tidak cemerlang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang rendah,'' titah baginda.

Tambah Raja Nazrin, kaedah penilaian alternatif yang lebih mencerminkan keupayaan pelajar perlu dilaksanakan.

''Biarpun mendapat markah A adalah penting, pelajar juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka bekerja secara efektif dan efisien,'' titah baginda.

Baginda bertitah, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelajar melakukan projek, menganalisis kajian kes, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dalam pelbagai situasi, mempertikai kes-kes yang dikaji serta memupuk pengetahuan pelajar itu sendiri.

''Seringkali guru mengeluh untuk menggunakan strategi pengajaran sedemikian namun kandungan pelajaran menyebabkan mereka terpaksa memilih kaedah syarahan yang membolehkan lebih banyak kandungan pelajaran disebarkan kepada pelajar,'' jelas Raja Nazrin.

Aspek yang keempat, tambah baginda, ialah bahasa Inggeris yang begitu penting dalam alam pekerjaan di abad ke-21.

''Di tempat-tempat kerja di seluruh dunia, mereka yang mahir bahasa Inggeris akan menikmati banyak kelebihan dan kebanyakan majikan menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat pengambilan pekerja. Menyentuh mengenai guru, satu kajian bertajuk Bagaimana Sekolah Terbaik Di Dunia Menduduki Tempat Teratas oleh McKinsey and Co. pada 2007 mendapati guru merupakan penentu pada kualiti sesebuah sistem pendidikan,'' jelas baginda.

Tambah Raja Nazrin, di Finland semua guru baru mesti mempunyai ijazah sarjana, Korea Selatan pula mengambil guru sekolah rendah dari kalangan lima peratus graduan terbaik sementara Singapura dan Hong Kong pula memilih guru dari kalangan 30 peratus pelajar terbaik.


PMR JOHOR 2009 - JUMLAH PELAJAR DAPAT SEMUA A MENINGKAT


Seramai 3,308 atau 6.12 peratus pelajar di negeri Johor berjaya memperoleh keputusan semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.47 peratus berbanding 5.56 peratus tahun lalu atau 3,031 calon yang mendapat keputusan cemerlang.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufa'at Tumin berkata, pencapaian calon PMR tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

"Ini berdasarkan kepada ukuran yang dibuat mengikut pencapaian keseluruhan berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.78 berbanding 2.84 tahun lalu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2009 di Hotel Selesa, di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 16 buah sekolah mencapai 100 peratus calon lulus berbanding 15 buah sekolah pada tahun lalu.

Antara sekolah yang berjaya mencapai 100 peratus adalah Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru; Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor, Kluang; SMS Kota Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail dan Sekolah Seni di Johor Bahru.

Berdasarkan prestasi mata pelajaran, katanya, Sejarah menunjukkan peningkatan untuk gred A iaitu 2.65 peratus, Geografi (4.32 peratus), Pendidikan Islam (2.43 peratus), Sains (o.97 peratus), KH 1-KT (2.50 peratus), KH 2-Ekonomi Rumahtangga (4.39 peratus) dan KH 3-Pertanian (3.12 peratus).
Sementara itu katanya, mata pelajaran Geografi, KT 2-ERT dan KT 3-Pertanian menunjukkan peningkatan yang signifikan untuk gred A.
"Sebanyak sembilan mata pelajaran meningkat dari segi Gerd Purata Mata Pelajaran (GPMP), antaranya Geografi, ERT, Pendidikan Islam dan Sains," katanya.

Johor adalah antara lapan negeri yang mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. Negeri-negeri lain ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Sumber: Utusan Malaysia

SEKOLAH BERASRAMA PENUH MENJADI PILIHAN UTAMA PENDIDIKAN BERKUALITI TINGGI


Lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memilih sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai pilihan utama meneruskan pengajian di peringkat menengah dengan jumlah permohonan mencecah 100,000 bagi sesi persekolahan 2010. 

