Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, November 27, 2013

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW (KLIMS) 2013


Selepas tiga tahun, pameran pemotoran terbesar Malaysia, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2013) akhirnya kembali menemui peminat kereta tempatan. Pameran edisi kelapan itu selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu berakhir pada 24 November ini. Tapak pameran seluas 30,000 meter persegi itu menempatkan pelbagai model sedia ada, jentera konsep, kenderaan futuristik dan barisan kereta yang bakal memenuhi bilik pameran tidak lama lagi.

KLIMS 2013 mendokong tema Kecekapan Mobiliti ternyata selari dengan trend semasa kebanyakan pameran bertaraf global dengan memberi penekanan terhadap kecekapan penggunaan minyak dan teknologi mesra alam.

Maka sudah pasti akan ada penampilan model-model kenderaan hibrid dan elektrik mendiami kebanyakan ruang pameran pemain-pemain utama dalam industri. Jika ketiadaan model kenderaan hijau, sekurang-kurangnya ada barisan produk cekap penggunaan bahan bakar.

KLIMS 2013 merupakan acara anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Majlis pembukaannya telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pada Khamis lalu.
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, acara kali ini bakal menyaksikan pengeluar-pengeluar jenama global menyusun strategi agresif untuk menampilkan kelebihan produk masing-masing.

Pameran kali ini berjaya menambat hati 78 syarikat yang merangkumi pengeluar, pemasang, pengedar kenderaan serta beberapa pemain dalam industri aksesori.
Antara jenama yang tampil mengetengahkan produk ialah Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen.

Bagaimanapun, KLIMS 2013 terasa hambar tanpa kehadiran Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton). Selain itu, tiada juga penyertaan daripada Chevrolet, Mercedes-Benz, BMW, Audi, Porsche, Renault, Suzuki, Mitsubishi dan Kia.

Berhubung ketiadaan Proton, Aishah menjelaskan, syarikat pengeluar kenderaan nasional itu tidak menyertai pameran pada tahun ini berikutan gagal mendapat ruang pameran sesuai dan bukan disebabkan oleh faktor kos penyertaan yang didakwa mencecah jutaan ringgit.

Tarikan utama KLIMS 2013 pastinya terarah kepada sudut pameran Perodua. Di situ, pengunjung berpeluang melihat enjin aluminium baharu, ruang kabin sebuah model global segmen A dan jentera konsep sedan kompak. Sedan kompak yang dinamakan sebagai Buddyz itu membuktikan keupayaan Perodua untuk berdiri sama tinggi dengan kebanyakan syarikat automotif antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Buddyz dibangun berlandaskan idea anak tempatan yang mengambil kira keperluan semasa golongan generasi Y dan Z. Buddyz sebenarnya ialah model kereta yang berasal daripada prototaip konsep Perodua Bezza yang pernah dipamerkan kepada khalayak ramai sewaktu KLIMS 2010.

Ketua Perekanya, Muhamad Zamuren Musa berkata, dia bersama pasukannya membawa Bezza ke beberapa destinasi di seluruh negara untuk mendapat maklum balas umum.

“Berdasarkan maklum balas yang kami di terima, rata-rata responden mengutarakan cadangan untuk menjadikan Bezza kepada sebuah kereta sedan,” katanya ketika ditemui pada satu sesi pratonton.

Jelasnya lagi, generasi baharu mahukan sebuah kereta yang selesa untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan ruang simpanan kargo.

Sementara itu, di tapak pameran Volkswagen Malaysia, pengeluar kenderaan jenama Jerman itu membuat kejutan apabila memperkenalkan Polo 1.6 Hatchback yang merupakan model pemasangan tempatan.

Toyota yang menjadi jiran Volkswagen pula melancarkan model pelbagai guna Previa 2.4GL kepada orang ramai pada harga permulaan RM270,000 seunit.

Pesaing senegaranya, Honda pula tampil dengan pelancaran dua varian Honda Odyssey generasi kelima iaitu 2.4L EX dan 2.4L EXV masing-masing dengan harga jualan atas jalan termasuk insurans sebanyak RM228,000 dan RM248,000 sebuah. Turut ditampilkan di gerai Honda ialah model Accord Plug-in Hybrid, jentera berprestasi tinggi Honda CR-Z Mugen RR dan kereta lumba Honda Jazz HMRT.

Subaru pula tampil dengan edisi terhad XV Crosstrek yang memiliki solekan komponen yang menyerlahkan sifat maskulin pada tag harga asas RM138,800 seunit. Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan secara dekat beberapa model Subaru iaitu BRZ, XV, Forester 2.0XT, WRX STI dan Legacy sedan.