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata berdasarkan angka itu, pihaknya mendapati pelajar dan ibu bapa menjadikan SBP sebagai pilihan mendapatkan pendidikan berkualiti dalam sistem sekolah berasrama. Beliau berkata, sistem SBP yang terbukti berjaya itu sudah melahirkan pemimpin negara dan tokoh korporat ternama dalam bidang diceburi.

Katanya, sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan di semua SBP itu memberi pendekatan kaedah pembelajaran berkesan menerusi kelas persediaan setiap hari, selain menekankan kecemerlangan kokurikulum.

“Kami di SBP menyediakan pendidikan berkualiti selain memastikan pelajar membentuk sahsiah dan peribadi seimbang dalam memastikan kecemerlangan dilengkapi jati diri,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Alimuddin berkata, sistem pendidikan SBP yang diambil daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kolej Melayu dilaksanakan sejak 1905 turut menerapkan semangat patriotik supaya pelajar mempunyai rasa sayangkan negara dan sedia berkhidmat sebaik menamatkan pengajian.
Sumber Berita Harian

PENANDA ARAS GURU

Penanda Aras Guru
Oleh Suliati Asrisuliati
Harian Metro


Dalam usaha meletak sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), baru-baru ini.SGM meletakkan guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.Dengan adanya garis panduan itu, warga pendidik lebih fokus dari segi keupayaan dan keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah.

Persoalannya, adakah sistem pendidikan negara ini tidak setara dengan piawaian global sehingga perlunya ada SGM? Selain itu, adakah guru sedia ada tidak berkualiti sehingga mereka dimestikan memiliki tiga aspek dalam SGM? Di tahap manakah kualiti guru kita dan jika benar mereka tidak mencapai standard ditetapkan, apakah langkah yang terbaik mengatasinya? Apakah dokumen SGM ini boleh dicapai dan tidakkah ia membebankan guru atau mereka yang mahu menjadi pendidik?

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata untuk menjadikan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global, SGM amat diperlukan. Beliau berkata, SGM ini mengingatkan guru akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan tidak melakukan kerja sambil lewa.

"Tanpa SGM, kita takut, guru lupa tanggungjawab mereka dan melakukan tugas sambil lewa kerana tiada piawaian yang patut dipatuhi mereka."

Jika guru pada zaman sebelum merdeka, mereka bukan saja berperanan mendidik anak bangsa, tetapi berjuang membangunkan rakyat.

"Tapi sekarang, kebanyakan guru lebih mementingkan gaji daripada tanggungjawab melahirkan anak bangsa yang cemerlang, justeru kita perlukan SGM," katanya.

Menyentuh tiga aspek dalam SGM, Mohd Ali berkata, perkara ini perlu kerana kita mahu kepastian setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

"Guru perlu meningkatkan kemahiran ilmu seperti teknologi maklumat (IT) supaya mereka tidak tertinggal dalam arus kemodenan," katanya.

Apabila mereka mempunyai tiga amalan dalam SGM itu, katanya, ia dapat mengelak daripada bersikap mementingkan gaji berbanding tanggungjawab.

"Sebagai pendidik, guru perlu ikhlas memberi didikan. Jangan pula baru setahun mengajar di luar bandar, sudah sibuk mahu pulang," katanya.

SGM ini dilancarkan bukan kerana guru kita tidak bermutu, tetapi membaiki dan meningkat taraf mereka ke fasa yang lebih tinggi.

"Melihat kepada kemahiran yang dimiliki anak kita sekarang, masih banyak yang mereka perlu pelajari dan ia menggambarkan kualiti guru. Kualiti guru di negara ini setanding dengan pendidik di negara maju.

"Namun, dalam usaha menjadi negara pendidik kelas pertama, banyak perlu dilakukan, bukan sekadar berpuas hati apa yang ada," katanya.

Ditanya perbandingan guru dahulu dan sekarang, katanya ketika zaman awal kemerdekaan, guru bukan saja berperanan sebagai pendidik dengan menyediakan kelas tuisyen percuma, tetapi pemimpin masyarakat selain memupuk perpaduan kaum.

"Kini, kelas tuisyen dikenakan bayaran yang mahal, inikan pula mahu menjadi pemimpin untuk masyarakat. Justeru, dengan adanya SGM, ia akan menjadi petanda aras kepada guru dan memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang," katanya.

Pelaksanaan dokumen SGM ini tidak membebankan guru, tetapi melahirkan pendidik berkaliber dan berkualiti.

"Menerusi SGM, guru yang gagal menjiwai kerjaya perguruan dapat dilepaskan secara sukarela. SGM juga dapat menilai guru dari aspek kendiri yang akan menentukan seseorang itu guru yang ikhlas atau lebih kepada mendapat gaji bulanan semata-mata," katanya.

Beliau berharap SGM yang dilaksanakan ini dipertingkat dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu bidang pendidikan.

"Jika ada guru gagal mematuhi SGM, tindakan sewajarnya patut dikenakan sebagai pengajaran kepada warga pendidik di negara ini," katanya.


TINGKATKAN AKTIVITI KOKURIKULUM



Kementerian Pelajaran akan melakukan transformasi bagi memastikan kegiatan kokurikulum di setiap sekolah kembali dititikberatkan. Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia bagi mengelakkan para pelajar menjadi terlalu obses dan tertumpu kepada peperiksaan semata-mata.


“Sehubungan itu, kerajaan akan merombak semula sistem yang ada dengan melakukan penilaian berasaskan sekolah. Jika dilaksanakan kelak, ia sekali gus menjadikan kegiatan kokurikulum di sekolah sama penting dengan peperiksaan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah-Pusat Pendidikan Sri-SMI Bhd. (KRS-Musleh) 2009 di Taman Rekreasi Ulu Yam, di sini hari ini. Menurut Mohd. Puad, kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah mampu membina dan menyediakan modal insan yang lebih berkualiti pada masa depan.

“Program kokurikulum amat penting bagi membangunkan potensi anak-anak, kita tidak mahu anak- anak ini terperangkap dengan minda yang terpenjara,” katanya.

Jelasnya, kerajaan memperuntukkan RM3.6 bilion untuk 18 jenis bantuan dan RM300 juta setahun bagi dimanfaatkan sekolah-sekolah untuk kegiatan kokurikulum.

“Kita sedia membantu sekolah-sekolah swasta seperti Musleh dan berharap sekolah ini mampu memberi maklum balas yang positif kepada kerajaan,” katanya.



ROYAL BELUM DIANCAM PEMBURU HARAM



Royal Belum Diancam Pemburu Haram Siti Mariam Md. Zain
Utusan Malaysia


Taman Negeri Royal Belum Perak (Royal Belum) di sempadan Malaysia-Thailand meliputi kawasan hutan seluas 117,500 hektar. Di sebelahnya, terbentang Hutan Simpan Temenggor yang mempunyai keluasan hampir sama. Kedudukan taman negeri ini dan Hutan Simpan Temenggor hanya dipisahkan oleh jalan menghubungkan Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan.

Berbanding hutan-hutan lain di Malaysia, Royal Belum merupakan hutan simpan yang cukup istimewa kerana ia dikatakan satu-satunya yang masih "suci". Ini kerana ia diletakkan di bawah pengawasan tentera. Bermakna, kawasan ini tidak dibenarkan dimasuki oleh orang awam sesuka hati. Sejarah pula mencatatkan Royal Belum sebagai bekas kawasan hitam kerana ia merupakan pusat kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu. Keadaan ini menjadikan Royal Belum yang dihuni oleh pelbagai jenis flora dan fauna tidak 'tercemar' seperti hutan-hutan simpan lain termasuk Temenggor.

Dianggarkan, terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai menghuni hutan ini. Di sini juga hidup tiga spesies bunga terbesar dunia, Rafflesia yang salah satunya ialah Azlanii, dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Kewujudan banyak populasi haiwan mamalia seperti gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir menguatkan bukti bahawa Royal Belum masih terpelihara.
Bagi yang berpeluang berada di taman negeri ini, tentu sekali sering terserempak dengan kelibat binatang-binatang tersebut atau setidak-tidaknya menjumpai kesan-kesan tapak kaki haiwan terbabit. Selain flora yang hidup mekar dan fauna yang bebas berkeliaran, keistimewaannya bertambah apabila ia turut menjadi pilihan Orang Asli suku Jahai untuk terus kekal dan terasing daripada dunia luar.