Isuzu pula melancarkan trak pikap edisi terhad D-Max X-Series yang tampil garang hasil kelengkapan beberapa aksesori unik termasuk kit badan dan pelekat badan sporty. Didatangkan dengan dua warna pilihan putih dan hitam, Isuzu menjual produk yang dijana oleh enjin diesel 2.5L pada harga RM108,690 seunit. Harga jualan itu juga termasuk insurans.

Itu hanya sebahagian produk sahaja yang diperkenalkan di KLIMS 2013 baru-baru ini. Ada banyak lagi menanti para pengunjung di sana selain beberapa acara menarik disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan KLIMS kali ini.

Sumber artikel: Kosmo Online
































Selasa, November 26, 2013

GURU MASA KINI

Guru yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu guru berada di zaman kemerdekaan dan zaman memulakan pembangunan. Sekarang guru berada di zaman ledakan teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Guru mesti menyediakan dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di masa kini.

  1. Guru mesti bermaklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang ada mungkin tidak mencukupi untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang membesar dalam ledakan zaman teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Tanpa maklumat guru tidak dapat bergerak lebih jauh dan tidak berupaya untuk menjadi seorang guru yang berkesan.
  2. Oleh itu guru mesti menguasai ICT, menggunakan alat-alat dan bahan bantu mengajar yang berteknologi terkini serta menggunakan penemuan baru yang berasaskan penyelidikan jika ingin melunaskan kerjaya dengan berkesan. 
  3. Seorang guru hendaklah menjadi guru yang dinamik pada zaman yang serba mencabar ini. Guru mesti berfikiran terbuka dan memberi responsif yang segera dan berpatutan terhadap kehendak dan tuntutan alam pendidikan. Guru adalah sebahagian tenaga bagi menghasilkan sumber tenaga manusia berkualiti yang diperlukan negara.
  4. Guru berperanan yang besar sebagai agen perubahan masyarakat serta sebagai agen merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Kini guru bukan sahaja sebagai pengajar di dalam bilik darjah, mereka juga berperanan sebagai pengganti ibu bapa, mentor, pembimbing dan kaunselor.
  5. Dalam zaman globalisasi dan ledakan teknologi masa kini, guru hendaklah mempersiapkan diri bukan sahaja bagi menyediakan platform kejayaan pelajar-pelajar bahkan mampu mengangkat martabat pendidikan negara.
  6. Guru hendaklah sentiasa berfikiran positif, berwawasan dan berpandangan global, bersikap positif terhadap proses pembelajaran terkini, dan berusaha menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.
  7. Guru selalu bersedia untuk meningkatkan diri dalam semua aspek yang berkaitan dengan keprofesionalan sebagai seorang guru. Menjadilah seorang guru yang berbudaya ilmu pengetahuan.

Isnin, November 25, 2013

KUALITI PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH

Kualiti kerja ialah sesuatu keadaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia tidak statik bahkan ia bergerak sepanjang masa. Usaha untuk mencapai kualiti yang dikejar tidak akan habis dan tidak ada hadnya. Bagaimana pula dengan kualiti pengajaran guru di bilik darjah?

  1. Sebagai penyampai ilmu, guru mesti pakar dengan mata pelajaran yang diajar. Guru mesti mampu menyusun idea dan fakta dengan teratur dan mudah untuk difahami oleh pelajar-pelajarnya. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat menjelaskan idea dengan lebih jelas dan tepat. 
  2. Kompetensi pengajaran dan pembelajaran guru bergantung kepada kemahiran, kebolehan dan ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang guru. Guru mesti yakin dengan penyampaian isi dan kandungan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. 
  3. Teori yang berkaitan dengan pendidikan  amat berguna untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak bermakna apa-apa jika tidak memegang teori-teori dalam pendidikan. 
  4. Guru di dalam kelas adalah seorang pembimbing bukannya pengurus yang membuat arahan. Guru yang berkualiti ialah apabila guru itu dapat membimbing pelajarnya ke arah melakukan tindakan yang positif dan disenangi. 
  5. Seseorang guru yang berkualiti mampu mempengaruhi pelajar-pelajarnya untuk mengubah diri melalui maklumat, cerita dan fakta yang betul. Gunakan pelbagai pendekatan agar pelajar-pelajar dapat memahami maksud, tujuan dan kehendak  yang sebenarnya. 
  6. Guru hendaklah membimbing pelajar-pelajar melalui kekuatan kualiti kerja guru itu sendiri. Bina keupayaan pelajar-pelajar untuk membuat kerja sekolah dengan bersungguh dan bermutu. Letakkan hasil dan mutu kerja yang tinggi sebagai faktor kejayaan seseorang pelajar. 
  7. Guru hendaklah berkompromi dengan pelajar-pelajarnya dalam beberapa perkara. Ini sebagai rangsangan untuk mereka bahawa jawapan, idea, pendapat dan hasil kerja mereka amat dihargai dan seterusnya keadaan ini boleh memacu kearah kejayaan.