Mengambil kira khazanah di dalam hutan dara yang berusia lebih 130 juta tahun ini maka, benarlah kata pujangga, bahawa nilainya tiada tara, bak permata yang dikelilingi kaca-kaca tidak berharga.
Namun, di sebalik kesucian dan keindahan alam semulajadinya, ramai di antara kita kurang menyedari khazanah berharga yang dimiliki itu kini mula terancam.

''Ada sebab untuk kita merasa bimbang. Royal Belum dihuni oleh banyak hidupan liar dan dalam masa sama, permintaan terhadap binatang ini di kalangan masyarakat semakin mendapat sambutan," kata Pegawai Kanan Komunikasi Rangkaian Pemantau Perdagangan Hidupan Liar (Traffic), Elizabeth Lisa John.

Menurutnya, harga lumayan untuk mendapatkan haiwan liar ini akan mendorong pemburu-pemburu haram melakukan apa sahaja termasuk menceroboh ke kawasan seperti Royal Belum.

''Perkara ini bukan mustahil kerana Royal Belum bersebelahan dengan Hutan Simpan Temenggor. Pemburu-pemburu haram akan memburu dengan sedar atau tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya berada di kawasan larangan," ujarnya tegas.

Keadaan itu kata Elizabeth lagi, tidak mustahil berlaku memandangkan keluasan hutan terbabit menyukarkan pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan. Apa yang lebih membimbangkan katanya, semakin ramai pemburu haram daripada negara jiran memilih untuk menjalankan kegiatan itu di negara ini.
''Beberapa bukti yang kami temui menunjukkan pemburu haram ini turut terdiri daripada warga asing. Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana Royal Belum terletak di sempadan," katanya.

Berdasarkan dakwaan itu, satu tinjauan bersama petugas Tabung Perlindungan Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dilakukan berhampiran Royal Belum. Apa yang dapat disaksikan ialah terdapat jerat yang dipasang di sekitar hutan dan lebih memeranjatkan, seekor harimau turut terperangkap. Agak malang apabila tindakan untuk menyelamatkan harimau belang tersebut gagal berikutan kecederaan teruk yang dialaminya.

Usaha menjejaki pemburu haram ini kemudian menemukan tempat tinggal sementara mereka. Selain plastik bungkusan makanan dan barangan lain - tertera tulisan dalam bahasa negara jiran - turut bertaburan ialah kelongsong peluru. Tok Batin suku kaum Jahai yang hanya dikenali sebagai Abu sendiri mengakui, dia sering terserempak dengan pemburu haram yang memasuki hutan itu.

''Kita tak kenal orang yang cari binatang dan buat jerat itu," katanya ketika ditanya lebih lanjut tentang pemburu-pemburu haram yang dimaksudkan.

Sementara itu, risikan dan penyiasatan WWF mendapati, Malaysia adalah antara negara hab transit popular di kalangan penyeludup hidupan liar dunia. Antara puncanya dikaitkan dengan aspek penguatkuasaan dan undang-undang yang lemah. Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar ketika ini telah digubal 40 tahun lalu, amat tidak sesuai untuk berdepan dengan cabaran hari ini.

Di sebalik kebimbangan ancaman pemburu haram tersebut, Elizabeth secara rasionalnya yakin, Royal Belum masih mempunyai harapan untuk dipelihara sebagai harta paling berharga negara khususnya kepada generasi masa depan.

''Ia memberi harapan kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan mempunyai peluang mengatasi masalah ini di peringkat paling asas," katanya merujuk kepada kesediaan kerajaan negeri untuk mengambil tindakan lebih tegas.

Dalam soal ini, usaha memelihara Royal Belum amat penting kerana ia bukan sahaja menyentuh soal survival hidupannya, malah turut memberi kesan kepada industri pelancongan negara seterusnya penentu ketamadunan sesebuah bangsa.