Ahad, November 24, 2013

BERCUTI SANTAI DI JANDA BAIK

Bercuti dan bersantai di Kampung Janda Baik. Aku bersama si dia menghabiskan masa bersama berdua-duan di sebuah desa yang masih alami. Dengan menyewa sebuah chalet di Pulau Santap, Janda Baik, percutian pada kali ini memang menyeronokkan. Chalet yang kami sewa itu ialah Chalet Kobaik. Chalet ini terletak betul-betul di tepi sungai dan berdekatan dengan masjid, sekolah kebangsaan, D'Ark Resort, dan kawasannya menjadi tumpuan pengunjung. Kereta boleh parkir terus di depan chalet. Kawasan chalet ini biasa-biasa sahaja dan tidak menakutkan. Pada malam hari banyak lampu terpasang.

Suasana yang hening, sunyi dan harmoni ditambah pula dengan bunyi deruan air sungai jernih yang mengalir, menjadikan kami leka bermain, menikmati, dan menghayati dengan alam semulajadi. Ada ketikanya kami berjalan-jalan di sekitar kawasan chalet dan juga di sekitar kawasan kampung. Kami juga singgah di kawasan rumah Syed Hussien Alattas (penulis buku) untuk menghayati dan mengambil foto taman dan landskap yang dibinanya. Memang menarik...

Ada ketikanya kami naik ke Berjaya Hills Resort di Bukit Tinggi untuk melihat seni bina bangunan Colmar. Jaraknya lebih kurang 20 km dari Kampung Janda baik ini. Memang cantik. Pelaburan orang kaya yang menjadi. Jadi kami tidak perlu ke Colmar, Perancis. Dengan menaiki kenderaan yang disediakan, kami dibawa jalan-jalan di Japanese Village di puncak bukit dengan ketinggian 3500 kaki dari paras laut. Sedikit dingin dan menyegarkan. Cantik Taman Jepun ini...
















Sabtu, November 23, 2013

BANGUNAN DAN KOTA ALA TIMUR LAUT PERANCIS DI COLMAR TROPICALE

Colmar terletak di bahagian timur laut Perancis. Colmar (Colmer) ialah ibukota pentadbiran Haut-Rhin, Perancis. Dari tahun 1871 sehingga tahun 1918, kota ini adalah sebagian wilayah pemerintahan Jerman yang dikenali dengan nama Kolmar. Colmar masuk ke wilyah Perancis pada tahu 1697.

Daripada sekelumit catatan sejarah itu, menyebabkan aku teringin nak tengok sendiri keadaan perkampungan dan bangunan Colmar. Namun tak terdaya aku nak pergi terus ke Colmar, Perancis. Cukuplah sekadar ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentung, Pahang. Di sini dibina replika bangunan-bangunan dan kota yang menyerupai dari kampung di timur laut Peranchis sejak abad ke-16  itu. Colmar Tropicale yang dimiliki oleh Berjaya Hills Resort dibina berdasarkan reka bentuk kota  di Colmar, Perancis. 

Nak ke sana, ambil jalan menuju Kuantan melalui Lebuhraya Karak. Tidak berapa jauh selepas melepasi Kampung Bukit Tinggi, belok kiri ambil pula susur keluar menuju Berjaya Hills Resort. Memandu di jalan menaik yang berliku merentasi hutan malar yang masih segar dan bersih dari pencemaran. Sambil menyusuri laluan berliku menuju puncak, bolehlah melayangkan pandangan mata ke kejauhan sana ke bukit-bukau dan lereng yang membiru. 

Pengunjung ke Colmar Tropicale biasanya diarahkan oleh pengawal keselamatan untuk meletak kenderaan mereka di La Chevalier iaitu bangunan berbentuk kota lama Perancis. Letaknya bertentangan dengan Colmar Tropicale. Jika kita menginap di Colmar Tropicale kita boleh teruskan pemanduan ke Colmar Tropicale dan parking kenderaan kita di aras bawah Colmar Tropicale.

Aku dan si dia hanya berjalan-jalan nengok binaan bangunan di sini. Makanan dan minuman dah tentu lebih mahal daripada tempat lain. Kalau orang tanya dah pergi Colmar, Perancis  ke belum, aku akan jawab dah pergi dah...